Najib Tadah Tangan Sambil Pegang Yassin Najwa Minta Orang Ramai Doakan Daddy


 


Oleh FAZLI RADZI / December 8, 2021Esok pastinya hari mendebarkan buat Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.
Apa tidaknya, pihak mahkamah bakal memutuskan rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Menerusi hantaran di Instagram petang tadi, anak perempuannya Nooryana Najwa meminta agar orang ramai mendoakan agar ayahnya itu diberi kekuatan dan keadilan.
“Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini, dan semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya,” kata Nooryana.
Dia berkata, sebagai hamba Allah SWT, kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik.
“Berdepan dengan berbagai ujian tetapi kekal tenang, percaya dan yakin dengan kebenaran. Kebenaran di dunia dan di akhirat,” ujarnya.
Sementara itu, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan memuat naik gambarnya sedang menadah tangan berdoa sambil memegang buku Yassin.
Dia yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dilihat duduk bersila di atas permaidani dengan sejadah terbentang di sisi kirinya.
“Saudara-saudari. Kenalan dan rakan-rakan serta semua yang mendoakan saya. Maaf tidak dapat solat berjemaah bersama malam ini.
“Bacaan Yassin dan doa kita buat secara maya sahaja malam ini. Atas sebab status kontak dengan pesakit positif Covid-19,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.
Najib tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.Najib, 68, menambah dia menerima banyak mesej, panggilan, dan membaca banyak ucapan yang memberikan kata-kata sokongan dan doa terhadapnya.
“Amat menghargai setiap satunya. Saya sedia menghadapi aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang dan redha.
“Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada hambaNya dan permudahkan segalanya,” kata suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu yang juga sedang menjalani proses mahkamah.
Prosiding keputusan membabitkan Ahli Parlimen BN Pekan itu esok akan berlangsung secara maya.
Pada 28 Julai tahun lalu, Najib dikenakan hukuman denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.
SRC ialah subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara penuh kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib kemudiannya melalui peguam pada 2 Disember lalu, memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu membabitkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang didakwa boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.
Bukti baharu itu yang didakwa Najib, antaranya mendakwa bekas Gabenor Bank Negara itu bersekongkol dengan Jho Low bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu menyeleweng dana 1MDB dan anak syarikatnya SRC International.
Pada 30 Julai tahun lalu, anak Perdana Menteri Malaysia kedua itu memfailkan notis rayuannya dengan mengemukakan 307 alasan kenapa dirinya tidak patut didapati bersalah terhadap kesemua tuduhan tersebut.
Sebelum itu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.
Bagaimanapun, Najib dibebaskan selepas diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menanti rayuan diputuskan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/najib-tadah-tangan-sambil-pegang-yassin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Give Daddy Strength Najib S Daughter Prays On Eve Of Verdict

Give Daddy Strength Najib S Daughter Prays On Eve Of Verdict

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 186 hits
As a court verdict looms over the former prime minister Najib Abdul Razak his daughter Nooryana Najwa Najib has called for prayers to beseech God to give him strength and justice As servants of Allah we can only plan and pray for the best F...
12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 394 hits
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International November 24 2021 Najib Razak yang kini berada di Singapura bersama anaknya yang baru baru ini bersalin hanya akan pulang pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin h...
Najib Berbuih Mulut Tuduh Saya Tapi Saya Bayar Cukai Sindir Tun M

Najib Berbuih Mulut Tuduh Saya Tapi Saya Bayar Cukai Sindir Tun M

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 189 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bermacam macam bukti berkenaan pajakan tanah di Langkawi untuk disamakan dengan permohonan hartanah RM100 jutanya Nampaknya ada orang yang berbuih mulut tuduh saya d...
If Najib Is Acquitted On December 8th Then Do We Have To Buy Back The Equanimity

If Najib Is Acquitted On December 8th Then Do We Have To Buy Back The Equanimity

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 235 hits
The following is taken from Asia Sentinel The stage apparently is being set to get Najib off the hook in biggest theft of public funds in Malaysian history the loss of US 4 5 billion from 1MDBJuly 2020 Najib convicted all seven counts sente...
Bersatu Serang Pm Guna Isu Harga Barang Naik Najib

Bersatu Serang Pm Guna Isu Harga Barang Naik Najib

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 246 hits
Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Pihak propaganda Parti Pribumi Bersatu Malaysia didakwa mula menyerang Perdana Menteri menggunakan isu harga barang naik Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak mendakwa ia dapat dilihat menerusi media ...
Najib Bersatu Susun Propaganda Untuk Tumbangkan Ismail Sabri

Najib Bersatu Susun Propaganda Untuk Tumbangkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 219 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bahawa Bersatu sedang menyusunkan propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa objektif utama mereka ialah untuk mengembalikan Muhyiddin ...
Isu Tanah Di Langkawi Mahathir Melenting Sindiran Najib

Isu Tanah Di Langkawi Mahathir Melenting Sindiran Najib

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 206 hits
Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengakui dia memajak dua bidang tanah di Langkawi seperti dibangkitkan oleh musuh politiknya Najib Razak Bagaimanapun kata Mahathir dia membayar pajakan itu Pajak kena bayar Tak dapat free pun katanya ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep