25 Keluarga Beraksi Di Simpan Challenge Hunt X Simpan Sspn Suasana Gamat Ceria
Menyedari kepentingan simpanan pendidikan anak-anak, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan program Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN yang berlangsung di Genting Skyworld Theme Park, Pahang pada 12 Julai 2025.
Team Simpan SSPN bergambar kenangan bersama Dr. Fie Tawfek dan kru Pa&Ma yang bertugas di Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Seramai 25 keluarga menyertai cabaran ini dan beraksi penuh semangat bagi menyelesaikan tugasan di lima checkpoint yang mencabar minda dan mengeratkan kerjasama seisi keluarga. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menyampaikan mesej penting tentang kepentingan merancang masa depan anak-anak melalui tabiat menyimpan sejak awal usia.
Ucapan Aluan Dari Pn. Wan Zawiah & Perkongsian Penuh Inspirasi Dari Dr. Fie Tawfek
Program dimulakan dengan senaman bertenaga daripada GTP Dance Group, diikuti ucapan aluan daripada Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN yang berkongsi mesej penuh inspirasi buat semua ibu bapa.
Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN) memberi ucapan aluan kepada semua peserta terlibat
Turut hadir memeriahkan acara ialah Dr. Fie Tawfek dan keluarga, yang turut berkongsi pengalaman membuka akaun Simpan SSPN untuk ketiga-tiga anak mereka sebagai langkah awal menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
Dr. Fie Tawfek turut berkongsi tentang kepentingan simpanan pendidikan demi masa depan anak-anak
Cabaran Bermula, Semua Peserta Penuh Semangat!
Peserta kemudian diberi taklimat cabaran oleh wakil Genting Skyworld, Mr. Raja, sebelum memulakan Simpan Challenge Hunt yang penuh warna-warni dan aksi. Paling menarik di checkpoint yang pertama, kesemua peserta diminta untuk membuat hiasan pada tabung Simpan SSPN bagi merebut gelaran anugerah khas Tabung Impian Tercantik.
Antara peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan membuat hiasan pada Tabung Impian
Tamat tugasan pertama, para peserta kemudiannya mengelilingi Genting Skyworld bagi memastikan mereka dapat menyelesaikan kesemua lima cabaran di checkpoint yang telah disediakan. Memang meriah sungguh!
Bersemangat para peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka
Semua Dapat Cabutan Istimewa!
Bukan itu saja, acara cabutan istimewa turut diadakan dan kesemua 25 keluarga berjaya memenangi hadiah menarik seperti akaun Simpan SSPN bernilai RM50, beg sekolah PTPTN, kotak istimewa Pa&Ma, hamper serta baucar penginapan di hotel.
Semua Peserta Hebat-Hebat, Tahniah Kepada Pemenang!
Terdapat empat kategori khas yang diberikan kepada para peserta dan kesemua pemenang membawa pulang sebuah hamper istimewa dari Pa&Ma. Untuk kategori khas Tabung Impian Tercantik dimenangi oleh keluarga Pn. Aimi Rahman manakala untuk kategori Simpanan Terbanyak (token paling banyak diterima oleh keluarga) berjaya dirangkul oleh keluarga Pn. Suryani Samsul.
Pemenang kategori khas Tabung Impian Tercantik
Pemenang kategori khas Simpanan Terbanyak
Bagi kategori Family Paling Sporting pula telah dimenangi oleh keluarga Pn. NorHafizah Hamlan manakala keluarga Pn. Rodiah Abdul Mokti telah merangkul gelaran Pakaian Keluarga Tercantik.
Pemenang kategori khas Keluarga Paling ‘Sporting’
Pemenang kategori khas Pakaian Keluarga Tercantik
3 Juara Utama, 7 Pemenang Saguhati. Semuanya Dapat Hadiah Akaun Simpan SSPN!
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM550 dalam bentuk akaun Simpan SSPN adalah keluarga Pn. Jufen Kamin manakala Naib Juara pula disandang oleh keluarga Pn. Nur Aini Amran menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Naib Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Pemenang tempat ketiga pula adalah keluarga En. Muhamad Safiy Syazwan yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Pemenang Tempat Ketiga Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN
Tahniah juga diucapkan kepada keluarga En. Mohd Zulkifli, Pn. Aziyana, Pn. Nor Hafizah, Pn. Khadijah Ishak, Pn. Fatin Rimaton, Pn. Farhani, dan En. Nur Ikmal yang telah memenagi hadiah saguhati. Kesemua mereka telah memenangi RM100 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar diiringi Penolong Editor Pengurusan Family & Parenting, En. Shahir Rahim.
Banyak Belajar, Aktiviti Bonding Bersama Keluarga
Simpan Challenge Hunt kali ini ternyata berjaya mengukir senyuman di wajah para peserta, sambil memberi pendedahan bermakna tentang Simpan SSPN. Anak-anak kecil terutamanya berpeluang belajar tentang kepentingan menabung, manakala acara ini juga menjadi ruang ‘bonding time’ terbaik buat ibu bapa dan anak-anak sepanjang hari tersebut.
Terus nantikan lebih banyak aktiviti menarik anjuran Pa&Ma bersama Simpan SSPN. Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan sama-sama membina masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak kita!
The post 25 Keluarga Beraksi di Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN, Suasana Gamat & Ceria! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/25-keluarga-beraksi-di-simpan-challenge-hunt-x-simpan-sspn-suasana-gamat-ceria/