109 617 Lepasan Spm Ditawar Lanjut Pengajian Bagi Sesi 2020 2021


PUTRAJAYA, 3 Jun  — Seramai 109,617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 ditawarkan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil/asasi/matrikulasi/diploma dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM).
KPT memaklumkan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) berkaitan kepada calon yang berjaya mulai esok (4 Jun) dan calon perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh lima hari iaitu selewat-lewatnya 8 Jun ini.
“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA,” menurut KPT dalam satu kenyataan hari ini.
KPT memberitahu tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah mulai 5 Jun ini hingga 4 Januari 2021 mengikut IPTA masing-masing.
KPT mengatakan ia mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar dan berdasarkan prinsip itu, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA.
“Tiada sistem kuota diguna pakai dan sistem ini telah digugurkan semenjak sesi pengambilan 2002/2003,” menurut kenyataan itu.
Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2020/2021 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.
Calon yang tidak menerima sebarang tawaran atau gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di http://upu.moe.gov.my yang akan dibuka dalam tempoh lima hari bekerja mulai hari ini pukul 12.00 tengah hari hingga 10 Jun 2020 pukul 5.00 petang.
“Dasar pemilihan rayun pelajar adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” menurut KPT.
Bahagian kemasukan pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) telah membuka kemudahan talian hotline mulai hari ini hingga 10 Jun 2020 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
Sumber: Bernama
 
The post 109,617 Lepasan SPM Ditawar Lanjut Pengajian Bagi Sesi 2020/2021 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/03/109617-lepasan-spm-ditawar-lanjut-pengajian-bagi-sesi-2020-2021/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Upuonline Sesi 2020 2021 Lepasan Spm

Rayuan Upuonline Sesi 2020 2021 Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 392 hits
Permohonan rayuan UPUOnline ke Universiti Awam Kolej Matrikulasi Institut Pendidikan Guru Politeknik Kolej Komuniti dan ILKA sesi akademik 2020 2021 bagi lepasan SPM Setaraf Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e rayuan dan semakan kep...
109 617 Spm School Leavers Get Further Studies Offer For 2020 2021 Session

109 617 Spm School Leavers Get Further Studies Offer For 2020 2021 Session

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 440 hits
A total of 109 617 Sijil Pelajaran Malaysia 2019 school leavers have been offered places at public universities Institute of Teacher Education matriculation colleges polytechnics community colleges and public skills training institutes to p...
Semakan Keputusan Upuonline Bagi Lepasan Spm Sesi Akademik 2020 2021

Semakan Keputusan Upuonline Bagi Lepasan Spm Sesi Akademik 2020 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 565 hits
Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan keputusan UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2020 2021 akan dikeluarkan pada 3 Jun 2020 mulai jam 12 tengah hari Kepada pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan melalui ini hebah...
Poco Akan Berkongsi Lanjut Mengenai Poco F2 Pro Di Malaysia Esok 28 Mei 2020

Poco Akan Berkongsi Lanjut Mengenai Poco F2 Pro Di Malaysia Esok 28 Mei 2020

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 389 hits
Poco Malaysia hari ini telah berkongsi melalui media sosial mereka mengatakan bakal berkongsi lanjut mengenai penawaran Poco F2 Pro untuk pasaran tempatan secara rasminya esok Poco F2 Pro hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi tetapi pad...
Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Dilakukan Secara Online Sehingga 31 Disember 2020 Kpt

Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Dilakukan Secara Online Sehingga 31 Disember 2020 Kpt

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 774 hits
KPT hari mengeluarkan kenyataan media dengan memaklumkan bahawa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah dilaksanakan secara online sehingga 31 Disember 2020 Keputusan ini berikutan penularan pandemik COVID 19 yang sedang berlaku dise...
Kpu Siap Gelar Pilkada Serentak 2020 Atau 2021

Kpu Siap Gelar Pilkada Serentak 2020 Atau 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 301 hits
Komisi Pemilihan Umum siap menggelar Pilkada serentak pada Desember 2020 atau Maret dan September 2021
5983 Aktiviti Sesi Bual Biz Malaysia Ketua Aktivis Ppim Bersama Rtm Tv1 Ppim 23 05 2020

5983 Aktiviti Sesi Bual Biz Malaysia Ketua Aktivis Ppim Bersama Rtm Tv1 Ppim 23 05 2020

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 627 hits
22 Mei 2020 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersiaran dalam rancangan Bual Biz Malaysia yang bertajuk Beraya Dalam PKPB di saluran RTM TV1
Sesi Dagangan Ditutup Awal Pada 25 Mei Bersempena Dengan Sambutan Hari Peringatan Di Amerika Syarikat Pada 25 Mei 2020

Sesi Dagangan Ditutup Awal Pada 25 Mei Bersempena Dengan Sambutan Hari Peringatan Di Amerika Syarikat Pada 25 Mei 2020

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 395 hits
Para pelanggan yang dihormati Bersempena dengan sambutan Hari Peringatan di Amerika Syarikat pada 25 Mei 2020 dagangan spot pada logam niaga hadapan logam dan niaga hadapan tenaga akan ditutup pada jam 8 malam lebih awal dari kebiasaan Niag...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media