3 Cara Untuk Wanita Gagal Seumur Hidup
3 Cara Untuk Wanita Gagal Seumur Hidup
Tertarik dengan perkongsian Dr Muhaya tentang 3 cara untuk menjadi wanita gagal seumur hidup. Kalau selalu kita dengar orang berkongsi tips bagaimana menjadi wanita berjaya, nak menjadi wanita solehah kan? Kali ni aku kongsikan pesanan Dr kalau nak jadi wanita gagal.
Dah biasa sangat dan jadi tepu bila banyak perkongsian yang berunsur kebaikan ni jadi Prof guna reverse psychology supaya dapat capture minat pendengar untuk ambil tahu. Aku sendiri tertarik nak tahu sebab tak nak tergolongan dalam kumpulan yang gagal. Alergik gagal okeh.
Ketahui Cara Untuk Menjadi Wanita Gagal
3 cara untuk wanita menempah kegagalan seumur hidup terutama wanita muslim ialah seperti dibawah:
#1 Jangan Jaga Solat
Amalkan solat di akhir waktu. Selalu terjadi bila keluar terutama dekat shopping mall atau waktu bekerja di pejabat sebab tak cukup masa atau selalu terlambat. Ambil jalan mudah terus sembahyang kapit. Istilah Sembahyang kapit adalah untuk mereka yang melakukan solat dua waktu sekaligus biasanya waktu Zohor dan Asar.
Oleh sebab kekangan waktu jadi solat di hujung waktu Zohor dan menunggu untuk solat Asar di awal waktu. Masa Prof terangkan sembahyang kapit tu terus diselubungi rasa berdosa sebab masaku bekerja dulu selalu aku buat. Taubat.
#2 Jangan Jaga Aurat
Sila dedahkan aurat dan expose diri anda dan malaikat akan kutuk anda setiap masa. Apabila isteri buka aurat, perbuatan itu dikira menzalimi suami dan sebab itu antara punca berlakunya suami menzalimi isteri. Dalam diam sebenarnya kita mengundang kejahatan kepada diri sendiri. Kena ingat, satu langkah wanita keluar mendedahkan aurat mendekatkan suami dengan api neraka.
Banyak sebenarnya penerangan tentang aurat ni, aku juga tak terlepas nak baiki diri. Bukan mudah ya tapi hari-hari aku cuba pilih pakaian yang sopan dan next target aku nak pakai hand sock. Ya ampun dengan cuaca panas dekat Malaysia ni dugaan dia tinggi ya tuan puan.
#3 Jangan Jaga Pergaulan
Prof pesan sila lah bertepuk tampar dengan bukan mahram. Jadi wanita murahan yang mudah disentuh oleh semua. Benda ringan dan mudah je sebenarnya, tapi inilah bunga-bunga dosa yang kita pupuk tanpa sedar.
Dalam perkongsian tu juga Prof Muhaya kongsikan apabila wanita pilih untuk gagal seumur hidup maka akan memberi ruang dan juag menjadi salah satu punca suami berlaku curang. Ini berdasarkan pengalaman Prof membantu wanita yang menghadapi masalah dalam rumah tangga.
Tiga soalan yang Prof akan tanya bila wanita mengadu suami curang ialah tentang solat, aurat dan juga pergaulan. Setiap keburukan yang kita dapat adalah hasil keburukan dosa yang kita lakukan dan kita masih belum bertaubat. Untuk merawat diri ialah dengan taubat dan juga sentiasa berzikir. Kena sentiasa muhasabah diri.
Wallahualam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/09/3-cara-untuk-wanita-gagal-seumur-hidup.html