21 Januari 1983 Perginya Ahmad Boeatamam Nasionalis Melayu Kiri



Pada 21 Januari 1983, Ahmad Boestamam telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Besar, Kuala Lumpur.

Pemergian penulis dan tokoh nasionalis kiri ini telah dikenang dalam sebuah tulisan oleh rakan seperjuangan beliau, Kassim Ahmad yang telah disiarkan dalam majalah Nadi Insan keluaran bulan Mac 1983.

................................................

AHMAD BOESTAMAM DALAM KENANGAN
oleh Kassim Ahmad, 1983

Ahmad Boestamam, seorang pengasas dan pembina gerakan nasionalis Melayu, seorang penentang penjajah-penjajah Jepun dan Inggeris, seorang pejuang kemerdekaan bangsa dan tanahair, seorang demokrat dan seorang nasionalis Malaysia sudah meninggal!

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada hari Rabu 21hb Januari 1983 pada pukul 10:05 pagi, setelah menghidap penyakit barah paru-paru selama empat bulan, meninggalkan seorang balu dan dua anak. Pemergian beliau, pada umur 62 tahun, menandakan tamatnya satu era di dalam gerakan nasionalis kiri di Malaysia.

Lahir sebagai Abdullah Sani bin Raja Kechil pada 30hb November 1920 di Kampung Behrang Hulu, Tanjung Malim, Perak, kehidupan Ahmad Boestamam meliputi lebih tiga puluh tahun perjuangan bangsa.

Di dalam badan mudanya telah mengalir darah pahlawan yang tidak pernah beku hingga ke detik akhir hayatnya.

Seperti rakan-rakan seperjuangannya Dr. Burhanuddin, Ibrahim Yaakob, Taha Kalu, Harun Aminurrashid, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan Ishak Haji Muhammad, beliau mewarisi dan menyambung perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa yang telah gugur di zaman silam - Dol Said, Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Datuk Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Sagor, Haji Sulong.

Malangnya, pahlawan-pahlawan angkatan beliau, seperti pahlawan-pahlawan bangsa kita sebelumnya, berkat kepintaran penjajah, tidak mencapai kemenangan.

Namun demikian, kerana darah yang telah mereka curahkan dan pengorbanan merekalah maka semangat perjuangan bangsa untuk kebebasan dan keadilan terus hidup dan membuatkan hasil-hasilnya.

Ahmad Boestamam mulai berkecimpung di dalam arena politik nasional di dalam pertubuhan politik pertama, Kesatuan Melayu Muda dalam 1940, di dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya dan badan pemudanya, Angkatan Pemuda Insaf dalam 1946, di dalam Partai Rakyat Malaya dalam 1955.

Dasar penjajah "pecah-pecah dan perintah" berjaya membunuh gabungan politik nasionalis Malaya kiri PUTERA-AMCJA, mewujudkan gabungan politik kanan UMNO_MCA_MIC serta menyerahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepadanya pada 31hb Ogos 1957.

Sekiranya, gabungan PUTERA-AMCJA berjaya mencapai kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua, dengan Perlembagaan Rakyatnya yang demokratik, sejarah tanahair kita akan berbeda dan kemungkinan besar Ahmad Boestamam ialah Perdana Menteri kita yang pertama.

Tetapi sejarah tanahair selepas Perang Dunia Kedua telah mengambil arah ke kanan dan telah menyingkir pejuang-pejuang kiri. Ahmad Boestamam telah membayar harga perjuangannya dengan dua belas tahun penjara.

Tetapi sejarah ditempa oleh manusia, termasuk pahlawan-pahlawan dan pejuang-pejuang bangsa yang telah gagal. Kegagalan dulu pasti akan diganti dengan kemenangan akan datang.

Ahmad Boestamam dan pahlawan-pahlawan dan pejuang-pejuang bangsa kita, dulu dan sekarang, lambat laun pasti akan diberi tempat yang tinggi dan sah di dalam sejarah kebangsaan kita.

Ahmad Boestamam bukan saja seorang tokoh politik tetapi juga seorang wartawan, penulis dan penyair. Politik dan penulisan sama-sama bertakhta di dalam jiwa patriotiknya. Yang dituntut di dalam politik, itulah yang ditulis di dalam karangan-karangannya.

Di dalam mengucapkan "selamat jalan" kepada beliau, kita memberi salut kepada seorang pejuang bangsa. Warisan perjuangannya yang gemilang akan tercatit di dalam sejarah dan akan disambung oleh angkatan-angkatan selepasnya. Selamat jalan, dengan keredhaan Allah!

Kassim Ahmad
23hb Januari 1983

Sumber: Majalah Nadi Insan keluaran Mac 1983

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/krissmerah/~3/iMYXaZtRc7U/21-januari-1983-perginya-ahmad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 727 hits
Nongsa Neptune Regatta 2019 kali keempat telah berlansung selama lapan hari bermula 1 hingga 8 Februari lalu Bermula dan berakhir di Nongsa Point Marina yang hanya 11km dari Singapura acara lumba layar ini berlansung sepenuhnya di perairan ...
Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Rileks Media

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 423 hits
1 Mendengar berita kema tian Melayu AlfatihahIslam Innalillahi wa inna ilaihi rojiun 2 Usung jena zah Melayu Baca al fatihah sambil usung jena zah Jena zah akan dita nam di tempat yang keluarga request Contoh mening gal dunia di Sarawak tap...
Penerokaan Bumi Bersejarah Melayu Lingga

Penerokaan Bumi Bersejarah Melayu Lingga

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 535 hits
Memandngkan ramai yang tak sabar nak tahu kisah selanjutnya perjalanan kami di Kepulauan Riau ni jom saya sambung penulisan saya Selepas sahaja selesai acara di Desa Batu Berlobang kami telah meneruskan perjalanan kami ke Lingga Tujuan pene...
Dap Tidak Senang Dengan Penjawat Awam Majoriti Melayu

Dap Tidak Senang Dengan Penjawat Awam Majoriti Melayu

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 444 hits
Saya pernah beri amaran berulang kali Berhati hati dengan pemimpin pemimpin DAP dan sewaktu dengannya Hari ini timbul semula bahawa perkhidmatan awam kita perlu dikecilkan Hampir sejuta penjawat awam akan kehilangan kerja jika ikut formula ...
Melayu Pantun Berpisah Tiada

Melayu Pantun Berpisah Tiada

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 308 hits
Prof Diraja Ungku Aziz berpendapat bahawa pantun sudah wujud sejak 800 tahun yang lampau sebelum adanya sosok William Shakespeare penulis romantis dari Barat Namun demikian tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh mahupun tahun sebenar la...
Orang Melayu Kena Ingat Bukan Francis Light Yang Buka Pulau Pinang

Orang Melayu Kena Ingat Bukan Francis Light Yang Buka Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 257 hits
Pembukaaan Pulau Pinang Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh Sumatera Barat telah membuka Pela...
Menteri Melayu Menjahanamkan Kawasan Perniagaan Orang Islam Al Kisah Khalid Samad Kepala Bapak Bodoh

Menteri Melayu Menjahanamkan Kawasan Perniagaan Orang Islam Al Kisah Khalid Samad Kepala Bapak Bodoh

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 288 hits
The stupidity of this monkey Khalid Samad Kepala Bapak Bodoh seems to have no bottom After unilaterally announcing that he will close a part of Jalan Tuanku Abdul Rahman now he says he does not want this issue to drag Kepala bapak bodoh eng...
Anak Melayu Dalam Pertandingan Hafazan Al Quran Di Masjidil Haram

Anak Melayu Dalam Pertandingan Hafazan Al Quran Di Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 392 hits
Agak tidak terlambat bagi kami di Pena Minang Institute mengucapkan tahniah kepada kedua dua adik ini kerana mewakili Malaysia dalam pertandingan hafazan Al Quran Raja Abdul Aziz yang berlansung di Masjidil Haram Makkah Al Mukaramah Al Maml...
Umno Pas Perlu Henti Tunggang Melayu Demi Agenda Kuasa Sendiri

Umno Pas Perlu Henti Tunggang Melayu Demi Agenda Kuasa Sendiri

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 375 hits
Fakhrurrazi Rashid Pendirian Pertubuhan Pribumi Perkasa menolak calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih bukan perkara asing Pelbagai NGO dan Umno PAS cuba membawa pendekatan menggunakan isu kepentingan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya