25 April Penentu Hayat Kerajaan Pn


 


Adakah tarikh 25 April ini bakal menentukan hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijadual bermesyuarat bagi membincangkan agenda besar itu?
Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada hujung bulan lepas sebulat sua­ra memberikan mandat kepada MT untuk menentukan tempoh kepada UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Ini adalah mesyuarat MT pertama UMNO selepas perhimpunan pada 28 Mac lalu.
Selain itu, keputusan sama ada pemilihan UMNO diadakan seperti dijadual atau ditangguhkan dijangka turut dibincangkan dalam mesyuarat pada Ahad ini.

Sumber memberitahu, mesyuarat dijangka berlangsung pada pukul 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
“Mengikut jadual, ia diadakan pada 25 April ini. Ia akan membincangkan perkara diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum ini dengan memberi mandat kepada Presiden dan MT untuk putuskan beberapa perkara.
“Ia termasuk tempoh sokongan kita kepada PN dan pilihan raya umum mesti diadakan pada 1 Ogos atau tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan,” kata sumber itu semalam.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya PN tidak membubarkan Parlimen sebelum atau selepas tempoh darurat 1 Ogos, UMNO akan menarik diri daripada menyokong kerajaan sedia ada.
Sementara itu, di Pontian, Johor, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata, mengikut perlembagaan parti, kuasa untuk mengadakan pemilihan UMNO terletak pada MT yang akan membuat keputusan pada mesyuarat tersebut.
Mengesahkan mesyuarat itu diadakan pada bulan Ramadan ini, beliau berkata, mesyuarat sama akan memutuskan tarikh mesyuarat di peringkat cawangan yang melibatkan 21,833 cawangan UMNO termasuk di peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
Menurut beliau, sekiranya pemilihan parti diadakan, 191 bahagian UMNO pula akan mengadakan persidangan masing-masing melibatkan empat peringkat termasuk sayap-sayap berkenaan dengan 764 mesyuarat berlangsung.
“Keputusan mengadakan pemilihan UMNO terletak di tangan M. Berdasarkan kepada perlembagaan parti, mesyuarat perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun yang mana kali terakhir pada 2018.
“Malah, perlembagaan juga menyebut (mesyuarat boleh) ditangguhkan kepada 18 bulan yang dibenarkan oleh peraturan itu sebagaimana dilakukan sebelum ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama pelajar di Madrasah Al-Hassan, Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian malam kelmarin.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO kini mempunyai keahlian 3,359,368 juta orang iaitu parti yang mempunyai keahlian teramai di negara ini.
“Dengan keahlian yang ramai, MT akan menentukan kaedah pemilihan sesuai supaya semua berpeluang menghadiri mesyuarat sama ada di peringkat cawangan, bahagian seterusnya MT sendiri,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap semua pihak menyerahkan kepada kebijaksanaan MT untuk membuat keputusan yang tentunya mengambil kira banyak faktor demi kepentingan parti.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin menggesa pemilihan parti diadakan segera sebaik tempoh matang kepimpinan parti tamat

Ahli Parlimen Rembau itu juga menggesa MT mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang sedang melanda

Sumber: Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/25-april-penentu-hayat-kerajaan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Wujud Badan Selia Perkhidmatan P Hailing Kata Menteri

Kerajaan Pertimbang Wujud Badan Selia Perkhidmatan P Hailing Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 299 hits
Kerajaan pertimbang wujud badan selia perkhidmatan p hailing kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 A
Najib Hairan Mengapa Umno Bn Masih Sokong Kerajaan Pn

Najib Hairan Mengapa Umno Bn Masih Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 436 hits
April 18 2021 4 07 PMNajib Razak berkata beliau mula menyedari niat kerajaan PN tidak betul apabila ia pertama kali mencadangkan darurat dan Parlimen digantung pada Oktober 2020 tanpa berbincang dengan Umno PETALING JAYA Najib Razak hairan ...
Mengapa Umno Pemimpin Bn Masih Bersama Kerajaan Gagal Soal Najib

Mengapa Umno Pemimpin Bn Masih Bersama Kerajaan Gagal Soal Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 400 hits
Mengapa Umno pemimpin BN masih bersama kerajaan gagal soal Najib nbsp Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 18
Kenyataan Media Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim Apa Yang Telah Dilakukan Kerajaan Bagi Meyakinkan Rakyat

Kenyataan Media Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim Apa Yang Telah Dilakukan Kerajaan Bagi Meyakinkan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 396 hits
KENYATAAN MEDIA 17 April 2021 Pada hari Jumaat yang lalu Malaysia melaporkan sebanyak 2 551 jumlah kes jangkitan COVID 19 yang baru Angka terkini ini adalah sesudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan hampir 100 hari...
Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany

Pedas Kerajaan Pn Kata Nak Jaga Melayu Islam Tapi Judi Bertambah Sany

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 391 hits
April 18 2021 Kemunculan dua klip video iklan judi raya yang tersebar ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional adalah sesuatu yang mengejutkan kata Adun Taman Templer Mohd Sany Hamzan Menurut ketua Biro Mobilisasi Amanah itu ketika k...
1 684 Penghantar Makanan Maut Kerajaan Perlu Sediakan Pekerjaan Lebih Baik

1 684 Penghantar Makanan Maut Kerajaan Perlu Sediakan Pekerjaan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 365 hits
POSTED BY AMIR WRLRKematian 1 684 penghantar makanan sepanjang 9 bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020 lalu sebagaimana dilapor media amat menyedihkan Ketua Wanita KEADILAN Perak Junaida Jamaludin berkata tidak sewajarnya sebe...
Anwar Garis Beberapa Kelemahan Kerajaan Tangani Covid19

Anwar Garis Beberapa Kelemahan Kerajaan Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 241 hits
Pada hari Jumaat yang lalu Malaysia melaporkan sebanyak 2 551 jumlah kes jangkitan COVID 19 yang baru Angka terkini ini adalah sesudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan hampir 100 hari sejak Pengisytiharan Darurat ...
Panas Shahidan Tempelak Najib Jangan Beri Pandangan Negatif Terhadap Kerajaan Pn

Panas Shahidan Tempelak Najib Jangan Beri Pandangan Negatif Terhadap Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 225 hits
April 19 2021 Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim menasihati Najib Razak agar membuat kenyataan bernada positif berhubung kerajaan Perikatan Nasional Menurut Shahidan selaku bekas perdana menteri pandangan positif Najib boleh membantu usa...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia