3 Duta Foodpanda Bersaing Dan Menang Sambil Beramal Melalui Pandamart Sweep
3 Duta foodpanda Bersaing dan Menang Sambil Beramal Melalui Pandamart Sweep | Assalamualaikum semua.. Nama foodpanda ni memang tak asing lagi dalam kehidupan seharian. Mana taknya, bila lapar je nama foodpanda diseru. Sampaikan anak-anak buah sis pun dah pandai dah, bila tanya nak makan apa mesti cakap nak makan "foodpanda". Pendek kata pelbagai lapisan masyarakat tak kira usia dah familiar dengan foodpanda ni
Sis di event foodpanda
Sebagai peneraju platform makanan atas talian di Asia, foodpanda juga turut mangambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan. Satu program CSR telah diadakan untuk berkongsi kegembiraan dengan sumbangan istimewa kepada badan amal pilihan duta jenama mereka. Tapi apa yang menariknya program CSR foodpanda lain yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Tahun ini, foodpanda melakukan sesuatu yang berbeza di mana duta jenama mereka bersaing dalam pandamart Sweep dan hadiah yang dimenangi akan diserahkan kepada badan amal pilihan duta mereka
Cabaran Pandamart Sweep
Diilhamkan daripada sebuah rancangan hiburan Amerika, Supermarket Sweep, pandamart Sweep menghendaki tiga duta jenama ini untuk mendapatkan barangan yang disenaraikan di cawangan pandamart dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, kelainannya disini ialah, selain daripada merujuk kepada senarai barangan tersebut, mereka perlu mendengar barang-barang itu daripada lagu rap yang dimainkan. Setiap duta jenama ini akan mendengar versi rap yang berbeza dan cuba mendapatkan semua barangan dalam masa 3 minit. Setiap daripada mereka akan bergilir-gilir meneliti lebih 4,500 barangan yang berbeza di pandamart dan mencari 18 barangan daripada lagu rap yang dimainkan itu.
Tiga Duta foodpanda menerima cabaran pandamart Sweep
Pergh menarik kan. Sis yang menonton video pandamart Sweep tu pun terhibur dengan gelagat ketiga-tiga duta tersebut. Eh, lupa pula nak perkenalkan siapakah Duta foodpanda. Tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan, duta jenama ini adalah pengacara televisyen, juruhebah radio dan pengacara majlis, Aishah Sinclair, penyanyi, model dan pelakon, Elizabeth Tan, dan vlogger terkenal Malaysia serta YouTuber yang berjaya, Tanesh Vijayagomaran
Majlis bersama 3 duta foodpanda
“Duta jenama ini dipilih dengan teliti oleh pasukan kami untuk melambangkan perpaduan bangsa di Malaysia dan menarik perhatian penonton kami dari semua lapisan masyarakat. Selain itu, kami merasakan mereka mempunyai kesan dan pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat dengan pengikut setia yang akan mencuba dan mengikuti tip-tip dan nasihat serta cadangan yang telah mereka kongsikan di media sosial,” ~ Bernard Chong, Pengarah Pemasaran foodpanda ~
Mr. Bernard Chong
Berikut adalah badan amal yang menjadi pilihan kepada setiap duta foodpanda :
Aishah Sinclair - Badan amal pilihan Aishah Sinclair ialah OrphanCare Foundation, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu dalam pembuangan bayi dan pengambilan anak angkat. Faktor pemilihan badan amal ini adalah kerana perasaan sedih dan kecewa setiap kali mendengar tentang bayi yang tidak diingini dan tidak dirancang ini. Dengan adanya pertubuhan seperti OrphanCare, bayi-bayi tersebut berpeluang untuk terus hidup dan mencari rumah yang akan menjaga dan memastikan kebajikan mereka dipelihara
Aishah Sinclair
Elizabeth Tan - Badan amal pilihan Elizabeth Tan adalah Agape Outreach to the Blind, sebuah badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang cacat penglihatan dan buta. Dia percaya bahawa cinta itu tidak buta dan ingin meningkatkan kesedaran tentang cara membantu mereka yang cacat penglihatan
Elizabeth Tan
Tanesh Vijayagomaran - Badan amal pilihan Tanesh adalah Rumah Amal Anbe Sivam, sebuah rumah anak yatim serta kanak-kanak kurang upaya dan berkeperluan khas sebagai badan amal pilihannya. Semasa kecil, setiap hari ibu bapanya akan memandu melewati pusat tersebut dan dia akan melihat kanak-kanak di situ bermain di luar. Sejurus itu, dia terus memutuskan apabila dewasa nanti, dia akan sedaya upaya untuk membantu mereka dalam apa juga cara
Tanesh Vijayagomaran
Pemenang bagi pandamart Sweep menerima bekalan pandamart sebanyak RM 10,000 yang disumbangkan kepada badan amal pilihan masing-masing dan juga membawa pulang baucer pandamart yang bernilai RM 1,000. Akan tetapi, duta jenama ini tidak mengetahui bahawa kesemua rumah amal akan menerima hadiah yang sama. Untuk menambah lagi unsur kejutan, ketiga-tiga duta jenama hanya dimaklumkan berkenaan berita ini sebaik sahaja mereka telah selesai dengan cabaran pandamart Sweep tersebut, dimana kesemua wakil dari rumah kebajikan terpilih turut hadir.
3 Duta foodpanda Bersaing dan Menang Sambil Beramal Melalui Pandamart Sweep
Wahh, mesti happy kan bila kesemua badan amal akan menerima hadiah yang sama. Kalau sis, terus hilang penat bila tengok wajah mereka tersenyum riang. Apa pun tahniah kepada foodpanda dan semua duta yang terlibat atas usaha murni sebegini. Hopefully lepas ni akan ada lagi program CSR bagi terus membantu mereka yang memerlukan. Untuk sis, apa lagi harus la akan terus menggunakan khidmat foodpanda untuk order makanan.. hehe..
Untuk maklumat lanjut sila layariwww.foodpanda.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2021/12/3-duta-foodpanda-bersaing-dan-menang.html