23 Nasihat Yang Kita Wajib Guna Pakai Dalam Kehidupan Seharian
23 NASIHAT YANG KITA WAJIB GUNA PAKAI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN | Setiap manusia memerlukan nasihat. Tak kira betapa bijak nya kita ada perkara-perkara yang kita tak bijak dan memerlukan nasihat dari orang lain yang lebih berpengalaman. Nasihat ni umpama mentor dalam hidup kita. Dijadikan panduan dan peringatan dalam apa juga urusan kita. Jangan ego untuk menerima nasihat.
Saya nak kongsikan di sini beberapa pengalaman dan nasihat yang sangat berguna untuk panduan kehidupan kita sehari-hari.
1. Apa sahaja yang anda lakukan - berikan 100% kesungguhan dan usaha.
2. Memaafkan dan melupakan semuanya adalah yang terbaik untuk diri anda. Bukan untuk orang lain.
3. Banyak kan membaca.
4. Kurangkan bercakap dan banyak kan mendengar.
5. Simpan sebahagian daripada pendapatan anda dan elakkan hutang kad kredit.
6. mengubah pemikiran anda bermakna anda mengubah kehidupan anda.
7. Jangan pernah berhenti belajar.
8. jangan berhenti apabila anda sudah puas. Teruskan mencuba perkara baru dan cipta pengalaman yang baru.
9. Cari mentor dan lakukan apa yang mereka lakukan.
10. Bersikap baik kepada orang lain seperti mana anda mahu orang lain bersikap baik pada anda.
11. Hidup ini memang menakutkan. Biasakan diri dengan keadaan itu. Tidak ada masalah yang boleh selesai dengan sendiri. Semua nya bergantung kepada cara kita menyelesaikan nya. Tidak ada perkara di dunia ini yang boleh dilakukan dengan senang.
12. Tunggu 24 jam sebelum meluahkan kemarahan Sekiranya ianya tidak mengganggu anda dalam 24 jam, mungkin ianya tidak cukup penting untuk marah.13. Jalani kehidupan yang anda mahukan untuk diri sendiri, bukan kehidupan yang diharapkan orang lain daripada anda.
14. Anda akan lebih banyak menyesali perkara yang anda tak pernah lakukan berbanding apa yang pernah anda lakukan.
15. Anda tidak akan bimbang tentang apa yang orang fikirkan tentang anda sekiranya anda tahu mereka juga tak pernah melakukan apa yang sarankan pada anda.
16. Menyalahkan orang lain bukan cara terbaik menyelesaikan masalah anda.
17. Anda boleh menjadi buah peach paling segar di dunia, tetapi akan ada seseorang yang membenci buah peach -Dita von Teese
18. Jangan membuat keputusan ketika marah. Jangan membuat janji ketika sedang gembira.
19. Jangan sekali-kali berdebat dengan orang bodoh, mereka akan mengheret anda sampai ke tahap yang sama dengan mereka dan mengalahkan anda.
20. Bungkus dan bawa banrang yang anda hanya boleh bawa sendiri.
21. Hanya musuh kita sahaja yang bercakap benar. Kawan-kawan dan kekasih adalah orang yang paling banyak berbohong pada kita.
22. Masa adalah perkara paling yang berharga yang kita semua ada.
23. Berhati-hatilah dengan cara anda menggunakan dua jam pertama dan 2 jam terakhir setiap hari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/12/23-nasihat-yang-kita-wajib-guna-pakai.html