Melayu Pantun Berpisah Tiada


Prof. Diraja Ungku Aziz berpendapat bahawa pantun sudah wujud sejak 800 tahun yang lampau, sebelum adanya sosok William Shakespeare, penulis romantis dari Barat. Namun demikian, tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh mahupun tahun sebenar lahirnya puisi Melayu ini dalam kelompok masyarakat Melayu. Hal ini kerana sedari dulu lagi pantun merupakan suatu puisi lisan sehinggalah sekarang. Ada juga yang menulis pantun dalam karya-karya sastera lama tetapi jumlahnya tidaklah banyak.
Bayangkan, setelah 800 tahun berlalu, orang Melayu zaman ini masih mampu mengenali rupa paras pantun dan tidak kurang bilangannya yang mampu menghasilkan pantun yang berkualiti. Ini merupakan hasil daripada banyak prakarsa yang dirancang untuk menyuburkan budaya berpantun dalam masyarakat Melayu. Itulah sebab mengapa tajuk artikel ini ditulis sebegitu kerana dengan usia pantun yang sudah tua, masih mampu survive dalam dunia yang sudah silih berganti revolusinya.
Tidak dapat dinafikan pantun telah menjadi trademark kepada kecerdasan dan kebestarian orang Melayu. Richard Olaf Windstedt berkata : “Tiada sesiapapun yang dapat mengagak keluasan pemikiran orang Melayu tanpa memahami pantunnya.”
Hal ini kerana puisi khususnya pantun menjadi wadah bagi orang Melayu untuk melahirkan perasaan, mengajarkan ilmu dan adab serta banyak lagi yang bersangkut-paut dengan rutin harian masyarakat Melayu. Perkara ini dapat kita perhalusi dengan melihat struktur pembinaan pantun itu sendiri untuk membuktikan keluasan pemikiran orang Melayu.
Struktur Pembinaan Pantun
Pantun Melayu selalunya mengandungi empat baris dalam satu rangkap (ada juga pantun sebanyak lapan dan 12 baris setiap rangkap) dan mengandungi dua baris pembayang maksud dan dua baris maksud.
Dalam sebuah pantun yang baik, dua baris pembayang maksud itu haruslah berkait antara satu sama lain dan perlu pula berkait dengan dua baris maksud seterusnya. Itulah mengapa dua baris awal itu dikenali sebagai pembayang maksud iaitu kerana ia menjadi acah ataupun bunga sebelum sampai kepada maksud pada dua baris yang terakhir.
Melalui pantun, dapatlah kita ramal falsafah orang Melayu yang tidak akan memisahkan antara dua perkara yang saling berkait; hidup dan mati, kaya dan miskin, cerah dan gelap, hitam dan putih, hak dan batil, pencipta dan makhluk serta banyak lagi. Orang Melayu menyedari bahawa hari yang mendung tidak selamanya mendung kerana matahari masih ada di balik mendung tersebut. Begitulah kritisnya pemikiran orang Melayu yang terzahir dalam bentuk fizikal pantun.
Pantun Melayu Hari Ini
Orang Malaysia hari ini sepatutnya bersyukur kerana masih lagi mampu mengenal dan mempelajari pantun. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memasukkan pantun ke dalam silibus pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah, khususnya dalam subjek Bahasa Melayu.
Sementara itu, pelbagai pertandingan pantun yang dikenali sebagai pesta pantun diperkenalkan kepada semua golongan masyarakat. Sebagai contoh, Pesta Pantun Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah saban tahun diadakan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Ada juga pertandingan pesta pantun yang melibatkan penjawat-penjawat awam dari pelbagai sektor dalam kerajaan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited dalam memperkenal dan melestarikan puisi Melayu ini walaupun sengit bersaing dengan hiburan-hiburan yang lainnya.
Dalam lagu juga, kadang-kadang masih ada penulis lirik yang menggunakan teknik pantun dalam penghasilan lirik lagu mereka, malah lebih enak didengar lagu tersebut.
Dalam tahun 90an, Raja Irama Malaysia, Allahyarham SM Salim banyak mendendangkan lagu-lagu irama Malaysia yang kebanyakan daripadanya mengandungi lirik pantun yang puitis sekali. Memasuki era baru ini, pantun juga masih lagi berpengaruh dalam lagu-lagu genre baru, khususnya rap dan hiphop.
Walaupun lirik tersebut tidaklah 100% mematuhi hukum pembinaan pantun namun penggunaan bahasa puitis, satira dan mempunyai bunyi suku kata yang sama dibelakang setiap bait lirik membuatkan lirik tersebut seakan pantun dan menarik untuk didengar.
Kesimpulan
Pantun Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan orang Melayu. Sekurang-kurangnya dalam majlis formal seperti majlis persaraan, perkahwinan dan konvokesyen pasti ada pantun-pantun yang dibaca walaupun pantun tersebut sudah lama digunakan. Oleh itu, kita sebagai pewaris dalam zaman yang mencabar ini, perlulah tahu serba sedikit mengenai pantun, paling kurang bila ditanya mengenai pantun tidaklah pula disamakan dengan syair atau puisi yang lainnya.
RUJUKAN :
Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan Selamanya, Siti Hajar Che ManPantun dan Pemikiran Melayu, Fadli Al-Akiti, Dewan Sastera, Julai 2016.Artikel adalah sumbangan NZ Tjokroaminoto untuk The Patriots. 


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/02/melayu-pantun-berpisah-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinner Makan Satay Sedap Di Kg Melayu Subang

Dinner Makan Satay Sedap Di Kg Melayu Subang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 784 hits
DINNER MAKAN SATAY SEDAP DI KG MELAYU SUBANG Sehari sebelum kami fly ke Bandung Indonesia mummy awal awal lagi sesiap informed mak Supaya tak payah masak dinner kitorang Plan nak makan satay kat luar je Mak mummy tu sejenis tak suka makan l...
Power Gay Melayu Sekarang Video Pasangan Gay Melayu

Power Gay Melayu Sekarang Video Pasangan Gay Melayu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 2440 hits
Power Gay Melayu Sekarang Video Pasangan Gay Melayu Lepas tengok video ni kami rasa macam berada ni dunia lain Masih lagi tak percaya apa yang cuba ditunjukkan Pada Ahad lepas laman Dear Straight People ada berkongsikan sebuah video tentang...
Panass Pasangan Gay Melayu Faliqh Kaal Kongsi Kisah Cinta Sejenis Mereka Dalam Sebuah Video Secara Terbuka

Panass Pasangan Gay Melayu Faliqh Kaal Kongsi Kisah Cinta Sejenis Mereka Dalam Sebuah Video Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 2475 hits
Panass apabila tular di media sosial sebuah video di facebook page dearstraightpeople mengisahkan tentang pasangan gay melayu Faliqh Kaal yang berkongsikan kisah percintaan sejenis mereka secara terbuka menerusi paparan video Same Love Epis...
Bersatu Perlu Teruskan Agenda Melayu Sekaligus Menolak Apa Jua Yang Dap Tidak Suka

Bersatu Perlu Teruskan Agenda Melayu Sekaligus Menolak Apa Jua Yang Dap Tidak Suka

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 369 hits
Tak ada ulasan sendiri faham DAP bebas keluar PH jika benar berprinsip atau sekadar lakonan pada kaumnya sendiri hipokrik dan tidak praktikal Lim GUAN eng wajar letak jawatan sebagai protes kepada Tun Nyata mereka sekadar berlakon mempersen...
Melayu Cameron Saja Ke Yang Bodoh

Melayu Cameron Saja Ke Yang Bodoh

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 507 hits
MaluApaBossKu vs GilaApaBossKauBaru ni aku ada dengar ucapan Azmin Ali Timbalan Presiden PKR sewaktu merasmikan Bilik Gerakan parti itu di DUN Semenyih mendakwa Orang Melayu Semenyih tidak seperti Melayu di Cameron Highland Maka timbul sedi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities