Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma Rm5 000 One Off
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA RM5,000 One Off. Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), merupakan bantuan one-off RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
Siapakah yang Boleh Memohon?
Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di malaysia sahaja yang boleh memohon bantuan khas ini.
Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan oleh waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.
Syarat-syarat Kelayakan
Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.
Kadar Bantuan
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
Kaedah Permohonan
Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
• Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
• Salinan Sijil Kematian
• Salinan Kad Pengenalan si mati
• Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
• Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp (pilih salah satu) ke NADMA:-➢ Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
➢ Alamat E-mel rasmi
[email protected]
➢ Whatsapp *hanya untuk penghantaran dokumen sahaja.pertanyaan dan panggilan tidak akan dijawab
+60 11-1321 8056
Dokumen yang Diperlukan
Borang Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 seperti di Lampiran A yang lengkap diisi dan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkatian COVID-19
Salinan Sijil Kematian atau apa-apa dokumen perakuan kematian seperti permit menguburkan (mengambil kira kesukaran pengerakkan dan waktu operasi pejabat-pejabat yang berkaitan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan)
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Salinan Kad Pengenalan Si Mati
Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif
Kaedah Pengesahan Kematian COVID-19
Walau apapun pengesahan kematian COVID-19 yang dikemukakan oleh pemohon, NADMA hanya akan memperakukan dan mengesahkan permohonan yang mempunyai rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.
Keputusan NADMA adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Kesukaran Mendapatkan Pengesahan Hospital Bagi Kematian COVID-19
Sekiranya pemohon tinggal jauh dari hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19 dan menyebabkan kesukaran mendapatkan pengesahan hospital, adakah permohonan boleh dipertimbangkan?
Dalam kes-kes tertentu, NADMA akan memberi pertimbangan terutama berkaitan ruangan pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian COVID-19.
Namun begitu, pertimbangan dan kelulusan ini tertakluk kepada pengesahan rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.
Kaedah Bayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Penafian
NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
Dapatkan “Borang Permohonan (Lampiran A)” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: BORANG_BANTUAN_KHAS_KEMATIAN_2021
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi Portal NADMA – Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA
Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
Urusniaga Pembaharuan Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos
Bantuan Khas Kepada Pengusaha Taska (Pakej PEMULIH)
Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (RM500 Sebulan)
Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300
Permohonan Bakul Prihatin Negara Kini Dibuka
Semakan Status Bantuan Prihatin Kasih RM100 Sebulan
Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40
Semoga perkongsian Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA RM5,000 One Off ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat golongan memerlukan yang terlibat. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA RM5,000 One Off
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/08/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19-nadma-rm5000-one-off.html