Tempat Makan Menarik Di Terengganu Kari Kepala Ikan Wajib Cuba



Di manakah tempat makan menarik yang wajib cuba sekiranya ke Terengganu? Selain boleh bersarapan pagi di kedai >> Nasi Dagang Atas Tol atau menikmati makan malam di >> Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai, mungkin awak juga boleh menikmati hidangan tengahari dengan lauk kari kepala ikan yang sedap dan umphh di kedai makan Warung Santai D'River.


Terletak jauh ke kawasan pedalaman Hulu Terengganu atau lokasi lebih tepatnya di Kuala Berang, kami memerlukan bantuan waze untuk sampai ke sini kerana terletak di hujung jalan bersebelahan sungai. Jadi, sambil makan kami boleh menikmati pemandangan sungai yang tenang dan mendamaikan sambil ditemani bunyi unggas dan sesekali diselangi bunyi kenderaan


Memandangkan saya ke kedai makan Warung Santai D'River pada bulan Ramadhan yang lalu, jadi kami terus membuat tempahan meja untuk empat orang bagi membolehkan kami iftar di sana. Kami turut mengambil set berbuka yang ditawarkan dengan menu utamanya adalah kari kepala ikan serta beberapa menu sampingan yang lain.


Sebaik tiba di Warung Santai D'River, sudah kelihatan beberapa orang pelanggan bergambar di tepi sungai dan beberapa kumpulan rider berbual di bangku yang disediakan. Kami agak terkejut melihat saiz kepala ikan yang dihidangkan. Super besar dengan saiz kepala ikannya adalah lebih besar daripada saiz tangan suami saya! 

Kuah kari kepala ikannya tidak terlalu pekat namun tidak pula terlalu cair. Sedang-sedang sahaja namun bagi saya yang bukan merupakan peminat tegar kari, kuah sebegini adalah sudah cukup menyelerakan. Isi kepala ikannya pula fresh dan manis. Sedap sekali apabila digandingkan bersama kuah karinya yang cukup masin dan rasa.


Untuk set berbuka yang ditempah, hidangan kami termasuklah air minuman sebanyak 4 gelas beserta 4 pinggan nasi putih dengan menu sepinggan telur dadar, kobis goreng, ayam masak merah, kari kepala ikan disertai dengan tambahan buah tembikai, kurma, sambal belacan dan ulaman, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar hanyalah RM64 sahaja! Berpatutan bukan


Saya turut membawa bersama solok lada hasil air tangan emak tercinta sebagai tambahan juadah berbuka puasa. Jika difikir secara logik, isi pada bahagian kepala ikan tentulah tidak seberapa kerana tulang di bahagian kepalanya adalah lebih banyak. Namun kami sendiri tidak menyangka bahawa isinya sangat banyak sehinggakan kami tidak mampu untuk menghabiskan kesemua isi yang terdapat pada bahagian kepala tersebut


Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kami tapau lebihan kari kepala ikan yang tidak habis dimakan untuk dijadikan juadah ketika bersahur pula. Tersandar kekenyangan kami selepas makan namun kerana lokasi kedai yang terletak hampir 45 minit daripada rumah, terpaksa pula berkejar pulang untuk menunaikan solat fardhu Maghrib


Kami berpuas hati dengan hidangan di Warung Santai D'River terutama hidangan utamanya kari kepala ikan yang sedap dan menyelerakan. Bonus point pula apabila hidangan ayam masak merah juga cukup rasa ditambah dengan pemandangan yang mendamaikan. Cuma masalah nyamuk yang hinggap di kaki ketika makan agak mengganggu. Terasa ingin sahaja saya spray satu kedai supaya tiada gangguan dari si penghisap darah pada ketika itu


Warung Santai D'River mula beroperasi seawal jam 12 tengahari sehingga 7 malam. Jadi jika ingin kelainan, apa kata cuba hidangan kari kepala ikan di tempat makan menarik Terengganu ini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/08/tempat-makan-menarik-di-terengganu-kari-kepala-ikan-wajib-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Anak Emak Anak Bapak Ozlynn Kongsi Resipi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

Rasa Anak Emak Anak Bapak Ozlynn Kongsi Resipi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 675 hits
RASA kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod pertama yang bersiaran hari ini menampilkan selebriti cantik manis Ozlynn dan bapanya Encik Ismail sebagai tetamu jemputan Ozlynn sememangnya antara selebriti tanah ...
Menarik Di Sekitar Negeri Terengganu

Menarik Di Sekitar Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 444 hits
Negeri terengganu cukup popular dengan keindahan budaya dan tempat menariknya Walaupun sudah berpuluh kali saya ke sini ianya tetap fresh dan tidak membosankan Menerusi program You ll love Terengganu and forever Saya akan kongsikan kepada k...
David S Diner Tempat Makan Western Best Di Ipoh

David S Diner Tempat Makan Western Best Di Ipoh

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 476 hits
David s Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh l Assalamualaikum Kalau korang ke Perak dan tercari cari tempat makan western best di Ipoh korang wajib cuba try test di David s Diner Antara salah satu tempat makan popular di sini dan mendap...
Makan Tengahari Di Hawa Nasi Campur Jalan Dato Haji Ahmad Badawi Kepala Batas

Makan Tengahari Di Hawa Nasi Campur Jalan Dato Haji Ahmad Badawi Kepala Batas

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 1891 hits
Hawa Nasi CampurHawa Nasi Campur terletak di Jalan Dato Haji Ahmad Badawi Kepala Batas Pulau Pinang Besebelahan dengan Hawa Nasi Campur ni ada bengkel kereta dan berekatan juga dengan stesen petronas Kat sini port makan tengahari tumpuan ra...
Bahaya Tak Kalau Kepala Anak Berkerak Berkuping Cuba Ikhtiar Ini Untuk Hilangkannya

Bahaya Tak Kalau Kepala Anak Berkerak Berkuping Cuba Ikhtiar Ini Untuk Hilangkannya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 430 hits
Masalah kulit kepala berkerak kerap berlaku di kalangan bayi Selain kelihatan kurang menarik kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis Ia kel...
Lunch Di Najwa Ikan Bakar Kemaman Terengganu

Lunch Di Najwa Ikan Bakar Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 677 hits
Mama bertiga Lunch di Najwa Ikan Bakar Kemaman Terengganu semasa kami kembali ke Kemaman untuk ambil so purple mama yang siap di repair setelah terlibat dalam kemalangan bulan lepas Boleh baca di sini http www mamapipie com 2019 07 kami acc...
Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 410 hits
Tahukah anda Singapura atau Singapore ialah salah satu negara yang terbersih dan paling selamat di dunia ini Setahu admin nak makan chewing gum pun tak boleh Memang respect dengan negara Singapore ni Untuk pengetahuan anda Singapore ni dulu...
Kepala Biro Politik Ulmwp Bersama Puluhan Orang Lainnya Masih Ditahan

Kepala Biro Politik Ulmwp Bersama Puluhan Orang Lainnya Masih Ditahan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 232 hits
Port Numbay Kepala Biro Politik United Liberation Movement for West Papua Logo Bazoka ditangkap di Abepura Kamis ketika hendak memimpin aksi demonstrasi damai mendukung pertemuan Pacific Island Forum di Tuvalu Bazoka ditangkap oleh satuan i...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun