Perlis Pecat 25 Imam 10 Lagi Ditukar Tanpa Alasan



SERAMAI 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu.
Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bertarikh 31 Disember 2018 itu, dilihat seakan dibuat secara tergesa-gesa tanpa menyatakan sebab pemecatan bermula 1 Januari 2019 sehingga tiada nombor rujukan surat diisi dalam kurungan pada bahagian atas surat.
Antara imam yang dipecat adalah dari Masjid Batu 2, Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Masjid Santan, Masjid Telok Jambu dan Masjid Padang Katong.

Semua imam terbabit sebelum ini dikatakan tidak mempunyai masalah dan disenangi dalam kalangan ahli kariah masing-masing.
Sumber berkata, pemecatan 25 imam dan pertukaran lebih 10 imam ke kariah lain dilakukan pihak berkuasa agama negeri yang menganggap mereka tidak sehaluan serta tidak mematuhi amalan dan cara yang diamalkan Perlis.
Beliau berkata, pemecatan dan pertukaran juga bersangkut paut dengan tindakan imam melakukan sesuatu perkara yang dianggap baik untuk kariah, tetapi tidak kepada pihak berkuasa agama.
“Lebih pelik ada imam dipecat dan ditukar kariah kerana melakukan aktiviti mengimarahkan masjid seperti nasyid, gotong-royong serta program ceramah sehingga ada antara aktiviti anjuran masjid ini menarik perhatian dan disiarkan dalam televisyen berbayar.
“Kebanyakan imam terbabit adalah yang disukai dan dipersetujui ahli kariah atas faktor kepemimpinan, keilmuan dan kesungguhan mereka memartabatkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan di negara ini.
“Mereka yang dipecat juga turut diberi amaran tidak membuat sebarang tindakan yang konon akan memalukan pihak berkuasa agama Perlis dan jika ia berlaku, mereka tidak akan memperoleh bayaran saguhati,” katanya yang ditemui hari ini.
Sumber berkata, tindakan ini juga jelas menunjukkan ia adalah rentetan pemecatan 16 guru takmir yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak berkaitan.
“Jika melihat kepada pemecatan dua imam Masjid Kampung Guar Syed Alwi, ia menjadi satu tindakan yang sangat mengejutkan semua pihak terutama ahli kariah.
“Sehingga saat ini, difahamkan beberapa ahli jawatankuasa kariah masjid turut meletak jawatan sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pemecatan imam mereka.
“Sudah pastinya pihak berkuasa agama akan tampil mengatakan pemecatan dibuat atas faktor usia ataupun gagal mematuhi peraturan agama negeri, tetapi jika disiasat semua imam terbabit tidak melanggar peraturan malah ada yang sanggup ikut cara pihak berkuasa agama negeri,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri oleh beberapa kariah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa agama yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi.
“Difahamkan Ahli Jawatankuasa Masjid Beseri dan beberapa kariah lain akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais malam ini, yang diharapkan dapat menyelesaikan isu berkaitan,” katanya. #CelahGelegar

Artikel ini disiarkan myMetro pada : Khamis, 3 January 2019 @ 10:45 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/perlis-pecat-25-imam-10-lagi-ditukar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Muda Perlis Bertitah Pemecatan Imam Perlis

Raja Muda Perlis Bertitah Pemecatan Imam Perlis

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 449 hits
Yang berdemo tu dah boleh kendurkan keadaan Raja perlis dah keluar kenyataan Nak buay sesuatu keputusan pemecatan ni bukan atas kepala suka hati mufti jer Dia ada badan penyiasat ada mesyuarat bagai Ada justifikasi kukuh baru kena buang
Pemecatan Imam Terima Dengan Hati Terbuka Raja Muda Perlis

Pemecatan Imam Terima Dengan Hati Terbuka Raja Muda Perlis

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 250 hits
KANGAR Imam kariah negeri yang ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka Selasa lalu perlu menerima keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam dan Adat Isitadat Melayu Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis itu dengan hati terbuka Raja Muda Perli...
Imam Tua Di Perlis Dihentikan Untuk Beri Peluang Pelapis Muda

Imam Tua Di Perlis Dihentikan Untuk Beri Peluang Pelapis Muda

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 247 hits
MALAYSIAKINI Pemberhentian imam imam lama di Perlis yang berumur melebihi 60 tahun untuk digantikan dengan imam baharu bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Menurutnya ada imam ber...
Punca Sebenar 25 Imam Di Perlis Di Berhentikan Terbongkar

Punca Sebenar 25 Imam Di Perlis Di Berhentikan Terbongkar

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 381 hits
Punca Sebenar 25 Imam Di Perlis Di Berhentikan Terbongkar Pemberhentian imam imam lama di Perlis yang berumur melebihi 60 tahun untuk digantikan dengan imam baharu bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis kata Mufti Perlis Datuk Dr Mo...
25 Imam Kariah Perlis Dipecat

25 Imam Kariah Perlis Dipecat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 380 hits
25 Imam Kariah Perlis Dipecat Seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ber...
Faktor Usia Dan Masalah Disiplin Punca 25 Imam Dipecat Mufti Perlis

Faktor Usia Dan Masalah Disiplin Punca 25 Imam Dipecat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 296 hits
KANGAR Pemecatan 25 imam kariah di Perlis bukan dilakukan kerana mereka membaca doa qunut dan zikir kuat selepas solat fardhu sebaliknya kerana faktor usia dan masalah disiplin Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata majoriti ...
Bersatu Perlis Gugur Wan Saiful Atas Alasan Sibuk Isu Ptptn

Bersatu Perlis Gugur Wan Saiful Atas Alasan Sibuk Isu Ptptn

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 371 hits
Bersatu Perlis mengambil keputusan untuk menggugurkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan daripada jawatan setiausaha parti negeri itu Pengerusinya Ameir Hassan berkata keputusan itu diambil setelah men...
Tidak Mampu Membaca Al Quran Dengan Sempurna Antara Punca 25 Imam Di Perlis Dipecat

Tidak Mampu Membaca Al Quran Dengan Sempurna Antara Punca 25 Imam Di Perlis Dipecat

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 369 hits
Tidak Mampu Membaca Al Quran Dengan Sempurna Antara Punca 25 Imam Di Perlis Dipecat Pemecatan 25 orang imam dan 10 lagi yang ditukarkan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan di luar bidang kuasa...
25 Imam Perlis Dipecat Punca Sebenarnya Dr Maza Video

25 Imam Perlis Dipecat Punca Sebenarnya Dr Maza Video

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 399 hits
25 Imam Perlis Dipecat Punca Sebenarnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dilapor menamatkan perkhidmatan 25 imam berkuat kuasa 1 Januari Keputusan itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 31 Disember tanpa dinyatakan sebarang alasan Sura...
Flyz Media Sosial Alternatif Facebook Gaya Tempatan

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Ringgit Closes Out 2024 As Top Performer Among Major Asian Currencies

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Apak Harry Khalifah Joget Tahun Baru Chord

Dua Anggota Polis Cedera Dirempuh Kereta Dipandu Wanita Warga Singapura Yang Membawa Dadah

Doa Malam 1 Rajab

Ubat Tahan Sakit Urat Cara Penggunaan Yang Betul


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Voice Commerce For E Commerce

Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025

Lepas 2 Bulan Vivy Akan Buat Umrah Dan Berlaku Sekarang Hahahahaha

Blog Semakin Terabai