3 Lokasi Insta Worthy Di Marang Terengganu


3 Lokasi "insta worthy" di Marang, Terengganu | We follow what's in trend now, mencari lokasi menarik untuk bergambar 😍
Terengganu is one of the two states yang ulang pergi banyak kali pun tak jemu. At least buat masa ini. Negeri bertuah in ada kesemuanya: budaya hidup Melayu yang masih kuat, nelayan, tenunan songket, batik, Melayu yang berupaya membina kapal, butiran emas berselerakan, minyak, gas, pulau serta dasar laut yang indah, sekolah imtiyaz, sotong celup tepung.. eh. Tak semua negeri mempunyai hasil bumi yang begitu banyak seperti negeri pantai timur yang satu ini

Lagi satu yang lebih menarik, ia tidaklah seperti menjerit memberitahu yang negeri itu ditadbir berlandaskan Islam. Aura Islam itu begitu dirasai di sini. Azan sentiasa berkumandang setiap masuknya waktu solat. Dari pemerhatian, aku rasa ramai orang kaya di Terengganu. Pandang sekeliling dan kau akan nampak. Kaya tapi masih tunduk kepadaNya.

Setiap premis perniagaan menggunakan bahasa kebangsaan dan tulisan Jawi. Tak kecoh pun. Jawi itu sejenis penulisan, nak eja Rajagopal pun boleh dalam tulisan jawi = رجگوپال . Kau belajar tulisan jawi atau khat KAU dapat ilmu baru, bukannya KAU kena paksa masuk Islam. Aku dulu belajar Bahasa Jepun takde pula jadi Naruto


Ada apa di Marang?
Rasanya ramai yang dah tulis tentang tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu jadi kali ini kita fokus kawasan Marang pula. Kuala Terengganu ke Marang tak sampai setengah jam pun.

Biasanya orang kenal Marang ni sebagai perkampungan nelayan dan jeti ke Pulau Kapas je. Untuk day trip sesuailah ke Pulau Kapas sebab 6.5km je dari darat. Omputeh suka ke Pulau Kapas sebab dapat banyak cahaya matahari, boleh jemur badan dari pukul 10 pagi lagi.

Jom kita tengok kat mana menarik untuk bergambar. But post raya photoshhot pun ngam.


1) Kampung Jambu Bongkok
Kampung ni jauh sikit, 45 minit dari Kuala Terengganu. Hang jalanlah sampai ke hujung kampung. Ada satu tempat melonggok kelapa, cun juga kalau pandai ambil angle.

Tips: Pakai baju warna terang.







2) Tanah bris @ bris sand di Hutan Lipur Jambu Bongkok
Tempat ni belum ada papan tanda jalan. Letaknya in between Kampung Jambu Bongkok dan Rantau Abang.

Bila nampak je terus teringat Kawah Putih dan Gunung Tangkuban Perahu di Bandung. Hampir serupa keadaannya. Ambil gambar beramai-ramai kat sini alolooo...lawa giler! (bila entah mereka nak share group photo tu #sistunggu)


Macam dalam filem. Foto @mawardiyunus

Pokok gelam atau nama saintifiknya Melaleuca Cajuputi Powell

@sabadzue . Foto Media Terengganu

**Pokok gelam ialah tumbuhan tropika yang tumbuh secara semulajadi di kawasan rendah dan lembap. Ia berfungsi sebagai pengimbang ekosistem dan menghasilkan banyak bunga yang menjadi sumber nektar yang amat baik bagi penternakan lebah madu. Bunga ini juga menjadi makanan burung, tupai dan serangga.
Pokok gelam tumbuh menegak sehingga 20-25m dengan kulit yang berlapis-lapis. Kulit ini digunakan dalam pembuatan bot dimana ia diletakkan di antara kepingan papan untuk menghalang kemasukan air ke dalam bot. Manakala kulit pokok Gelam Tikus bila dicampur dengan sejenis minyak akan berfungsi sebagai gam.
Daunnya keluar berangkai dengan panjang 10-12cm dan lebar 3-5cm setiap helai. Masyarakat zaman dahulu menggunakannya untuk merawat luka dan menghilangkan pening kepala. Orang dedulu takde buat lab test pun kan? Takde pula asyik sebut nak clinical evidence macam sesetengah orang.
Pati minyak daripada daun gelam yang bersifat anti inflamasi dan sedatif digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kecantikan, kebersihan, alahan kulit dan kesihatan. Malah ia digunakan sebagai ubat herba untuk melegakan simptom batuk, selesema, minyak urut dan aromaterapi. Baunya juga menyenangkan.
Nak tahu berapa nilai 100ml minyak pati daun gelam ni? Boleh mencecah RM1,500!
-UNISZA ada buat kajian dan ujian daun gelam-
3) Pulau Kekabu
Pulau Kekabu dihubungkan dengan jambatan kecil merentasi sungai jadi lori dan bas kena parking di luar. Tempat ini nampak baru walaupun dah bertahun juga dinaiktaraf. Agak ke dalam sedikit jadi mungkin disebabkan itu orang kawasan lain tak tahu.

Pulau Kekabu pada asalnya hanyalah kampung nelayan. Walaupun mereka telah berpindah, bot-bot nelayan pantai masih berlabuh di sini. Cantiknya pemandangan.



Kemain lagi DO Marang ni.. sporting habis! 😁😁

More photos in my insta @ruggedmom . Please feel free to browse


Terengganu... tempat cantik budaya menarik
Dah datang tu pepandailah bawa sampah balik




© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/08/3-lokasi-insta-worthy-di-marang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019

Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 687 hits
Tempat tempat menarik di Setiu Marang dan Kuala Terengganu Hah kita tapaw tiga sekaligus daripada lapan daerah yang ada di Terengganu Walaupun bukan semua masuk percuma tetapi berbaloi dari segi sejarah penghayatan dan pengalaman Negeri Ter...
Teka Jaringan Di Terengganu 11

Teka Jaringan Di Terengganu 11

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 318 hits
Sebelum anda sampai ke sini pastikan anda telah melakukan langkah pertama dan kedua facebook instagram anda sila scroll ke bawah untuk masukkan tekaan dan butiran anda semoga berjaya
Breakfast Di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu

Breakfast Di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1164 hits
Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu memang glemer di Kuala Terengganu Kan Sebab tu mama Tak lepaskan peluang untuk Breakfast di Nasi Dagang Atas Tol 2 Memang kami rancang ke mari sebab nak rasa Breakfast di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala ...
Pengerusi Bersatu Terengganu Bbuak Pulok

Pengerusi Bersatu Terengganu Bbuak Pulok

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 219 hits
Oleh MNA Dalam bahasa percakapan Terengganu kami mempunyai hulum tajwidnya yang tersendiri Bagaimana cara menyebut satu satu perkataan juga boleh membawa bunyi yang hampir sama tapi jauh berbeza maknanya jika disebut Contoh kucing makang ik...
Tempat Makan Menarik Di Terengganu Kari Kepala Ikan Wajib Cuba

Tempat Makan Menarik Di Terengganu Kari Kepala Ikan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 944 hits
Di manakah tempat makan menarik yang wajib cuba sekiranya ke Terengganu Selain boleh bersarapan pagi di kedai atau menikmati makan malam di mungkin awak juga boleh menikmati hidangan tengahari dengan lauk kari kepala ikan yang sedap dan ump...
Didekati Scammer Dari Reaksi Isteri Mb Terengganu Buat Netizen Geli Hati

Didekati Scammer Dari Reaksi Isteri Mb Terengganu Buat Netizen Geli Hati

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 553 hits
Penipuan atas talian semakin menjadi jadi kebelakangan ini Walaupun pihak berkuasa seringkali berkempen menyedarkan masyarakat tentang pelbagai langkah licik penipu atau scammer masih ramai yang terpedaya terhadap golongan ini sehingga meng...
Terengganu Fc Ii Mara Ke Separuh Akhir Challenge Cup

Terengganu Fc Ii Mara Ke Separuh Akhir Challenge Cup

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 425 hits
KUALA TERENGGANU Juara bertahan Terengganu FC II mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas mudah menumpaskan Selangor United 2 0 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi Sepanjang babak pertama berlangsung juara edisi...
Menarik Di Sekitar Negeri Terengganu

Menarik Di Sekitar Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 444 hits
Negeri terengganu cukup popular dengan keindahan budaya dan tempat menariknya Walaupun sudah berpuluh kali saya ke sini ianya tetap fresh dan tidak membosankan Menerusi program You ll love Terengganu and forever Saya akan kongsikan kepada k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025