Kerajaan Bantu Sediakan 320 000 Peluang Kerja


AGENDA DAILY
Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sebanyak 320,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan sebelum ini menyasarkan mewujudkan 500,000 pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik dengan pemain industri.
Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion menerusi program PenjanaKerjaya di bawah Belanjawan 2021 dengan PenjanaKerjaya 2.0 berjaya membantu lebih 141,000 orang mendapat pekerjaan.
“PenjanaKerjaya 3.0 pula diperkenalkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan beberapa penambahbaikan.
“Ini seperti mengurangkan had kelayakan gaji bagi program Malaysianisation dan pelonggaran tempoh kontrak penggajian bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan Orang Kurang Upaya dan bekas banduan,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-64 yang dikeluarkan pada Khamis.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyedari keperluan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro melunaskan pelbagai komitmen seperti bil-bil, sewa dan bayaran gaji pekerja.
Menyedari keadaan itu, katanya, pelbagai bantuan berterusan telah dan sedang dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan serta melonjakkan kembali perniagaan mereka.
Ini termasuk peruntukan hampir RM20 bilion untuk Program Subsidi Upah dengan sejumlah RM15.6 bilion telah disalurkan setakat ini bagi memberi manfaat kepada lebih 330,000 majikan selain menyelamatkan 2.8 juta pekerja daripada kehilangan pekerjaan, kata beliau.
“PKS yang mengalami kekurangan pendapatan akibat Covid-19 akan diberi subsidi upah sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja yang dihadkan kepada 500 pekerja,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, bermula bulan ini juga, subsidi upah tersebut akan diperincikan dalam slip gaji setiap pekerja yang menerima kemudahan berkenaan.
Selain itu, mengulas isu seperti saiz pakej bantuan yang dibangkitkan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa kerajaan telah memperkenalkan sebanyak lapan pakej ekonomi bernilai RM530 bilion sejak tahun lepas, termasuk belanjawan terbesar dalam sejarah negara iaitu Belanjawan 2021 yang bernilai RM322.5 bilion.
“Bayangkan, walaupun ekonomi negara sedang gawat paling teruk sejak Perang Dunia Kedua, kerajaan masih komited dan mampu untuk meyediakan pakej bantuan yang keseluruhannya bernilai RM305 bilion atau 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Ini merupakan antara kadar terbesar berbanding pakej-pakej rangsangan di negara lain seperti Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” katanya.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kunci utama semua usaha pemulihan serta kejayaan menangani Covid-19 itu tetap bergantung kepada pencapaian tahap vaksinasi terbabit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kerajaan-bantu-sediakan-320000-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Ogos 2021 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Ogos 2021 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 459 hits
Ujian Psikometrik untuk beberapa jawatan dalam kerajaan akan diadakan untuk bulan Ogos 2021 oleh Suruhanaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA The post first appeared on
Kerajaan Bina 4 000 Unit Rumah Ppr Sehingga Ogos

Kerajaan Bina 4 000 Unit Rumah Ppr Sehingga Ogos

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 238 hits
Kerajaan bina 4 000 unit rumah PPR sehingga OgosSource https www sinarharian com my article 154305 BERITA Nasional Kerajaan bina 4000 unit rumah PPR sehingga Ogos Kerajaan bina4000 unit rumahPPR sehinggaOgos
5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021

5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 374 hits
RAWANG Sebanyak 5 000 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid 19 sejak Mac tahun lalu mendapat bantuan Yayasan Basmi Kemiskinan Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom memberitahu menerusi kempen Tabung YBK Prihatin yang dilancarkan pad...
Founder Borneo Istimewa Ungkap 10 Peluang Kerja Dan Peluang Usaha Di Era Digital

Founder Borneo Istimewa Ungkap 10 Peluang Kerja Dan Peluang Usaha Di Era Digital

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 462 hits
Diundang sebagai narasumber pada webinar Literasi Digital yang diselenggarakan oleh Kemenkominfo beberapa waktu lalu Borneo Istimewa ungkapkan peluang kerja dan peluang usaha di era digital Hal ini diharapkan menjawab tantangan di masa PPKM...
Kemnaker Ajak Kalangan Muda Aktif Dalam Gerakan Talenthub Bantu Kerja

Kemnaker Ajak Kalangan Muda Aktif Dalam Gerakan Talenthub Bantu Kerja

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 327 hits
Sekretaris Jenderal Kementerian Ketenagakerjaan Anwar Sanusi mengajak organisasi pemuda komunitas anak muda maupun sekolah sekolah menengah dan perguruan tinggi untuk terlibat aktif dan bergerak bersama dalam gerakan TalenthubBantuKerja yan...
Ph Dakwa Azhar Bantu Kerajaan Tolak Undian Di Dewan Rakyat

Ph Dakwa Azhar Bantu Kerajaan Tolak Undian Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 358 hits
July 26 2021 Pakatan Harapan mendakwa Azhar Azizan Harun adalah alat eksekutif demi melaksanakan agenda mereka PETALING JAYA Pakatan Harapan mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membantu kerajaan menolak usul membahas Prok...
Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

Kerajaan Pn Lembab Beri Bantuan Kepada Pks 65 000 Hilang Pekerjaan Keadilan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 260 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu Menurut Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung Berdasarkan ...
Kerajaan Tangguh Hantar Pulang Lebih 2 000 Pti Disebabkan Covid 19

Kerajaan Tangguh Hantar Pulang Lebih 2 000 Pti Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 326 hits
Jonathan semasa mengetuai operasi berkenaan TAWAU Kerajaan menangguhkan penghataran pulang lebih 2 000 pendatang tanpa izin di Pusat Tahanan Sementara di negeri ini ekoran berlakunya jangkitan COVID 19 dikalangan mereka Timbalan Menteri Dal...
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 456 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur