Kerap Makan Manis Tiap Pagi Budak 5 Tahun Tahan Azab Tiga Hari Sakit Gigi


Menjadi kebimbangan buat ibu bapa jika anak kecil mengadu sakit. Macam mana tahap kesakitan mereka, apa punca mereka sakit dan pelbagai benda menjadi persoalan buat mereka.
Anak-anak dan makanan manis berpisah tiada. Pantang nampak makanan ringan seperti coklat dan aiskrim, terkinja-kinja mereka merayu nak makanan itu. Tapi awas ya ibu bapa sekalian, pengambilan makanan manis untuk anak-anak tak baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi untuk gigi mereka.

Baru-baru ini Doktor Gigi di Klinik Pergigian Azila Bangi, Dr Azila Mohd Karim, berkongsi tentang seorang pesakitnya yang mengalami bengkak gusi sehingga mengakibatkan “FACIAL CELLULITIS”. Ikuti perkongsian oleh Dr Azila tentang kisah adik berusia 5 tahun ini.
Suatu pagi Jumaat sebaik sahaja aku ‘parking’ kereta di hadapan klinik, aku disapa oleh seorang perempuan muda.
“Ini doktor Azila ke?” Aku menjawab “ya, saya..”.
Beliau bertanya lagi “Boleh jumpa doktor terus di klinik tak?”
Kepala aku ligat berfikir, seingat aku berderet temujanji aku pagi ini.
Maka aku jawab sambil tersenyum “Cik, boleh terus telefon klinik untuk temujanji”.
Tiba-tiba dia menarik seorang budak perempuan kecil lantas ditunjukkan mukanya pada aku.
Astaghfirullahalazim.. tergamam aku, terus aku cakap “Naik atas terus, saya periksa”

3 Hari Tahan Sakit 
Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu.
Hari pertama :
Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.
Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.
Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik.
a) Syrup Amoxycillin 3ml 3 kali sehari.
b) Syrup Paracetamol 3ml 3 kali sehari.
Hari kedua:
Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.
Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh.
Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan :
a) Syrup Metronidazole 8ml 3 kali sehari.
Mereka pulang, tiba-tiba malamnya muka anak menjadi bengkak sebegini (rujuk gambar).
Umur pesakit 5 tahun. Kasihan sungguh, wajahnya.. pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Tertutup mata kanan pesakit !
Keadaan ini di diagnosis sebagai “FACIAL CELLULITIS”.

Punca Sakit Gigi Dikenalpasti 
Sesi soal siasat oleh doktor Azila dijalankan seperti biasa. Hasil temubual dengan ibu bapa adalah :
1. Sering memberi makanan manis iaitu ‘kinderjoy’ setiap pagi. Pesakit juga kerap makan makanan yang manis-manis belaka.
2. Tidak mengamalkan rutin wajib memberus gigi anak setiap hari.
3. Tidak membawa anak untuk jumpa doktor gigi secara berkala.
ramai ibu bapa terlepas pandang dan tidak faham sebenarnya memberi makanan minuman manis adalah musuh utama mulut anak. Ini mengakibatkan gigi rosak. Selain itu, ibu bapa perlu tahu bersihkan gigi anak itu penting. Jangan sampai gigi anak berkaries, mengadu sakit baru jumpa doktor gigi.
Adakah kita mahu anak kita berkeadaan sebegini? Kerana sikap kita yang sambil lewa gigi anak rosak, gusi bengkak kemudian muka bengkak.
Dr Azila Mohd Kasim Beri Rawatan Kecemasan, Henti Guna Ubat Sebelum Ini
Setelah aku berbincang dengan doktor Pakar Pergigian Kanak –Kanak, pesakit ini :
1. Aku preskripsi :
a) Syrup Augmentin 5.3ml 2 kali sehari.
b) Syrup Paracetamol 5.3ml 4 kali sehari.
(Dos ubat – ubat yang diberi mengikut berat badan pesakit)
2. Pemantauan berkala dalam tempoh 24 jam oleh ibu bapa. Selagi anak boleh makan dan minum, badan tidak menolak sebarang makanan dan minuman yang diberi secara oral.
Maka belum perlu pergi Bahagian Kecemasan Hospital. Pada “posting” akan datang, akan aku kongsikan ciri-ciri yang perlu dirujuk terus ke hospital.
Kebetulan ketika itu cuti umum 2 hari Ahad hingga Isnin. Aku juga berpesan sekiranya tiba-tiba bengkak kemuncak mendadak, terus pergi ke bahagian kecemasan hospital.
3. Hari ketiga iaitu Selasa, pesakit berjumpa aku semula. Alhamdulillah.. muka sudah surut bengkak.
4. Gigi geraham susu yang menyebabkan bengkak tersebut, terpaksa aku cabut.

Gigi perlu dicabut!
KENAPA DOKTOR CABUT GIGI TERSEBUT?
Jawapannya : Agar gigi berkaries tersebut tidak menjadi punca infeksi, bengkak BERULANG SEMULA. Sekiranya terjadi situasi begini ia boleh MEMBAWA MAUT!
Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.
Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.
Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ.
Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.

HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI
Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti.
Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar.
Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah.
Tanda-tanda Gigi Dijangkiti 
Sebagai orang dewasa, kadangkala kita juga keliru sama ada terdapat jangkitan pada gigi kita atau tidak lagi. Sama juga untuk anak-anak, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa pantau gigi anak-anak supaya bebas dari jangkitan. Antara tanda-tanda terdpat jangkitan dalam mulut seperti:-
• Nafas busuk.
• Rasa pahit dalam mulut.
• Demam.
• Sakit gigi.
• Gigi lebih sensitif.
• Gusi bengkak.
• Kelenjar bengkak pada leher.
• Bengkak rahang.
Ini bertujuan memberi peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari dan pengambilan makanan manis.
SUMBER: Dr Azila Mohd Kasim 
The post Kerap Makan Manis Tiap Pagi, Budak 5 Tahun Tahan Azab Tiga hari Sakit Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kerap-makan-manis-tiap-pagi-budak-5-tahun-tahan-azab-tiga-hari-sakit-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Hari Tanggung Derita Sakit Gigi Sampai Bengkak Muka

3 Hari Tanggung Derita Sakit Gigi Sampai Bengkak Muka

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 644 hits
The ReporterKasihan melihat keadaan kanak kanak ini yang bengkak di muka berpunca dari sakit gigi berlubang Difahamkan ibu bapanya telah mencuba mendapatkan rawatan dari beberapa klinik gigi tetapi hanya diberi ubat tanpa diberikan rawatan ...
Comelnya Budak Tiga Tahun Nyanyi Negaraku Walau Ada Salah Sebut

Comelnya Budak Tiga Tahun Nyanyi Negaraku Walau Ada Salah Sebut

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR 10 Sept Rakaman kanak kanak menyanyi lagu kebangsaan Negaraku mencuit hati pengguna media sosial sekalipun ada lirik nyanyiannya yang salah sebut Khayla Sofea tiga tahun dilihat menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat d...
Budak 8 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Didera Ibu Bapanya

Budak 8 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Didera Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 259 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lapan tahun di Ukraine terjun dari tingkat sembilan kerana tidak tahan didera oleh ibu bapanya sejak beberapa tahun lalu Dalam kejadian yang berlaku di Enerhodar selatan Ukraine mangsa yang hanya dikenali ...
4 Hari Usai Melahirkan Sang Suami Paksa Berhubungan Intim Istri Tahan Sakit Hingga Meninggal Dunia

4 Hari Usai Melahirkan Sang Suami Paksa Berhubungan Intim Istri Tahan Sakit Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 373 hits
Pada kalangan masyarakat Melayu ada pantangan bagi perempuan 44 hari pascamelahirkan yang sudah dipraktikkan secara turun temurun Pasalnya periode ini dianggap sebagai masa pemulihan fungsi kewanitaan dari semua luka serta fisik dan mental ...
Aina 1 Tahun 4 Bulan 4 Hari

Aina 1 Tahun 4 Bulan 4 Hari

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 361 hits
Gambar koleksi kasut bayi perempuan dan lego siri kenderaan Juga gambar Aina semasa kenduri kahwin di Kuching di Sarawak Kasut kasut Aina memang kecil tidak padan dengan umurnya menyebabkan sukar untuk mencari kasut yang sepadan dengannya S...
Sebab Itulah Pahala Ibu Tak Boleh Dihitung Sabar Tahan Sakit Badan Pam Susu Untuk Anak

Sebab Itulah Pahala Ibu Tak Boleh Dihitung Sabar Tahan Sakit Badan Pam Susu Untuk Anak

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 600 hits
Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu kaedah power pumping sangat digalakkan Caranya mudah sahaja cuma memerlukan kesabaran kerana ia memakan masa yang agak lama Demi mendapatkan susu berharga buat anak tersayang setiap ibu pasti sanggup ...
Betulkah Meninggal Pada Hari Jumaat Terlepas Dari Azab Kubur

Betulkah Meninggal Pada Hari Jumaat Terlepas Dari Azab Kubur

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1111 hits
Mungkin anda pernah dimomokkan dengan salah satu tanda kematian yang husnul khatimah ialah apabila seseorang itu meninggal pada hari Jumaat Yang paling ketara adalah apabila ada yang menambah bahawa jika meninggal pada hari Jumaat maka terl...
Mamat Exists Direman Tiga Hari Konsert Exists Reunion Tetap Diteruskan

Mamat Exists Direman Tiga Hari Konsert Exists Reunion Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 402 hits
Konsert Exists Reunion yang dijadual pada 28 September dan 5 Oktober nanti tetap diteruskan walaupun vokalis asal Mamat direman polis akibat dadah kata penganjur Jurucakap Shiraz Projects memaklumkan mereka dihubungi peminat bertanyakan sta...
Peringatan Ulang Tahun Ke 70 Sby Gelar Tahlilan 100 Hari Ani Yudhoyono

Peringatan Ulang Tahun Ke 70 Sby Gelar Tahlilan 100 Hari Ani Yudhoyono

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 220 hits
Presiden ke 6 Susilo Bambang Yudhoyono hari ini berulang tahun ke 70 Peringatan ulang tahun ini juga bertepatan dengan ulang tahun Partai Demokrat ke 18 SBY juga menggelar doa bersama dalam rangka tahlilan 100 hari almarhumah Ani Yudhoyono
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense