23 Perangai Dan Sikap Yang Saya Lihat Ada Pada Kawan Kawan Yang Berjaya




Saya nak kongsikan pengalaman dan pengamatan peribadi berkenaan 23 sikap atau perangai yang ada pada kawan-kawan usahawan yang saya kenal.
Kenapa 23 sikap tersebut menarik?
Menarik untuk diberikan perhatian sebab semua kawan-kawan yang saya lihat ada sebahagian daripada sikap tersebut, mencapai satu tahap kejayaan yang boleh dipuji. Kalau tidak, buat apa nak peduli sikap tersebut! betul tak!
Saya dah pernah cerita sebelum ini. Sejak mula buat keputusan untuk sara hidup dengan berniaga, saya mula berkenalan dan berkawan dengan seramai mungkin orang yang berniaga.
Malah, tak sempat berhenti kerja lagi pun, saya dah mula kenal pasti dan sasarkan mereka yang berniagaan sepenuh masa, untuk saya dekati. Apa kriteria usahawan yang saya sasarkan, mudah saja. Asalkan saya lihat dia berjaya, maka usahawan itu saya akan buru untuk dijadikan kawan.
Dari kawan-kawan yang berjaya tersebut, saya dapat kenal lebih ramai lagi kawan-kawan lain yang juga turut sama berjaya.
Dari mereka juga saya dapat kenal kawan-kawan usahawan lain yang tak berjaya. Atau lebih tepat lagi, tak ke mana-mana walaupun dah buat macam-macam perniagaan.
Bagi saya, yang tak berjaya tu bermaksud, mereka yang lebih banyak menyusahkan hidup mereka sendiri dan semua orang disekeliling termasuklah kawan-kawan rapat. Contoh paling mudah yang ada ramai diluar sana, adalah kawan-kawan berniaga yang hutang banyak dan tak pernah mampu bayar sehingga kawan-kawan pun dah tidak lagi berharap untuk mereka bayar.
Namun begitu, ada ramai usahawan yang berjaya sebenarnya. Berjaya bagi saya mudah saja. Mereka mampu menyara kehidupan sendiri dan dapat tunaikan semua tanggungan mereka ke tahap yang selesa.
Cara saya ukur kejayaan seperti di atas adalah lebih mudah dan tidak tersasar. Kejayaan bkan diukur secara kebendaan jenis apa yang orang pakai. Banyak atau besar tidak semestinya lebih bagus.
Yang wajib adalah mencukupi. Cukup sara hidup, saya keluarga, berbakti dan menyumbang lebihan dari apa yang ada. Itu dah kira berjaya.
Tak guna ada duit banyak, kereta besar, rumah besar, tapi sentiasa tak mencukupi. Terpaksa tampung semua itu dengan bebanan hutang yang banyak. Sekadar nampak glamour di mata orang yang melihatnya tidak ada apa-apa manfaat saja. Hidup dalam kepuraan sedang jiwa penuh siksaan.
23 perangai usahawan berjayaApa yang membezakan antara kawan-kawan saya yang berjaya berbanding kawan-kawan yang tidak?
Ini apa yang saya perhatikan. Ada 23 sikap yang menarik, ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya pergi lebih jauh berbanding kawan-kawan lain.
Saya senaraikan satu persatu di bawah ..
1. Mampu bergerak sendiriIni paling utama dan paling ketara ada pada semua. Mereka punya tahap initiatif sangat tinggi. Tak perlu kena ketuk baru nak bergerak seperti sikap kebanyakan orang makan gaji.
Bila dah nampak ada perkara yang perlu dilaksanakan, mereka terus mulakan. Cari ikhtiar sendiri tanpa perlu ditekan atau dipaksa oleh sesiapa.
2. Tahap motivasi tinggiDalam bab bersemangat ni memang tak boleh lawan. Mereka berupaya memujuk dan memotivasikan diri sendiri tanpa perlu ke kursus motivasi berbayar atau percuma.
Kalau hilang semangat pun, sekejap saja. Pergi jumpa kawan-kawan yang rapat boleh dipercayai, mengadu sikit, dah selesai. Esok tengok dah bersemangat seperti biasa semula.
3. Kurang penyabarSelalunya, bila orang cakap kita tak sabar, maknanya adalah negatif. Tapi saya lihat kontek kurang penyabar ni dalam dmensi yang berbeza.
Tak sabar, tapi dalam ertikata yang positif. Sikap itu membuatkan mereka sentiasa mahu bersegera dalam segala tindakan.
Sikap bertangguh-tangguh ni memang pantang buat mereka.
4. Kerja cepatKawan-kawan yang berjaya jauh ni semuanya jenis yang buat kerja cepat. Bergerak macam Bruce Lee menewaskan lawan.
Kawan-kawan usahawan yang kurang berjaya biasanya akan merungut kalau ikut mereka buat kerja atau usahakan apa-apa projek.
5. Jiwa kental hadapi kenyataanBiasanya mereka akan menempuh banyak kecelaruan dan berada dalam keadaan kucar-kacir lantasan sangat cepat berindak dan cepat bergerak.
Memang dah jadi lumrah, orang yang kurang sabar dan bertindak cepat, akan terus memulakan sesuatu usaha dalam keadaan tidak sempurna.
Tapi itulah formula besar orang yang berjaya. Mana ada benda yang sempurna. Jika asyik tunggu sempurna, biasanya dah terlewat.
Mungkin disebabkan dah bertubi-tubi hadapai suasana sedemikian, maka jiwa mereka dah terlatih bersedia untuk hadapi semua itu.
6. Tahan lasakSama macam jiwa kental kat atas, mereka juga amat lasak mental atau fizikal dalam menghadapi segala rintangan. Samada rintangan fizikal atau mental.
7. Sentiasa tengok depan dan belajar dari kesilapanBergerak cepat dan tak sabar nak bertindak membuatkan banyak kesilapan berlaku. Tapi macam biasa, mereka hanya tengok ke hadapan dan jadikan segala langkah silap sebelum itu sebagai pedoman untuk terus bergerak maju lagi.
8. Sentiasa berfikir pembaikan berterusanMereka tak pernah jemu cari jalan bagaimana nak buat pembaikan dalam semua perkara di sekeliling mereka.


9. Amat menghargai kepakaranSamada kepakaran yang ada pada mereka atau kepakaran yang ada pada orang lain, mereka amat memandang tinggi dan menghargai semua keupayaan tersebut.


10. Sentiasa kusyuk bila buat kerjaBila mereka buat kerja, nampak sangat kesungguhan dan daya tumpuan yang tinggi diberikan. Susah nak ganggu tumpuan mereka.


11. Sentiasa ingin tahuSikap nak tahu yang ada pada mereka memang amat tinggi. Seluruh deria mereka amat sensitif melihat, merasa dan mencari jawapan. Kalau seseorang yang berilmu atau pakar dalam bidang tertentu, bersembang dengan mereka memang jenuh nak jawab soalan.


12. Mudah bekerjasamaKalau buat apa saja urusan dengan mereka memang menyeronokkan sebab sikap mudah berikan kerjasama dan bersungguh-sungguh membantu.


13. DegilSemua kawan-kawan usahawan yang pergi jauh ini memang jenis degil sikapnya. Tak payah nak gertak atau nak patahkan semangat mereka, buang masa saja.


14. Mampu tangguh kesenanganBersusah-susah dahulu untuk mendapat hasil yang jauh lebih baik dalam jangkamasa panjang adalah amalan biasa mereka.


15. Sentiasa optimisDari riak muka, dari segala tindakan, nampak jelas sikap optimistik yang tinggi sentiasa ada pada mereka.


16. Punya sejarah kerja teruk masa mudaHampir kesemua mereka yang berjaya pergi jauh dalam dunia keusahawanan ni punya sejarah dan pengalaman kerja rutin macam hamba di zaman muda mereka. 
Mereka dah biasa kerja teruk dan pengalaman itulah yang banyak membentuk fizikal dan mental mereka.


17. Mampu lihat gambaran besarMereka punya keupayaan dan gerak hati yang baik untuk melihat gambaran besar. Kalau orang biasa melihat sesuatu, mereka hanya sekadar melihat apa yang berlaku depan mata sahaja.
Tapi kawan-kawan usahawan berjaya ini biasanya mampu meneropong lebih jauh dan mampu melihat gambaran yang lebih besar dan dapat mencari corak berulang yang boleh dipelajari.


18. KreatifIni memang amat jelas ada pada semua kawan-kawan usahawan yang berjaya. Perkara susah bagi kebanyakan orang lain (yang hanya pandai merunggut), bila dapat pada mereka terus diselesaikan dengan amat kreatif sekali. Tak terfikir oleh kebanyakan orang.


19. Sentiasa bersedia untuk berubahBila bila masa saja jika diperlukan untuk berubah, mereka mampu lakukannya dengan mudah sekali. Tak main sentimen malu dan segan seandainya untuk mencapai sesuatu mereka terpaksa berubah haluan.


20. Sentiasa fokus pada objektifSegala keputusan mereka biasanya tidak dipengaruhi oleh isu peribadi atau masalah peribadi. Mereka fokus pada objektif dan itulah biasanya prinsip yang diambil dalam segala keputusan.


21. Selesa ikut gerak hatiIni salah satu dari keupayaan yang ada pada mereka. Tiba-tiba saja buat keputusan dan tindakan yang tak disangka. Tak ada angin tak ada ribut mereka boleh saja bertindak berdasarkan gerak hati.


22. Ada kecelaruan peribadi atau gila-gilaSamada suka atau tidak suka, saya memang lihat ramai dari mereka yang ada sedikit masalah ini. Mereka biasanya berpotensi ada 2 watak yang berbeza kalau diperhatikan betul-betul.
Kalau tak ada krisis identitipun, mereka ada sedikit perangai gila gila yang ringan.
Hanya kawan-kawan yang kenal lama akan dapat kenal pasti perkara ini. Tapi bukanlah ke tahap yang teruk tak terkawal. Hanya sedikit saja …


23. Sangat cenderung selesaikan kerjaMereka punya kecenderungan amat tinggi untuk laksanakan urusan yang ada dalam tangan. Kalau diberikan 10 kerja, paling lekeh 7 darinya anda boleh yakin akan diselesaikan.
Paling kerap, kesemuanya akan selesai jika masa mengizinkan.
Berbeza pula dengan kawan-kawan yang tak berapa nak menjadi. Kalau beri 10 kerja, paling kurang 7 hampas malah ada yang satupun tak selesai.
Bina 23 sikap menarik ini sekarangKalau dilihat kesemua 23 sikap menarik yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya di atas, kelihatan macam tak ada harapan bagi mereka yang tak punya sikap-sikap tersebut.
Macam mana nak ubah kalau sikap yang ada pada anda seperti dah sebati sejak sekian lama.
Mungkin sebab itu ada yang berpandapat sikap keusahawanan yang ada pada diri seseorang tak boleh dipelajari.
Tapi saya yakin semua sikap yang ada pada diri seseorang boleh untuk diubah.
Apa saja sikap boleh dibuang atau boleh ditambah. Sebab sikap yang dah melekat dalam diri hanyalah hasil daripada aktiviti berulang mengamalkan perkara yang sama. Dari amalan berulang itulah akhirnya melekat jadi sikap.
Oleh itu, anda hanya perlu kenal pasti satu sikap demi satu sikap ang mahu diterap ke dalam diri dan ulang sampai jadi sebati. Ianya bermula dari memujuk hati untuk bersahabat dengan sikap yang kita nak terapkan itu terlebih dahulu.
Untuk memujuk hati agar berkawan dengan sikap tersebut, carilah kawan-kawan yang memang dah punya sikap itu. Memang pada mulanya hati akan meronta meluat pada kawan-kawan sebegitu. tapi bila dipaksa, bertahan, lama kelamaan hati akan lembut dan mula menerimanya.
Bila hati dah terima, maka ianya akan mula bertukar menjadi amalan.
Oleh itu, pergilah berkawan dengan kawan-kawan yang anda lihat berjaya. Usaha supaya menjadi rapat dan tambah supaya lebih ramai kawan-kawan sebegitu ada di sekeliling anda.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/11/kawan-kawan-usahawan-yang-pergi-jauh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhatikan Sikap Anak Kalau Suka Buat Perangai Tak Dengar Cakap Sebenarnya Tangki Emosi Dia Kosong

Perhatikan Sikap Anak Kalau Suka Buat Perangai Tak Dengar Cakap Sebenarnya Tangki Emosi Dia Kosong

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 213 hits
Pernah tak anda alami situasi anak selalu meragam buat perangai dan tak dengar kata anda sebagai ibu bapa Sebenarnya setiap perbuatan anak ada kaitan dengan emosinya Sebagai ibu bapa elakkan dari terus memarahi anak Cuma memahami keperluan ...
Zahid Beban Kepada Lawan Dan Kawan

Zahid Beban Kepada Lawan Dan Kawan

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comSeteru politik Ahmad Zahid Hamidi percaya hanya dengan menyebut namanya boleh membawa undi memihak kepada mereka Sejak bermulanya kempen calon BN cuba menepis dakwaan bahawa undi untuk mereka adalah undi untuk Zahid dengan s...
Bts Berjaya Menang Anugerah Daesang Selama 7 Tahun Berturut Di Melon Music Awards

Bts Berjaya Menang Anugerah Daesang Selama 7 Tahun Berturut Di Melon Music Awards

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 166 hits
BTS sekali lagi membuktikan mereka sebagai kumpulan legend K Pop ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 26 November majlis anugerah 2022 Melon Music Awards telah diadakan di Seoul dan dihadiri ramai kumpulan seperti I DLE ENHYPEN IVE LE SSERAFIM da...
Berjaya Cipta Keserasian Jeon Doyeon Jung Kyungho Bakal Tampil Dalam Crash Course In Romance

Berjaya Cipta Keserasian Jeon Doyeon Jung Kyungho Bakal Tampil Dalam Crash Course In Romance

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 129 hits
Wow Ada drama romantik terbaru lah ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini satu sesi pembacaan skrip bagi drama akan datang Crash Course In Romance telah diadakan Semestinya yang hadir adalah pengarah Yoo Jae won serta para pelakon utama seperti Je...
Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan

Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 259 hits
agendaily com08 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tertekan susulan peningkatan sokongan termasuk daripada ahli UMNO sendiri kepada Perikatan Na...
Buasir Otak Tv Setiap Kali Kawan Nak Pinjam Duit

Buasir Otak Tv Setiap Kali Kawan Nak Pinjam Duit

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 272 hits
Setiap kali bila kawan nak pinjam duit tak nak bagi hilang kawan bila dah bagi dia pulak yang hilang Jom tonton animasi ini
Tak Puas Hati Gaduh Pasal Politik Lelaki Tergamak Tikam Kawan

Tak Puas Hati Gaduh Pasal Politik Lelaki Tergamak Tikam Kawan

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 113 hits
Seorang lelaki tergamak menikam kawannya sendiri selepas bergaduh tentang keadaan semasa politik Thailand dan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri Prayut Chan o cha Menurut laporan The Thaiger suspek dikatakan marah kepada mangsa kerana kawa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba