Selepas Kj Kata Pak Syeikh Kawan Baik Zahid Anak Murid Tertekan


agendaily.com08/11/2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin tertekan susulan peningkatan sokongan, termasuk daripada ahli UMNO sendiri, kepada Perikatan Nasional (PN), tatkala hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir.

Mendakwa PN akan bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan, Zahid terlupa bahawa beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan UMNO akan bekerjasama dengan DAP ketika krisis pentadbiran kerajaan PH dan PN di Perak sebelum ini.

Menjawab kempen mengatakan ‘satu undi untuk BN adalah sama dengan memberi undi kepada Zahid menjadi Perdana Menteri’ Presiden UMNO itu hari ini (8 November 2022) mendakwa satu undi untuk PN sebenarnya bermaksud satu undi untuk PH.

Tekanan yang dihadapi beliau diluahkan lagi dengan mengatakan “Bukankah Pengerusi PN yang beriya-iya mahu bersama PH sebelum ini? Maka tidak mustahil PN akan bekerjasama juga dengan PH akhirnya, terutama setelah gagal peroleh cukup kerusi untuk bentuk kerajaan.”

Sebelum ini, calon BN kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin berkata:

“Siapa kawan baik Zahid ni? KJ ka Anwar? Siapa yang ada rakaman telefon ni dengan Anwar? Saya ka Zahid… Jadi fikir-fikirlah. Kalau nak tolak Zahid sangat akhir-akhirnya you punya Pak Syeikh sendiri yang akan ada ‘deal’ dengan Zahid. Apa you nak cakap nanti?,” kata Khairy atau KJ.

Untuk rekod, ketika krisis di Perak, PN mengambil alih pentadbiran daripada PH dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kekal sebagai Menteri Besar dengan mendapat sokongan UMNO.

Namun kemudian UMNO inginkan jawatan Menteri Besar hingga menimbulkan krisis pentadbiran sekali lagi, dengan Zahid mengeluarkan kenyataan UMNO sedia bekerjasama dengan PH dan DAP.

Untuk mengelak DAP dan PH kembali berada bersama UMNO memimpin kerajaan Perak, PN bersetuju memberi sokongan kepada Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar.

Sejarah juga membuktikan Zahid dan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa bekerjasama dalam mengatur suasana politik negara. Anwar dan Zahid sebelum ini sudah diketahui umum sangat rapat sejak zaman Pemuda UMNO lagi.

Ketika hendak menjatuhkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin tahun lalu, BN juga bekerjasama dengan PH untuk memberi tekanan, sehingga akhirnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Perdana Menteri.

Agenda Daily sebelum ini juga pernah mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik ketika PAU 2020 pada Mac tahun lalu, tular di media sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Pertengahan bulan lalu pula, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan beliau menerima maklumat mengatakan kononnya Anwar dan Zahid mengadakan perbincangan sulit berhubung PRU-15 ini.

Menurut Wan Saiful beliau telah diberitahu oleh rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Anwar berjalan lancar.

Menyusul kemudian, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan satu muslihat antara UMNO serta BN dan PH dalam menghadapi PRU-15 pada 19 November ini.

Menurutnya UMNO akan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH dalam pilihan raya ini, sebelum kedua-duanya membentuk kerajaan sekiranya jumlah kerusi dimenangi mencukupi untuk berbuat demikian.

Ia disusuli dengan kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan BN akan bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan sekiranya jumlah kerusi kedua-duanya mencukupi untuk berbuat demikian.

Pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengeluarkan kenyataan sama bahawa Zahid dan Anwar akan bekerjasama memastikan mereka dapat membentuk kerajaan.

Kedua-dua Zahid dan Anwar kemudian serentak menafikan dakwaan itu.

Namun, Sabtu lalu Zahid akhirnya mengakui BN mungkin terpaksa bekerjasama dengan ‘gabungan’ lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti selepas PRU ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/selepas-kj-kata-pak-syeikh-kawan-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 200 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional namun berkata Agong mempunyai hak mutlak untuk memilih ketua kerajaan selari dengan Perlembagaa...
Perlembagaan Akan Dipinda Untuk Hak Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara Kata Zahid

Perlembagaan Akan Dipinda Untuk Hak Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 214 hits
BARISAN Nasional berjanji akan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara juga menjadi rakyat negara ini umum Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN ...
Bukan Tak Faham Kata Tapi Lumrah Anak Nak Besar Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat

Bukan Tak Faham Kata Tapi Lumrah Anak Nak Besar Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 230 hits
Agak sukar untuk kita berkata jangan atau tidak kepada anak Bimbang jika sering mengucapkan kata kata ini anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan Namun ...
Pastu Acah Acah Victim Kata Aku Tak Tengok Anak Adam Shahz Kena Block Dengan Siapa

Pastu Acah Acah Victim Kata Aku Tak Tengok Anak Adam Shahz Kena Block Dengan Siapa

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 136 hits
Sebelum ini konflik rumahtangga antara pelakon Adam Shahz dan bekas isteri Fatin Afeefa telah mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat orang ramai Namun Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata sejak konflik antara me...
Jawatan 3 Tpm Masih Dalam Tawaran Bn Kata Zahid

Jawatan 3 Tpm Masih Dalam Tawaran Bn Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 183 hits
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatan tiga timbalan perdana menteri adalah tawaran yang diumumkan awal BAGAN DATUK Jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah Sarawak dan Semenanjung masih lagi ditawarkan jika Barisan Nasional...
Anwar Akan Bebaskan Najib Gugurkan Kes Zahid Jika Disokong Jadi Pm Kata Dr Mahathir

Anwar Akan Bebaskan Najib Gugurkan Kes Zahid Jika Disokong Jadi Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 309 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim akan membantu menggugurkan kes mahkamah yang dihadapi oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan membebaskan Najib Razak dari penjara sekiranya disokong menjadi perdana menteri kata Dr Mahathir Mohamad...
Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 165 hits
PENERIMAAN kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional di Parlimen Simpang Renggam disifatkan agak memberangsangkan setelah beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu Pengerusi BN Johor dan calon gabungan itu di kerusi berkenaan Hasni...
Zahid Tiada Kuasa Runding Kerjasama Dengan Anwar Kata Nazri

Zahid Tiada Kuasa Runding Kerjasama Dengan Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 174 hits
malaysiakini comVeteran Umno Nazri Abdul Aziz berkata bahawa adalah mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 akan berakhir tanpa mana mana gabungan atau parti memiliki majoriti membawa kepada ...
Curi Gelang Emas Ibu Bernilai Rm9 000 Anak Menangis Teresak Esak Selepas Dihadapkan Ke Mahkamah

Curi Gelang Emas Ibu Bernilai Rm9 000 Anak Menangis Teresak Esak Selepas Dihadapkan Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 223 hits
Padah mencuri gelang emas seorang wanita berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini Tertuduh Insyirah Afikah Norazri mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di depan Majistret Azureen Shahira Saufee Afandi Mengik...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game