3 Hari Tanggung Derita Sakit Gigi Sampai Bengkak Muka


The Reporter


Kasihan melihat keadaan kanak-kanak ini yang bengkak di muka berpunca dari sakit gigi berlubang. Difahamkan ibu bapanya telah mencuba mendapatkan rawatan dari beberapa klinik gigi tetapi hanya diberi ubat tanpa diberikan rawatan. 
Sehinggalah mereka datang berjumpa dengan Doktor Azila untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah anak mereka. Semoga perkongsian dari Doktor Azila ini bermanfaat untuk kita semua. 
SUATU pagi Jumaat, sebaik sahaja aku ‘parking’ kereta di hadapan klinik, aku disapa oleh seorang perempuan muda

“Ini doktor Azila ke?”
Aku menjawab “Ya, saya..”

Beliau bertanya lagi “Boleh jumpa doktor terus di klinik tak?”
Kepala aku ligat berfikir, seingat aku berderet temujanji aku pagi ini. Maka aku jawab sambil tersenyum, “Cik, boleh terus telefon klinik untuk temujanji”

Tiba-tiba dia menarik seorang budak perempuan kecil lantas ditunjukkan mukanya pada aku. Astaghfirullahalazim.. tergamam aku, terus aku cakap, “Naik atas terus, saya periksa”

Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu

HARI PERTAMA
Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar. Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak

Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik
Syrup Amoxycillin 3ml 3 kali sehariSyrup Paracetamol 3ml 3 kali sehari
HARI KEDUA
Pada hari tersebut, ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi. Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh

Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan:Syrup Metronidazole 8ml 3 kali sehari
Mereka pulang, tiba-tiba malamnya muka anak menjadi bengkak sebegini (rujuk gambar)



Umur pesakit 5 tahun. Kasihan sungguh, wajahnya, pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Tertutup mata kanan pesakit! Keadaan ini di diagnosis sebagai “FACIAL CELLULITIS”

Sesi soal siasat oleh doktor Azila dijalankan seperti biasa. Hasil temubual dengan ibu bapa adalah:Sering memberi makanan manis iaitu ‘kinderjoy’ setiap pagi. Pesakit juga kerap makan makanan yang manis-manis belaka.Tidak mengamalkan rutin wajib memberus gigi anak setiap hari.Tidak membawa anak untuk jumpa doktor gigi secara berkala.
Kisah pesakit ini telah mendapat ‘consent’ ibu bapa untuk disiarkan. Ini bertujuan memberi peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari dan pengambilan makanan manis. 
Ramai ibu bapa tidak faham
Tidak faham bahawa memberi makanan minuman manis adalah musuh utama mulut anak. Ini mengakibatkan gigi rosak.Tidak faham bahawa bersihkan gigi anak itu penting. Jangan sampai gigi anak berkaries, mengadu sakit baru jumpa doktor gigi.
Adakah kita mahu anak kita berkeadaan sebegini? Kerana sikap kita yang sambil lewa gigi anak rosak, gusi bengkak kemudian muka bengkak

RAWATAN KECEMASAN PESAKIT
Setelah aku berbincang dengan doktor Pakar Pergigian Kanak –Kanak, pesakit ini:
1. Aku preskripsi:Syrup Augmentin 5.3ml 2 kali sehariSyrup Paracetamol 5.3ml 4 kali sehari
(Dos ubat - ubat yang diberi mengikut berat badan pesakit)
UBAT YANG DOKTOR GIGI BERI SEBELUM INI DIHENTIKAN SERTA MERTA
2. Pemantauan berkala dalam tempoh 24 jam oleh ibu bapa. Selagi anak boleh makan dan minum, badan tidak menolak sebarang makanan dan minuman yang diberi secara oral

Maka belum perlu pergi Bahagian Kecemasan Hospital. Pada "posting" akan datang, akan aku kongsikan ciri-ciri yang perlu dirujuk terus ke hospital

Kebetulan ketika itu cuti umum 2 hari Ahad hingga Isnin. Aku juga berpesan sekiranya tiba-tiba bengkak kemuncak mendadak, terus pergi ke bahagian kecemasan hospital

3. Hari ketiga iaitu Selasa, pesakit berjumpa aku semula. Alhamdulillah.. muka sudah surut bengkak

4. Gigi geraham susu yang menyebabkan bengkak tersebut, terpaksa aku cabut



KENAPA DOKTOR CABUT GIGI TERSEBUT?
Jawapannya: Agar gigi berkaries tersebut tidak menjadi punca infeksi, bengkak BERULANG SEMULA. Sekiranya terjadi situasi begini ia boleh MEMBAWA MAUT

KENAPA?
Aku terangkan di sini. Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS

Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan

Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ. Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian

HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI
Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti. Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar. Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah

TANDA-TANDA JANGKITAN DALAM MULUTNafas busukRasa pahit dalam mulutDemamSakit gigiGigi lebih sensitifGusi bengkakKelenjar bengkak pada leherBengkak rahang
Sekiranya anda atau anak anda mengalami tanda-tanda diatas, sila SEGERA ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya

Sekian, semoga bermanfaat

Jangan lupa atau tercicir. Terus follow Facebook Dr Azila dan set see 1st ya

Sumber: Doktor Azila MK

September 23, 2019 at 01:02PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/09/3-hari-tanggung-derita-sakit-gigi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Makan Manis Tiap Pagi Budak 5 Tahun Tahan Azab Tiga Hari Sakit Gigi

Kerap Makan Manis Tiap Pagi Budak 5 Tahun Tahan Azab Tiga Hari Sakit Gigi

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 496 hits
Menjadi kebimbangan buat ibu bapa jika anak kecil mengadu sakit Macam mana tahap kesakitan mereka apa punca mereka sakit dan pelbagai benda menjadi persoalan buat mereka Anak anak dan makanan manis berpisah tiada Pantang nampak makanan ring...
Ya Allah Sembuhkanlah Nishka Bayi 4 Bulan Derita Kanser Otak 21 Hari Selepas Dilahirkan

Ya Allah Sembuhkanlah Nishka Bayi 4 Bulan Derita Kanser Otak 21 Hari Selepas Dilahirkan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 403 hits
BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul Itu dihadapi pasangan suami isteri apabila bayi perempuan mereka yang berusia empat bulan disahkan menghidap kanser otak tahap empat ketika 21 hari selepas dilahirkan Bayi berkenaan Kyfa Nishka A...
4 Hari Usai Melahirkan Sang Suami Paksa Berhubungan Intim Istri Tahan Sakit Hingga Meninggal Dunia

4 Hari Usai Melahirkan Sang Suami Paksa Berhubungan Intim Istri Tahan Sakit Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 374 hits
Pada kalangan masyarakat Melayu ada pantangan bagi perempuan 44 hari pascamelahirkan yang sudah dipraktikkan secara turun temurun Pasalnya periode ini dianggap sebagai masa pemulihan fungsi kewanitaan dari semua luka serta fisik dan mental ...
Tanpa Harus Ke Dokter Gigi Ini 7 Cara Mengatasi Gusi Berdarah Dengan Peralatan Sehari Hari

Tanpa Harus Ke Dokter Gigi Ini 7 Cara Mengatasi Gusi Berdarah Dengan Peralatan Sehari Hari

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 256 hits
Jangan disepelekan gusi berdarah bisa jadi tanda penyakit serius kalau terjadi terus terusan
Derita Air Mata Kristal

Derita Air Mata Kristal

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 332 hits
SYUNIK Armenia Doktor doktor kini sedang menyiasat kes pelik seorang wanita menitiskan air mata kristal ketika menangis lapor akhbar Daily Mail kelmarin Wanita tersebut Satenik Kazaryan 22 dari kampung Spandaryan di Armenia menitiskan sehin...
Ganjar Minta Audisi Pb Djarum Dilanjutkan Saya Gubernur Jateng Tanggung Jawab

Ganjar Minta Audisi Pb Djarum Dilanjutkan Saya Gubernur Jateng Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 199 hits
Ganjar Minta Audisi PB Djarum Dilanjutkan Saya Gubernur Jateng Tanggung Jawab Berdasarkan informasi yang Ganjar terima PB Djarum secara manajemen berbeda dengan PT Djarum Kudus yang memproduksi rokok PB Djarum telah melakukan pembinaan bulu...
Deretan Artis Hollywood Yang Ternyata Derita Penyakit Lupus Gejalanya Sulit Mereka Sadari

Deretan Artis Hollywood Yang Ternyata Derita Penyakit Lupus Gejalanya Sulit Mereka Sadari

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 293 hits
Aktivitas yang begitu padat membuat mereka nggak menyadari kalau sakit atau kelelahan yang mereka alami adalah gejala penyakit lupus
Siapa Sangka 5 Penyanyi Derita Anxiety Disorder Hingga Jejas Kesihatan

Siapa Sangka 5 Penyanyi Derita Anxiety Disorder Hingga Jejas Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 311 hits
Anxiety atau rasa risau atau kebimbangan adalah respon semulajadi pada tubuh badan ketika berlakunya tekanan Ia adalah rasa takut dan bimbang tentang perkara perkara akan datang Biasanya melibatkan situasi atau perkara sekeliling yang hanya...
Derita Aulia Sejak Lahir Belum Berakhir Bakal Jalani Pembedahan Jantung Dan Klef Bibir Tak Lama Lagi

Derita Aulia Sejak Lahir Belum Berakhir Bakal Jalani Pembedahan Jantung Dan Klef Bibir Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 623 hits
Mendapat perkhabaran gembira bahawa diri kini hamil adalah suatu yang cukup indah buat Rosmani Abdullah 45 dan pasangan Faizol Anizam Saad Meskipun ini bukan kelahiran pertama buat Rosmani tapi buat pasangan ini yang masing masing berjodoha...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul