3 Sajian Tauhu Sedap Dimakan Pasti Keluarga Rakan Suka
Tauhu bukan sahaja enak dimakan dengan nasi panas, malah sedap diratah begitu sahaja. Tak cukup sekali makan, asyik nak mengulang aje.
Boleh aje diratah begitu sahaja, jadi juadah yang sangat mengenyangkan dan ‘favourite’ sepanjang masaf
TAUHU TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
tauhu bulat (selalu guna dalam mi kari tu)isi ayam | dicincangisi udang |dicincangjejari ketam| dicincangbawang besar | dihiris halusdaun sup | dihiris haluskiub ayamlada hitamtelur ayamCARA MEMASAK :
1. Lakukan belahan T kecil keatas tauhu itu dan keluarkan isi tauhu tersebut dan dan asingkan
2. Perlahan-lahan terbalikkan tauhu tersebut (inside out)
3. Isikan tauhu tersebut dicampurkan dengan semua bahan-bahan yg selebihnya. gaul sehingga sebati
4. Kemudian sumbatkan bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam tauhu
5. Goreng tauhu sehingga keperanggan
Sos Hainan @ sos nasi ayam sebenarnya
Bahan-bahan sos :
cili merah
bawang putih
bawang kecil
halia
sos nam pla (sos ikan)
garam
gula
cuka/asam limau
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan-bahan.
2. Masak sehingga naik bau
p/s : Sukatan ni agak-agak sahaja, ikut jumlah yang anda ingin buat
Sumber resepi : Aneka resepi
Via FB : Suka Makan.Dot.Com
TAUHU BERLAUK
.
Bahan A :200 gm Isi Udang/Ayam
4 keping Tauhu Keras
2 tiub Tauhu Jepun
3 biji Telur
1 sudu teh Serbuk Lada Sulah
2 tudu teh Minyak Bijan
Bahan B :
Daun Bawang | dihirisKarot | dicincangCili Merah ~ dicincangGaram secukup rasaSerbuk Perasa (optional)Bahan Celupan :
2 biji TelurSedikit hirisan Daun Bawang & Cili PadiSecubit GaramCARA MEMASAK :
1, Kisar Bahan A
2. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas
3. Masukkan Bahan B, gaul rata
4, Kukus dalam loyang/bekas plastik selama 30 minit atau sehingga masak (jika guna loyang, griskan sedikit minyak pada loyang)
5, Sejukkan dahulu sebelum dipotong
6. Potong mengikut saiz yang disukai
7. Celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan
Atau cara lain; selepas dicelup telur, golekkan dengan breadcrumbs dan goreng
SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHANNYA :
1/4 bahagian kobis bulat, hiris, cuci dan toskan5 tangkai kacang panjang, hiris serong2 keping tempe, dadu dan goreng1 keping tauhu, didadu dan goreng1 keping tauhu kering @ fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut1 cekak sohoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut1/3 cawan isi udang1 batang serai, dititik1/2 inci lengkuas, dititik5 biji bawang merah, hiris2 ulas bawang putih, hiris1 camca besar cili kisar1 camca besar sos tiram1 kuib ikan bilis (optional)1 camca teh pes asam jawaGaram dan gula secukup rasaSedikit airCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kurang lebih 3 camca besar.
2. Tumis serai, lengkuas, bawang merah dan bawang putih hingga harum.
3, Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram, pes asam jawa dan kiub ikan bilis (hancurkan). Kacau rata dan tuang sedikit air.
4, Masuk udang dan masak hingga berubah warna, tambah tauhu dan tempe goreng, kacau rata. Masukkan tauhu kering (toskan), kacang panjang dan kobis. Gaul hingga rata.
5, Tambah soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga kering sedikit dan soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Hidangkan bersama nasi putih atau ketupat.
kredit:blogopsi
Via FB : Suka Makan Dot Com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/3-sajian-tauhu-sedap-dimakan-pasti.html