25 Lelaki Rugi Rm150 000 Jadi Mangsa Pemerasan Seksual


Oleh Ahmad Farhan Soffian Santong, Foto BERNAMA SEBANYAK 25 kes membabitkan sindiket pemerasan menggunakan taktik panggilan video lucah dan langganan perkhidmatan  seks melalui platform media sosial dilaporkan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang antara 1 Januari lalu hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua kes itu melibatkan mangsa lelaki berumur antara 17 hingga 50 tahun dengan nilai kerugian sebanyak RM150,000.
Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah dengan menawarkan langganan seks dan membuat panggilan video lucah selepas berkenalan menerusi medium media  sosial seperti Facebook, Wechat, Michat, Line, Tinder dan banyak lagi.
Katanya, bagi kes yang menawarkan langganan seks, suspek akan meminta  mangsa membuat bayaran tertentu sebagai wang deposit dan akan terus meminta bayaran tambahan.
“Jika mangsa enggan suspek akan  mengugut dengan menghantar gambar  atau video orang yang dicederakan  kononnya mereka akan melakukan perkara yang sama kepada mangsa.
“Selain itu, suspek juga akan memuat  turun gambar mangsa yang terdapat di  media sosial dan mengugut mangsa  untuk menyebarkan gambar dengan ‘caption’ jelik serta boleh menjatuhkan maruah mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi  kes panggilan video lucah pula, ujar Soffian, suspek akan membuat panggilan video menggunakan wanita yang beraksi lucah serta meminta mangsa berbogel.
Katanya, pnggilan video itu akan dirakam oleh suspek dan kemudiannya akan mengugut mangsa untuk membuat sejumlah bayaran sekiranya tidak mahu  video tersebut disebarkan kepada kenalan  mangsa atau ditularkan di media sosial.
“Suspek akan terus cuba menghubungi mangsa menggunakan nombor telefon  tempatan atau luar negara serta akan  menggunakan lebih daripada satu nombor  telefon bagi mengugut dan menakutkan  mangsa,” katanya.
Tambah beliau, sindiket itu turut menggunakan beberapa cara pembayaran  antaranya melalui pembelian Razer Gold, pemindahan wang dalam talian dan Pay Pal.
Katanya, kesemua kes yang dilaporkan  disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan, Seksyen 385  Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan  ketakutan bagi tujuan melakukan pemerasan dan Seksyen 233 Akta  Kesalahan Multimedia dan Komunikasi  1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan  rangkaian.
“Sehubungan itu, kita menasihatkan orang  ramai agar lebih berhati dalam menggunakan apa-apa jua aplikasi atas  talian dan jangan sesekali terpedaya  dengan tawaran perkhidmatan seks serta  langganan urut atas talian. 
“Orang ramai juga dinasihatkan tidak berkelakuan lucah semasa membuat  panggilan video dengan mana-mana individu yang baru dikenali bagi mengelakkan dari menjadi  mangsa  sindiket ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/25-lelaki-rugi-rm150000-jadi-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Rugi Rm260 000 Ditipu Macau Scam

Peguam Rugi Rm260 000 Ditipu Macau Scam

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 313 hits
Mohd Rosni Mohd Lazim berkata suspek mendakwa kononnya peguam itu mempunyai tunggakan cukai RM32 000 sebelum kemudiannya panggilan itu disambungkan kepada lelaki mengaku kononnya pegawai polis GEORGE TOWN Seorang peguam kerugian RM259 900 s...
Hiburan Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Selesai Beri Keterangan

Hiburan Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Selesai Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 381 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pendakwah bebas telah dikaitkan dengan kes gangguan seksual Individu itu adalah Ebit Lew dan pihak polis telah mengambil keterangan dan melakukan pemeriksaan di rumah Ebit ARTIKEL BERKAITAN ...
Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Rm5 000 One Off

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Rm5 000 One Off

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 541 hits
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID 19 NADMA RM5 000 One Off Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID 19 Agensi Pengurusan Bencana Negara merupakan bantuan one off RM 5 000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jang...
Latest Covid 19 Deaths Toll At Over 10 000 Dead

Latest Covid 19 Deaths Toll At Over 10 000 Dead

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 251 hits
Latest Covid 19 deaths toll at over 10 000 dead Malaysia s Covid 19 death toll rose to 10 019 today after another 164 patients died in the past 24 hours according to the Health Ministry Earlier the ministry also reported the most new cases ...
Kerajaan Bantu Sediakan 320 000 Peluang Kerja

Kerajaan Bantu Sediakan 320 000 Peluang Kerja

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 242 hits
AGENDA DAILY Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Sebanyak 320 000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara setakat ini kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Z...
Kemas Kini Kes Tertinggi Hari Ini 6 Negeri Catat Angka Lebih 1 000 Kes

Kemas Kini Kes Tertinggi Hari Ini 6 Negeri Catat Angka Lebih 1 000 Kes

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 228 hits
AGENDA DAILY Data 5 Ogos 2021 Hanya empat daripada 16 negeri dan wilayah Perlis Pahang Kelantan dan Kuala Lumpur merekodkan penurunan dalam kes baharu Covid 19 sepanjang tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Selebihnya meningkat dan me...
Kerajaan Tangguh Hantar Pulang Lebih 2 000 Pti Disebabkan Covid 19

Kerajaan Tangguh Hantar Pulang Lebih 2 000 Pti Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 312 hits
Jonathan semasa mengetuai operasi berkenaan TAWAU Kerajaan menangguhkan penghataran pulang lebih 2 000 pendatang tanpa izin di Pusat Tahanan Sementara di negeri ini ekoran berlakunya jangkitan COVID 19 dikalangan mereka Timbalan Menteri Dal...
Lebih 1 000 Pesakit Masuk Hospital Setiap Hari

Lebih 1 000 Pesakit Masuk Hospital Setiap Hari

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 263 hits
Jumlah pesakit Covid 19 baharu yang dimasukkan ke hospital di Lembah Klang merekodkan lebih 1 000 orang setiap hari dengan peningkatan 33 peratus berbanding tempoh dua minggu lepas KUALA LUMPUR Jumlah pesakit Covid 19 baharu yang dimasukkan...
Covid 19 Malaysia Hampiri 20 000 Kes Hari Ini

Covid 19 Malaysia Hampiri 20 000 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 236 hits
Pecahan kes baharu mengikut negeri 4 Ogos 2021 PUTRAJAYA DIKEMAS KINI Di sebalik krisis politik yang hangat negara sekali lagi merekodkan jangkitan Covid 19 tertinggi pada Rabu dengan 19 819 kes baharu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr No...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20