259 Penuntut Usm Mula Pengajian


azrulhakimie 
Mereka memasuki kampus secara berperingkat bermula Rabu KOTA BHARU – Seramai 259 penuntut tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kota Bharu, akan memulakan pengajian seperti biasa bermula 1 Julai ini selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, mereka mula memasuki kampus secara berperingkat bermula Rabu lalu, membabitkan penuntut tahun akhir Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG).
Katanya, sebelum kembali ke kampus, mereka dikehendaki mengisi Borang Deklarasi Risiko COVID-19 Warga Kampus Kesihatan USM secara dalam talian melalui URL https://bit.ly/crrsusmkk3 dan menghantar tangkapan skrin aplikasi MySejahtera bagi penentuan status zon lokasi tempat tinggal mereka.
“Surat kebenaran untuk kembali ke kampus pula akan dikeluarkan oleh pusat pengajian masing-masing kepada penuntut yang layak dan disahkan tidak berisiko.
“Bagi mereka yang mengalami gejala atau risiko kontak, mereka perlu menghubungi ‘hotline’ 09-7673519 untuk mendapatkan maklum balas dari Klinik Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan mereka perlu menangguhkan perjalanan serta mendapatkan pemeriksaan atau rawatan di klinik kesihatan berhampiran tempat tinggal masing-masing.
“Selepas mendapatkan rawatan, mereka perlu mengisi semula Borang Deklarasi dan menghantar borang berkenaan berserta surat kebenaran, pengesahan tamat tempoh kuarantin 14 hari dan keputusan siasatan Covid-19, sekiranya ada,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Ahmad Sukari berkata, pada masa sama, kemasukan penuntut ke kampus juga perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan termasuk ahli keluarga atau pengiring yang datang menghantar mereka ke kampus.
“Setelah tiba di kampus, mereka perlu melepasi saringan suhu badan di pintu masuk dan sekiranya mereka melepasi saringan ini, penuntut diminta untuk terus melapor diri di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) bagi tujuan pengesahan kembali ke kampus.
“Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak melepasi saringan suhu badan, mereka akan dirujuk ke ‘Severe Respiratory Illness’ – Klinik Rawatan Keluarga (SRI-KRK) HUSM,” katanya.
Beliau berkata, penuntut dari zon hijau dan tidak bergejala atau berisiko akan dibenarkan masuk ke bilik masing-masing, namun bagi mereka yang datang dari zon merah tetapi tidak bergejala atau berisiko akan ditempatkan di zon kuarantin.
“Bagi penuntut yang bergejala atau berisiko, mereka akan terus dirujuk ke Klinik SRI-KRK dan hasil pemeriksaan yang dijalankan akan menentukan sama ada mereka dibenarkan masuk ke bilik masing-masing atau dikuarantin atau perlu ditempatkan di zon isolasi untuk tindakan susulan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/259-penuntut-usm-mula-pengajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utar Dapat Rm58 Juta Institusi Pengajian Melayu Islam Dapat Berapa

Utar Dapat Rm58 Juta Institusi Pengajian Melayu Islam Dapat Berapa

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 553 hits
Presiden MCA dapat peruntukan RM58 juta dari mana Presiden parti parti lain tidak mahu minta juga ke terutama untuk institusi pengajian Melayu dan Islam Menteri Kewangan cakap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin antaranya menarik bajet bajet ...
Kpt Bincang Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian Ipt

Kpt Bincang Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian Ipt

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengkaji isu berkaitan yuran pengajian semester Institusi Pengajian Tinggi bagi penuntut yang terkesan akibat penularan COVID 19 Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa
109 617 Lepasan Spm Ditawar Lanjut Pengajian Bagi Sesi 2020 2021

109 617 Lepasan Spm Ditawar Lanjut Pengajian Bagi Sesi 2020 2021

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA 3 Jun Seramai 109 617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 ditawarkan ke Universiti Awam Institut Pendidikan Guru Kolej Matrikulasi Politeknik Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam bagi melanjutkan pengajian bagi se...
Poster Pengajian Kitab Mandzumah Syu Abul Iman

Poster Pengajian Kitab Mandzumah Syu Abul Iman

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 434 hits
Design PosterMAJLIS KAJIAN KITAB ONLINEPENGAJIAN KITAB MANDZUMAH SYU ABUL IMANPengenalan Kitab Nadzom Syu abil Iman adalah karya Syaikh Zainuddin bin Ali bin Ahmad Secara umum kitab ini adalah kitab Ilmu Tasawuf yang menyentuh perkara berka...
From Humble Beginnings To Usm S First Orang Asli Faculty Dean

From Humble Beginnings To Usm S First Orang Asli Faculty Dean

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 210 hits
Earlier this month news broke that Prof Bahari Belaton had been of Universiti Sains Malaysia s School of Computer Sciences More than a reward for his hard work and scientific expertise it was also significant for another reason as a Semai B...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian