25 Imam Kariah Perlis Dipecat


25 Imam Kariah Perlis Dipecat. Seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu.
Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bertarikh 31 Disember 2018 itu, dilihat seakan dibuat secara tergesa-gesa tanpa menyatakan sebab pemecatan bermula 1 Januari 2019 sehingga tiada nombor rujukan surat diisi dalam kurungan pada bahagian atas surat.
Antara imam yang dipecat adalah dari Masjid Batu 2, Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Masjid Santan, Masjid Telok Jambu dan Masjid Padang Katong.
Semua imam terbabit sebelum ini dikatakan tidak mempunyai masalah dan disenangi dalam kalangan ahli kariah masing-masing.
Sumber berkata, pemecatan 25 imam dan pertukaran lebih 10 imam ke kariah lain dilakukan pihak berkuasa agama negeri yang menganggap mereka tidak sehaluan serta tidak mematuhi amalan dan cara yang diamalkan Perlis.
Pemecatan Beliau berkata, pemecatan dan pertukaran juga bersangkut paut dengan tindakan imam melakukan sesuatu perkara yang dianggap baik untuk kariah, tetapi tidak kepada pihak berkuasa agama.
“Lebih pelik ada imam dipecat dan ditukar kariah kerana melakukan aktiviti mengimarahkan masjid seperti nasyid, gotong-royong serta program ceramah sehingga ada antara aktiviti anjuran masjid ini menarik perhatian dan disiarkan dalam televisyen berbayar.
“Kebanyakan imam terbabit adalah yang disukai dan dipersetujui ahli kariah atas faktor kepemimpinan, keilmuan dan kesungguhan mereka memartabatkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan di negara ini.
“Mereka yang dipecat juga turut diberi amaran tidak membuat sebarang tindakan yang konon akan memalukan pihak berkuasa agama Perlis dan jika ia berlaku, mereka tidak akan memperoleh bayaran saguhati,” katanya yang ditemui hari ini.
Sumber berkata, tindakan ini juga jelas menunjukkan ia adalah rentetan pemecatan 16 guru takmir yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak berkaitan.
“Jika melihat kepada pemecatan dua imam Masjid Kampung Guar Syed Alwi, ia menjadi satu tindakan yang sangat mengejutkan semua pihak terutama ahli kariah.
“Sehingga saat ini, difahamkan beberapa ahli jawatankuasa kariah masjid turut meletak jawatan sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pemecatan imam mereka.
“Sudah pastinya pihak berkuasa agama akan tampil mengatakan pemecatan dibuat atas faktor usia ataupun gagal mematuhi peraturan agama negeri, tetapi jika disiasat semua imam terbabit tidak melanggar peraturan malah ada yang sanggup ikut cara pihak berkuasa agama negeri,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri oleh beberapa kariah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa agama yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi.
“Difahamkan Ahli Jawatankuasa Masjid Beseri dan beberapa kariah lain akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais malam ini, yang diharapkan dapat menyelesaikan isu berkaitan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post 25 Imam Kariah Perlis Dipecat appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/25-imam-kariah-perlis-dipecat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Imam Perlis Dipecat Punca Sebenarnya Dr Maza Video

25 Imam Perlis Dipecat Punca Sebenarnya Dr Maza Video

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 389 hits
25 Imam Perlis Dipecat Punca Sebenarnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dilapor menamatkan perkhidmatan 25 imam berkuat kuasa 1 Januari Keputusan itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 31 Disember tanpa dinyatakan sebarang alasan Sura...
Tidak Mampu Membaca Al Quran Dengan Sempurna Antara Punca 25 Imam Di Perlis Dipecat

Tidak Mampu Membaca Al Quran Dengan Sempurna Antara Punca 25 Imam Di Perlis Dipecat

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 361 hits
Tidak Mampu Membaca Al Quran Dengan Sempurna Antara Punca 25 Imam Di Perlis Dipecat Pemecatan 25 orang imam dan 10 lagi yang ditukarkan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan di luar bidang kuasa...
Faktor Usia Dan Masalah Disiplin Punca 25 Imam Dipecat Mufti Perlis

Faktor Usia Dan Masalah Disiplin Punca 25 Imam Dipecat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 289 hits
KANGAR Pemecatan 25 imam kariah di Perlis bukan dilakukan kerana mereka membaca doa qunut dan zikir kuat selepas solat fardhu sebaliknya kerana faktor usia dan masalah disiplin Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata majoriti ...
Perlis Pecat 25 Imam 10 Lagi Ditukar Tanpa Alasan

Perlis Pecat 25 Imam 10 Lagi Ditukar Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 288 hits
SERAMAI 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis bertarikh 31 Disember 2018 itu di...
Raja Muda Perlis Saran 25 Iman Terima Keputusan Dipecat

Raja Muda Perlis Saran 25 Iman Terima Keputusan Dipecat

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 287 hits
DENYUT REFORMASI KANGAR Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan imam yang dipecat dan ditukarkan supaya menerima keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan hati terbuka dan berlapang dad...
Raja Muda Perlis Bertitah Pemecatan Imam Perlis

Raja Muda Perlis Bertitah Pemecatan Imam Perlis

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 443 hits
Yang berdemo tu dah boleh kendurkan keadaan Raja perlis dah keluar kenyataan Nak buay sesuatu keputusan pemecatan ni bukan atas kepala suka hati mufti jer Dia ada badan penyiasat ada mesyuarat bagai Ada justifikasi kukuh baru kena buang
Punca Sebenar 25 Imam Di Perlis Di Berhentikan Terbongkar

Punca Sebenar 25 Imam Di Perlis Di Berhentikan Terbongkar

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 375 hits
Punca Sebenar 25 Imam Di Perlis Di Berhentikan Terbongkar Pemberhentian imam imam lama di Perlis yang berumur melebihi 60 tahun untuk digantikan dengan imam baharu bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis kata Mufti Perlis Datuk Dr Mo...
Imam Tua Di Perlis Dihentikan Untuk Beri Peluang Pelapis Muda

Imam Tua Di Perlis Dihentikan Untuk Beri Peluang Pelapis Muda

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 241 hits
MALAYSIAKINI Pemberhentian imam imam lama di Perlis yang berumur melebihi 60 tahun untuk digantikan dengan imam baharu bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Menurutnya ada imam ber...
Pemecatan Imam Terima Dengan Hati Terbuka Raja Muda Perlis

Pemecatan Imam Terima Dengan Hati Terbuka Raja Muda Perlis

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 245 hits
KANGAR Imam kariah negeri yang ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka Selasa lalu perlu menerima keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam dan Adat Isitadat Melayu Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis itu dengan hati terbuka Raja Muda Perli...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1