290 Pemberi Maklumat Diberi Perlindungan Sprm


BERNAMA

Putrajaya: Seramai 290 individu diberi perlindungan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sejak tahun 2016 kerana bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata di bawah akta itu keselamatan mereka dilindungi dan dijamin.
"Pada saya ia adalah jumlah yang banyak dan mereka ini adalah mereka yang sanggup bekerjasama dengan SPRM.
"SPRM memerlukan lebih banyak maklumat daripada orang ramai seperti ini supaya kami dapat mengumpul maklumat dengan lebih banyak dan bergerak lebih berkesan lagi," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui SPRM tidak terlepas berdepan kesukaran untuk mendapatkan maklumat kerana masih ramai yang takut untuk melaporkan kegiatan rasuah yang berlaku di sekeliling mereka.
"Antara faktor yang menyukarkan sesetengah individu berkongsi maklumat dengan agensinya berkemungkinan disebabkan takut dibuang kerja atau akan menjejaskan perniagaan mereka.
"Kami sedar bahawa untuk mendapatkan pengadu untuk datang kepada kami untuk membuat aduan itu susah dan peratusannya terlalu kecil," katanya.
Beliau berkata SPRM adalah agensi yang menggunakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat supaya mereka dilindungi daripada segala ancaman termasuk risiko dibuang kerja.
"Banyak kes yang dikendalikan ketika ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat dan mereka ini dilindungi oleh undang-undang termasuk daripada sebarang tindakan undang-undang oleh majikan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata sasaran SPRM adalah untuk menjadikan masyarakat di negara ini bebas rasuah dan menjadi agensi penguat kuasa rasuah terunggul di dunia, dan untuk merealisasikan impian itu, pelbagai strategi perlu dirangka yang turut membabitkan semua pihak termasuk pelbagai jabatan dan agensi lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/290-pemberi-maklumat-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Part 2 Siti Sarah Shuib Amp Fara Mendoza Ke Sprm Lagi

Part 2 Siti Sarah Shuib Amp Fara Mendoza Ke Sprm Lagi

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 669 hits
12 Kronologi 1 1 Oktober Pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka...
Sprm Tiada Hak Jalankan Siasatan Di Rumah Rosmah Peguam

Sprm Tiada Hak Jalankan Siasatan Di Rumah Rosmah Peguam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 269 hits
314 total views 314 views today Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak ada hak untuk menjalankan siasatan di rumah Datin Seri Rosmah Mansor di Langgak Duta dua tahun lepas kerana lap...
Rasuah Bulanan Asp Antara Empat Direman Sprm

Rasuah Bulanan Asp Antara Empat Direman Sprm

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 584 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL Empat individu termasuk tiga polis dibawa ke Mhkamah Majistret Shah Alam untuk direman SPRM SHAH ALAM Empat individu termasuk seorang asisten superintenden polis direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung r...
Kes Pecah Amanah Hasanah Sprm Sita Lebih As 4 Juta

Kes Pecah Amanah Hasanah Sprm Sita Lebih As 4 Juta

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 369 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerima aduan beberapa pegawai Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri menyalahgunakan wang disyaki milik Kerajaan Malaysia yang dia...
Sprm Beku 750 Akaun Bernilai Rm75 Juta Sita 24 Kereta Mewah Milik Ahli Sindiket Macau Scam

Sprm Beku 750 Akaun Bernilai Rm75 Juta Sita 24 Kereta Mewah Milik Ahli Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 941 hits
SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau ScamPerkembangan terkini mengenai kes sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan mencuci duit haram Su...
Sprm Dedah Gaji Bulanan Menteri Malaysia Gaji Pm Bukan Yang Tertinggi

Sprm Dedah Gaji Bulanan Menteri Malaysia Gaji Pm Bukan Yang Tertinggi

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 351 hits
Tahun 2019 senarai gaji menteri dari Kerajaan Pakatan Harapan pernah didedahkan kepada umum yang menunjukkan penerima gaji tertinggi per bulan pada ketika itu adalah Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan pada ketika itu RM86 464 92 diikuti d...
Pejabat Felda United Dipecah Masuk Dokumen Siasatan Sprm Lesap

Pejabat Felda United Dipecah Masuk Dokumen Siasatan Sprm Lesap

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 559 hits
Disebalik berita mengenai kegagalan Felda United dalam melengkapkan proses penswastaan kelab sehingga tarikh akhir yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia rupa rupanya telah berlaku pergolakan di peringkat dalaman pasukan tersebut...
Fara Mendoza Mengaku Disiasat Sprm Akaun Dibekukan Apa Dosa Saya Rumah Digeledah

Fara Mendoza Mengaku Disiasat Sprm Akaun Dibekukan Apa Dosa Saya Rumah Digeledah

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 805 hits
Alhamdulillah saya tak bersalah syukur Hari ini 1 10 2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama tulis pelakon kontroversi Fara Mendoza yang mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial Sprm Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat Macau Scam

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial Sprm Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat Macau Scam

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 465 hits
Bila mendengar perkataan atau pun terma Macau Scam pasti ramai yang berfikiran ianya mungkin kegiatan yang didalangi warga asing dan tidak melibatkan rakyat tempatan di negara kita Namun siapa sangka rakyat tempatan atau orang kita sendiri ...
Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah

Aeon Mall Bukit Tinggi Klang Meriah Dengan Pameran Transformers One

Investment Grade 5 Lots From Bonhams 2024 Autumn Stafford Sale

Bufet Hari Ahad Dengan Harga Bawah Rm100 Di Hotel Lima Bintang Parkroyal Collection Kuala Lumpur

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Menu Dinner Pak Zain Discharged

Baru Draf La Benggong Rupanya


echo '';
10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

Resepi Mooncake Halal

Spinning The Wheel Of Fortune A Deep Dive Into Online Roulette Strategies

Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group