3 Pantang Larang Ibu Mengandung




3 Pantang Larang Ibu Mengandung??
Hai kengkawan semua.
Bila saat kita disahkan hamil, tentunya kita semua seronok yang teramat sangat kan.
Tapi dalam masa yang sama, kita kena berjaga-jaga.
Orang kata, mengandung ni bukan kata kena berjaga-jaga takut boleh alami keguguran.
Tapi ada pantang larang yang kita kena ikut.. Betul ke?

Ingatkan dalam tempoh berpantang je ada pantang larang kan.
Semasa mengandung lagi kita dah kena berjaga-jaga.
So harini cik mimi nak share la dekat ibu-ibu diluar sana yang mana tengah mengandung atau dalam planning nak hamil tu.

Jom teruskan baca info menarik ni.

Kepada wanita yang telah disahkan mengandung, tahniah! Dalam masa kurang daripada setahun, jika tiada apa-apa kesulitan, anda akan bergelar ibu. Dalam menempuh tempoh kehamilan tersebut, pasti anda pernah terdengar pelbagai jenis ura-ura yang berupa pantang larang ibu mengandung, kan?
Biasalah, apabila anda berbadan dua, jika tidak dijaga dengan baik, alamatnya teruklah tahap kesihatan si ibu kelak.
Kesihatan si ibu akan mempengaruhi tahap tumbesaran si manja. Maka, penting buat anda untuk mengetahui sama ada pantang larang tersebut bercanggah dengan konsep sains (mitos) atau merupakan fakta yang telah terbukti oleh kajian.
Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang tanpa mengetahui sebab di sebaliknya, kan? Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan 3 pantang larang ibu mengandung yang telah terbukti oleh kajian sains.



#1: Boleh ke pegang kucing sewaktu anda mengandung? 


Boleh, namun masa bersama dengan haiwan peliharaan tersebut perlu dipendekkan berikutan ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius.
Ini mungkin antara pantang larang ibu mengandung yang paling sukar untuk anda ikuti tetapi ingat, kucing anda boleh menjadi sumber kepada mikroorganisma yang dikenali sebagai Toxoplasma gondhii.
Ia merupakan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis melalui najis kucing, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air yang tercemar.
Oleh sebab itulah, wanita mengandung tidak disarankan untuk membersihkan najis kucing. Mereka boleh dijangkiti dan kesannya boleh melarat kepada bayi di dalam kandungan.
Perkara yang lebih menakutkan adalah, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) kebanyakan individu yang dijangkiti dengan parasit ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Segelintir individu akan mengalami simptom seakan-akan selesema, bengkak kelenjar limfa dan sakit badan.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 melibatkan 219 wanita hamil di Malaysia telah menunjukkan bahawa prevalens bagi jangkitan ini berada pada peratusan 42.47.
Jumlah peratusan tersebut agak membimbangkan berikutan bayi di dalam kandungan berisiko untuk mendapat jangkitan toksoplasmosis tahap serius jika ibu mempunyai status jangkitan aktif. 
Kebanyakan bayi yang terjangkit, lahir dalam keadaan bebas simptom namun mereka berisiko untuk mengalami simptom yang teruk kelak. Simptom/gejala yang boleh dialami oleh bayi tersebut seringkali berupa kerosakan mata, otak dan organ lain serta terdedah kepada jangkitan mikroorganisma kesan daripada sistem pertahanan badan yang lemah.

Jika anda perlu menguruskan najis kucing dan tiada siapa boleh membantu anda pada saat itu, gunakan sarung tangan. 


#2. Boleh ke ambil minuman berkafein?
Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini mungkin berita buruk buat anda. Kafein adalah bahan yang seharusnya dikurangkan pengambilannya berikutan ia merupakan sebahagian daripada pantang larang ibu mengandung yang seharusnya dituruti. 
Bukannya tak boleh jika anda ingin mengenakan secawan kopi bagi melengkapkan rutin pagi anda. Namun jumlah pengambilannya perlu dikawal bagi memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik. 
The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) telah menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 200 mg sehari jika anda sedang hamil.
Bergantung kepada jenis minuman kopi (latte, mocca, americano), jumlahnya bersamaan dengan 1-2 cawan kopi. 
Pengambilan minuman kopi melebihi had tersebut boleh melanggar pantang larang ibu mengandung seterusnya menyebabkan komplikasi kepada bayi yang dikandung.
Jika anda suka minum teh, berita buruk untuk anda juga. Minuman teh turut mengandungi kafein walaupun jumlahnya mungkin jauh lebih rendah berbanding dengan minuman kopi. Menurut ACOG, anda dibenarkan untuk mengambil di antara 2 hingga 4 cawan teh bergantung kepada jenisnya (teh halia, teh peppermint).
Kafein bukan sahaja terkandung di dalam minuman kopi dan teh. Ia juga terdapat dalam minuman soda dan minuman tenaga. Berbanding dengan teh dan kopi, minuman soda dan minuman tenaga mempunyai jumlah gula yang tinggi. 
Leceh, kan? Oleh sebab itulah, jika boleh, jangan ambil sebarang minuman berkafein sepanjang tempoh kehamilan. Ia merupakan alternatif yang lebih selamat. Anda tidak perlu risau berkenaan dengan apa-apa sukatan. Minum sahaja air kosong.
Jika anda masih ingin mengenakan secawan dua minuman berkafein, saranan pantang larang ibu mengandung ini wajar diambil serius. Hal ini kerana, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, keguguran dan masalah bayi kurang berat badan semasa lahir.
#3. Boleh ke buat prosedur pergigian semasa hamil?
Perubahan hormon yang dialami ketika tempoh kehamilan boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak, berdarah dan mengalami iritasi kesan daripada makanan yang terperangkap pada celahan gigi. Anda mungkin tertanya-tanya adakah rawatan gigi merupakan prosedur yang perlu dielakkan semasa hamil? 
Ia bukanlah satu bentuk pantang larang ibu mengandung yang definitif. Secara amnya, adalah lebih baik jika prosedur tersebut ditangguhkan sehingga selepas bersalin. Namun buat sesetengah kes yang berisiko untuk menyebabkan jangkitan gusi, ia wajar dirawat dengan kadar segera. 
Para ibu kebiasaannya digalakkan untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur pergigian pada trimester kedua fasa kehamilan.
Oleh sebab ubat tahan sakit dan antibiotik yang diberikan semasa rawatan tersebut berlangsung mempunyai keupayaan untuk menembusi dinding darah plasenta (blood-placenta barrier), kebanyakan ibu khuatir untuk melaksanakan prosedur tersebut pada trimester pertama.
Setakat ini tiada bukti klinikal yang jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk yang dialami oleh wanita hamil yang mendapatkan rawatan pergigian pada trimester pertama.
Namun, bagi mengurangkan kerisauan si ibu dan jika prosedur pergigian tersebut bukanlah prosedur kecemasan, tidak salah untuk mereka menjalaninya pada trimester kedua.
Kenapa tidak pada trimester ketiga? Jika terdapat keperluan kepada wanita hamil untuk menjalani prosedur pergigian pada trimester ketiga, ia boleh dilakukan.
Cuma si ibu mungkin akan merasa tidak selesa berbaring dengan perut yang membesar untuk satu tempoh masa yang lama. Rawatan gigi elektif seperti pembersihan dan pemutihan gigi, sebaiknya ditangguhkan sehingga selepas bersalin bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang.
KonklusiJangan mudah percaya dengan ura-ura berkenaan dengan pantang larang ibu mengandung. Dapatkan pengesahan daripada pihak profesional. Pastikan perkara yang anda ingin terapkan sepanjang pengalaman anda hamil tidak akan memberikan kemudaratan kepada anda ataupun anak anda. 
Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk mengambil 2 cawan kopi sehari, pastikan anda ambil kira berapa cawan kopi yang telah anda minum dalam masa sehari. Jangan ambil lebih daripada apa yang disarankan kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif terhadap anda dan perkembangan anak anda secara menyeluruh.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Sumber : SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2020/07/3-pantang-larang-ibu-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengidam Makanan Pasar Malam Malaysia Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Bersalin Di Mekah

Mengidam Makanan Pasar Malam Malaysia Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Bersalin Di Mekah

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 364 hits
Melalui proses kehamilan serta kelahiran bersendirian tanpa keluarga memang menguji kesabaran Dalam kita kerinduan mengingatkan ahli keluarga sebenarnya pengalaman begini mendidik kita untuk menjadi lebih kuat dan matang menghadapi sebarang...
Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

Normal Ke Sakit Belakang Masa Mengandung Selalu Buat Ibu Rasa Tak Selesa Doktor Ini Terangkan Punca Cara Atasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 411 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Bukan Saja Saja Minta Picit Tapi Ini 5 Punca Ibu Mengandung Kerap Sakit Lutut Lenguh Kaki Amp Sendi

Bukan Saja Saja Minta Picit Tapi Ini 5 Punca Ibu Mengandung Kerap Sakit Lutut Lenguh Kaki Amp Sendi

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 401 hits
Aduh sakitlah kaki saya ni bang Tolong picit sikit boleh tak Rasa lenguh lenguh sakit lutut bisa pinggang semua ada Mesti kaum lelaki selalu dengar isteri mengadu sakit lutut ketika hamil kan Tapi jangan pula perli isteri kata sakit kaki
Sudah Masuk 3rd Trimester Apa Ibu Mengandung Perlu Buat

Sudah Masuk 3rd Trimester Apa Ibu Mengandung Perlu Buat

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 554 hits
Bismillah Assalamualaikum Photo credit to google Sudah Masuk 3rd Trimester Apa Ibu Mengandung Perlu Buat Berdebar rasanya bila sudah ke fasa terakhir mengandung ni bagi ibu yang pertama kali mengandung dan bakal mendapat cahaya mata mesti d...
Terinspirasi Dengan Rajinikanth Pemandu Teksi Ini Tawar Khidmat Percuma Buat Ibu Mengandung

Terinspirasi Dengan Rajinikanth Pemandu Teksi Ini Tawar Khidmat Percuma Buat Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 206 hits
Filem dan lakonan terutamanya yang dimainkan pelakon pelakon terkenal seluruh dunia sememangnya meninggalkan kesan dan nilai yang tersendiri buat para penonton Dari cerita yang memaparkan pertembungan watak baik dan jahat sehinggalah yang m...
Bahaya Berkongsi Susu Ibu Yang Tidak Diketahui Risikonya Pada Bayi

Bahaya Berkongsi Susu Ibu Yang Tidak Diketahui Risikonya Pada Bayi

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 360 hits
Selalunya kita mendengar saranan untuk menjadikan seseorang individu sebagai ibu susuan jika kita tidak mampu memberikan susu ibu kepada anak Tetapi tanpa kita sedar sebenarnya terdapat risiko bahaya jika berkongsi susu ibu Terkejut bukan R...
Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok Jangan Beri Pada Si Manja

Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok Jangan Beri Pada Si Manja

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 380 hits
Macam mana nak tahu perahan susu badan dah expired atau masih boleh diberikan kepada bayi Ini 5 tanda tempoh hayat susu ibu telah tamat Penting untuk mommies tahu Perahan susu badan boleh tamat tempoh Tiada apa yang lebih menyedihkan para i...
Pem3rgian Ibu Bapa Datuk Kini Nenek Azar Azmi Pula Men1nggal Dunia Alfatihah

Pem3rgian Ibu Bapa Datuk Kini Nenek Azar Azmi Pula Men1nggal Dunia Alfatihah

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 354 hits
Pelakon Azar Azmi berkongsi berita sedih apabila neneknya Aminah Isa men1nggal dunia awal pagi tadi Menurut Gempak arw4h yang berusia 82 tahun men1nggal dunia secara mengejut di kediamannya di Puncak Alam Selangor Nenek saya mak kepada arwa...
Sering Jadi Bahan Gurauan Remaja Oku Penghidap Kanser Paru Paru Gigih Jaja Kuih Bantu Ibu Sara Kehidupan Tiga Beranak

Sering Jadi Bahan Gurauan Remaja Oku Penghidap Kanser Paru Paru Gigih Jaja Kuih Bantu Ibu Sara Kehidupan Tiga Beranak

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 269 hits
Sudahlah kurang keupayaan malah kekurangan dirinya itu pula menjadi bahan gurauan beberapa rakannya Itulah yang dialami oleh seorang remaja Orang Kelainan Upaya yang menempuh hidup bersama ibu dan dan adik kecilnya Setiap ahli keluarga itu ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat