21 Februari Jangan Ahli Majlis Presiden Kena Goreng Lagi


RENCANA KHAS

RAKYAT negara ini serta pemerhati politik terus dijeruk dengan berbagai pertanyaan dan kemusykilan yang sebenarnya tidak pun perlu berlaku.

Apabila selesai Piraum - pilihan raya umum ke 14 dan kemenangan diperolehi dengan mutlak oleh parti Pakatan Harapan (PH), rakyat seharusnya sudah boleh rileks daripada bertengkar soal politik sekurang-kurang untuk tempoh lima tahun.

Dan kerajaan yang ditubuh dengan kuasa rakyat pula terus boleh bekerja untuk membangun dan memakmurkan negara.

Tugas dan tanggungjawab kerajaan PH sangat besar kerana masalah dan banyak daki-daki noda dan dosa ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu sungguh besar dan perlu dibersih dan disucikan.

Para pemimpin PH perlu berusaha untuk mengurang politiking dan juga pemerhatian umum kepadanya yang bersifat negatif. Mereka perlu sedar, percakapan berterusan kepada politik boleh mengganggu fokus kerajaan. Malangnya, ia itu tidak tidak berlaku seperti diharapkan. Serangan daripada oposisi juga menyebabkan kerajaan dihimpit masalah dan terkadang hilang tumpuan.

Gara-gara itu, maka rakyat pun menjadi resah gelisah dan tidak mudah meletakkan keyakinan kepada kerajaan. Kesannya tidak wujud suasana tenteram. Kerajaan tidak dapat memberi fokus kepada membangun kerajaan. Sebahagian besar masa yang patut digunakan untuk negara diambil untuk menyelesaikan polemik yang bukan sahaja ditimbulkan pembangkang tetapi mereka sendiri mengundangnya.

Oposisi sudah jadi sifatnya mereka akan serang kerajaan habis-habisan. Sebagai pihak atau golongan kecewa dan kehilangan kerajaan atau gagal menjadi kerajaan ini mereka perlu mengodak dan mengganggu kerajaan. Mereka harus mencipta seribu masalah buat kerajaan.

Sifat dan budaya ini sudah lazim di mana-mana negara di dunia ini. Pihak oposisi tidak ada yang sporting untuk membantu dan bekerjasama dengan kerajaan, apa lagi pembangkang dalam politik bangsa Melayu. Tengok apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu, meskipun kerajaan PH sudah menukar corak dan sikap diskriminasi seperti diamalkan kerajaan BN dahulu namun mereka tetap membenci kerajaan PH.

Apa dibuat oleh kerajaan PH kepada Kelantan dan Terengganu dengan memberi peruntukan seperti mencurah garam ke laut sahaja.

Apa yang sedih dan dikesali, sebahagian besar perkara yang timbul dan menjadi masalah kepada kerajaan PH ianya disebabkan ulah atau feel dicipta kerajaan sendiri. Perbalahan dan perselehengan pendapat dalaman, dalam parti komponen PH merupakan isu besar dan mengacau perjalanan kerajaan.

Berhadapan dengan dua keadaan.
Jadi kerajaan PH hari ini berhadapan dengan dua situasi, perang dari dalam dan perang dari luar. Perang atau kocakan yang sangat menyedihkan adalah perang di dalam PKR yang tidak ada kesudahan dan belum menunjukkan tanda-tanda ia berakhir.

Keadaan parti itu kini seperti retak yang menanti belah. Keadaan ini sangat mendukacitakan para pencinta kerajaan. Kegagalan parti itu mendamaikan kedua pihak yang berebut jawatan untuk membina empayar diri sangat menyusahkan. Secara tidak langsung juga sengketa dalam PKR inilah yang mengheret kepada masalah lain yang lebih rumit dan menyukarkan PH seperti pelaksanaan peralihan kuasa.

Paling merugikan perbalahan dalam PKR ini juga diambil kesempatan oleh musuh (oposisi) untuk mengoyak rabahkan solidariti dalam PH khasnya PKR.

Tidak cukup dengan masalah yang menimpa PH, ia ditambah pula dengan sikap Pengerusi PH yang juga perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Peralihan kuasa yang sudah dikonsensuskan tidak dapat atau sengaja dilengah-lengahkan  oleh Mahathir. Sehingga ke hari ini soal peralihan kuasa menjadi subjek sebutan dan "pengejekan" (sindiran) oleh oposisi kepada PH. Sosok terkena dan diaibkan dengan masalah ini adalah Anwar Ibrahim. Masalah ini terletak di atas bahu Mahathir seratus peratus.

Boleh disebut masalah dan kerumitan kerajaan PH kini disebabkan oleh sikap dan cara Mahathir bermain dan catur politik yang berselindung disebalik kata-kata manis dan sikap terbuka serta menggunakan kuasa prerogatifnya sebagai perdana menteri.

Kesimpulan ketidaktenteraman dan damai kerajaan PH disebabkan kerana kegagalan menentukan tarikh peralihan kuasa itu. Kegagalan ini pula disamping kerana cara Mahathir berpolitik ia disebabkan kerana perbalahan dan keretakan yang berlaku dalam PKR. Secara tidak langsung kerumitan menentukan peralihan kuasa ini disebabkan ulah dalaman PKR.

Bilakah selesai?
Bilakah masalah ini berakhir dan negara akan kembali tenang? Atau lebih diharapkan kerajaan PH dapat digerakkan dengan penuh ketenangan, sepadu dan sokongan bersemangat daripada rakyat. Pertanyaan ini akan terus tumbuh dan berkembang dalam kepala rakyat yang sekaligus menjadikan kerajaan PH seperti tidak stabil sepenuhnya. Banyaklah kesan dan implikasi samping terlahir daripada situasi itu.

Apakah menjadi nasib dan suratan takdir kerajaan PH ia berhadapan dengan masalah tidak selesai-selesai kerana ia mewarisi masalah itu sejak awal? Pada mula untuk melantik perdana menteri lagi "PH" sudah "dipajam" begitu rupa oleh institusi yang melantik Mahathir sebagai perdana menteri. Mahathir terpaksa bersengkang mata di Istana Negara untuk menunggu perkenaan oleh Yang diPertua Agong waktu itu bagi menerima watikah pelantikan bagi melangsungkan upacara angkat sumpah.

Betapa pada kejadian itu ia telah menggemparkan negara. Rakyat yang baharu mendapat kemenangan setelah kesakian lama berusaha untuk menukar kerajaan seakan-akan dipermainkan. Rakyat bersimpati dan berdoa agar proses pelantikan dan pembentukan kabinet berjalan lancar mengikut perlembagaan. Saat dan tarikh itu sangat mencemaskan.

Sepatutnya kenangan dan peristiwa pahit itu diingat dan dikenang oleh semua pihak bagi tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada kerajaan PH. Kesusahan untuk melantik perdana menteri dan membentuk kerajaan patut dijadikan azimat menjaga kerajaan sebaik mungkin. Semua pihak kena hargai apa yang berlaku agar tidak mengundang kerugian dan kecelakaan di masa depan.

Bahkan semua pihak juga kena ingat betapa sukar dan rumitnya permulaan untuk membentuk gabungan bernama PH itu. Masa hendak melembagakan PH atau membentuk janin PH bukan satu emoment yang mudah. Ia berhadapan dengan pelbagai masalah, kerenah dan rintangan. Pembentukan itu telah melalui perundingan demi perundingan panjang dan berhadapan dengan pertelagahan pendapat yang hampir-hampir PH tidak berjaya ditubuhkan.

Semua itu sepatutnya diingat dan dipasak dalam kepala semua orang. Jadikan ia sebagai satu iktibar untuk menjaga sebaik mungkin PH agar ia tidak mengecewakan rakyat yang memberi kepercayaan melalui peti undi. Dengan mengenangkan segala pancaroba itu kerajaan PH perlu ditantang seperti minyak yang penuh atau seperti menjaga anak down syndrome.

Malangnya semua itu seakan tidak dikenang dan dijadikan iktibar. Segala kepahitan dan keperitan awal itu sudah terlupa disebabkan mungkin kerana pertama kali menatang kuasa. Keterujaan masih belum hilang. Kerana kalau ia dijadikan iktibar tentu soal titik bengik atau masalah dalaman parti seperti perbalahan dalam PKR yang boleh mengheret kepada kerajaan PH tidak terjadi.

Sesungguhnya kerajaan PH yang berusia 19 bulan terus berada dalam keadaan gelora yang mencemaskan. Gelora dan rasa cemas itu dicetus oleh situasi disebutkan tadi. Kecemasan paling baru kepada kerajaan PH ialah pada 7 Februari lalu bilamana diura-urakan Umno akan menubuhkan satu pakatan bernama Pakatan Nasional bersama Pas.

Pada tarikh tersebut Umno mahu mendapatkan persetujuan MTnya bagi pembentukan pakatan bersama Pas ke arah membentuk kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Seluruh rakyat dan pemerhati politik menunggu perkembangan itu penuh debaran dan suspen. Rakyat yang percaya sudah pun mula memasak gulai dan pulut untuk meraikan pembentukan kerajaan baharu itu.

Bagaimana pun nasib baik rancangan itu gagal. Pemimpin Umno yang desperado gagal untuk mendapat persetujuan MT sepenuhnya bagi tujuan itu. Kegagalan itu membawa petaka dan perpecahan kecil kepada Umno sampai ada yang dipecat daripada parti itu.

Pun begitu kegagalan rancangan itu tampaknya tidak mudah berakhir. Pembangkang terus meluapkan rasa marah dan bencinya kepada kerajaan PH. Mereka seperti syaitan yang cuba memperdayakan manusia, tidak reti untuk berputus asa. Selepas itu mereka susun pula rancangan untuk menggoda Dr Mahathir dengan apa disebut sebagai SD.

Projek SD ini juga gagal dan terburai di tengah jalan apabila ia tidak mencukupi jumlah bagi menyatakan sokongan kepada Mahathir yang kemudian membawa kepada penubuhan kerajaan baru. Kegagalan rancangan ini secara tidak langsung mendedahkan rupa dan roma sebenar dalang-dalang di belakang projek jahat itu yang terdiri daripada orang yang kononnya menyokong PH sendiri. Dan lebih celaka lagi ia membabitkan orang berlindung di bawah ketiak Mahathir sendiri. Cis.

Dua matlamat. 
Apabila kita menyelami tindak tanduk dan rancangan oposisi itu ada dua matlamat utama. Pertama ialah untuk menghancurkan kerajaan PH, dan kedua menghalang Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Projek mahu mencuri kerajaan PH itu adalah kerja-kerja mereka yang bernafsu besar dan tidak tahu menghormati mandat rakyat. Golongan atau penggerak kerja ini bolehlah dianggap sebagai pengkhianat dan anti demokrasi.

Kegagalan projek dan rancangan itu diperkira ia meredakan keadaan. Tetapi tidak begitu rupanya. Pemerhati politik masih lagi dihadapkan dengan detik-detik dan tanggal-tanggal yang mencabar minda mereka. Tarikh-tarikh baru yang menjadi momok dan persoalan tetap juga timbul dan mengganggu lena rakyat. Gara-gara itu menyebabkan rakyat seringkali mengigau dan tidur mereka terganggu.

Selepas musnahnya tanggal 7 Februari, kini ada pula tanggal atau detik baru yang dinanti rakyat, yakni lusa, Jumaat 21 Februari. 21 Februari ini akan menjadi tarikh sama penting dan ditunggu sama seperti tanggal 7 Februari yang sudah pun berlalu itu. Lusa, Jumaat Majlis Presiden PH akan bermesyuarat. Walaupun mesyuarat itu rutin bulanan majlis itu, tetapi ada sesuatu yang signifikan diharapkan berlaku dalam mesyuarat tersebut.

Yang ditunggu ialah pengumuman mengenai peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar. Apabila rakyat amnya, dan para penyokong PH mengetahui permasalahan yang dan mengheret masalah negara disebabkan kaburnya peralihan kuasa itu, maka mereka menanti-nanti perkara itu dituntaskan kelak. Rakyat menanti tarikh itu ditetapkan dengan jelas bukannya abstrak atau pun tanpa titik seperti hari ini.

Untuk penetapan tarikh ini, walaupun ia menjadi hak Mahathir tetapi hak mutlaknya terletak kepada majlis presiden. Mahathir sendiri mengakui akan hakikat itu. Justeru majlis presiden perlu menggunakan hak mereka sebaik mungkin. Ertinya penetapan itu tidak perlu atau diserahkan secara bulat-bulat kepada Mahathir. Majlis Presiden hendaklah menggunakan kuasa dan hak yang ada kepadanya. Ahli majlis presiden tidak perlu merasa inferiority compleks apabila berhadapan dengan Mahathir.

Apa didoakan Dr Mahathir tidak sedia untuk bersikap seperti diktator mengenai tarikh itu. Kalau pun beliau tidak sedia untuk menentukan tarikh itu, ia disebabkan sikap ahli majlis presiden sendiri kerana tidak berani atau "malu alah" untuk menyuarakan mengenai hal itu atas rasa hormat kepada Mahathir. Sebenarnya sikap itu tidak perlu diamalkan. Majlis presiden hendaklah lebih berani dan mengambil berat kepada masalah yang timbul ekoran kekaburan tarikh itu daripada menghormati Mahathir sebagai pemimpin lama atau kerana melantik mereka apa-apa jawatan bergaji.

Mengenai keperluan peralihan kuasa ini hakikatnya bukan semata-matanya kerana Anwar hendak jadi PM. Itu bukan isu pokoknya. Tetapi ia lebih kepada keselamatan dan kestabilan kerajaan PH. Kelewatan atau kekaburan peralihan kuasa itu memberi impak buruk kepada negara khususnya daripada dunia luar. Ini yang perlu difikirkan. Perlu diakui keadaan negara hari ini yang bagaikan rumput di tepi jalan di mata dunia ia disumbangkan kepada isu peralihan kuasa yang tidak jelas itu.

Tidak ada guna kalau Mahathir kekal jadi PM sehingga akhir penggal tetapi kerajaan PH hancur disebabkan polemik atau salah dalam menetapkan tarikh peralihan itu.

Apa yang diharapkan semoga 21 Februari nanti ahli majlis presiden tidak mudah digoreng serapuh buah berangan dalam kuali besar oleh Mahathir seperti sebelum ini. Sebelum ini ada ahli majlis  mempamerkan diri mereka bagaikan berangan hidup dan liat, tetapi apabila masuk ke dalam majlis terus jadi berangan hangit yang digoreng. Ahli majlis perlu terus kekal jadi berangan yang sedap dimakan bukan hanya sedap dipandang.

Bersuara dan berkata benarlah walaupun pahit demi kelestarian kerajaan PH. Buat dan ambillah keputusan demi masa depan kerajaan, kelanjutan usia dan pengaruh parti masing-masing bukan terdodoi dan tersenandung yang anda sudah dilantik ke jawatan penting dan perlu berpuas hati dengan kerjaya anda setakat apa diraihkan hari ini. Pandang rakyat bukan tengok diri sendiri. [wm.kl. 11:28 am 18/02/2020] 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/02/21-februari-jangan-majlis-presiden-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Presiden Harus Berani Buat Ketetapan Pada 21 Februari Ini

Majlis Presiden Harus Berani Buat Ketetapan Pada 21 Februari Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 306 hits
Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020 iaitu pada 21 Feb ini Kita mahu lihat adakah benar Majlis Pr...
Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 415 hits
Jangan lama sangat sebab ada pihak cuba beli ahli parlimen Azmin gesa Perikatan Nasional segera ditubuhkanMenteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mahu gabungan baru dengan parti pembangkang diwujudkan segera kerana bimbang rancangan itu gagal j...
Mengapa Si Kitol Lari Dari Pc Dan Apa Yang Si Kitol Mahu Majlis Presiden Lakukan

Mengapa Si Kitol Lari Dari Pc Dan Apa Yang Si Kitol Mahu Majlis Presiden Lakukan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 293 hits
Patut la dia takde dlm PC selepas mesyuarat Majlis Presiden Rupa rupanya dia kena sembur oleh Mat Sabu kerana cadangkan Tun M terus jadi PM sehingga habis penggal Korang dah nampak kan siapa paling tidak mahu Anwar jadi PM Persetujuan peral...
Majlis Presiden Elok Dibubarkan Sahaja Kalau Tak Boleh Paksa Tekan Tun Undur 9mei

Majlis Presiden Elok Dibubarkan Sahaja Kalau Tak Boleh Paksa Tekan Tun Undur 9mei

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 373 hits
PALING tidak di perjumpaan tersebut ada dua tiga leader yang lompat naik atas meja minta Tun berundur Perlu seorang dua hentak meja tumbuk meja siku meja beri katadua kepada Mahathir Kalau kerusi Tak melayang malam tu itu bukan mesyuarat Ma...
Tiada Apa Berlaku Dalam Mesyuarat Majlis Presiden Ph Esok

Tiada Apa Berlaku Dalam Mesyuarat Majlis Presiden Ph Esok

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 339 hits
ULASAN TERKINIKedua duanya sudah setuju dengan rangkaperalihan kuasa BOLEH tutup buku Begitulah yang boleh dikatakan buat mereka yang ghairah menanti untuk melihat timbul kekecohan dan ketegangan dalam mesyuarat majlis presiden PH esok Mere...
Hormati Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Ph Kata Anwar

Hormati Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Ph Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 261 hits
Semua pihak perlu menghormati keputusan mengenai peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Presiden PH malam tadi kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto oleh Ahmad ZamzahuriKAJANG 22 Feb Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap anggota PK...
Ganti Ahli Majlis Gagal Tunjuk Prestasi Kerja Memuaskan

Ganti Ahli Majlis Gagal Tunjuk Prestasi Kerja Memuaskan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM 20 FEB Ahli majlis pihak berkuasa tempatan Selangor yang gagal menunjukkan prestasi kerja memuaskan akan diganti kata EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan segelintir ahli majlis tidak ...
Presiden Umno Tiada Kuasa Memecat Keahlian Mana Mana Ahli Umno

Presiden Umno Tiada Kuasa Memecat Keahlian Mana Mana Ahli Umno

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 291 hits
Farhana Malek KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO mempunyai peruntukan kuasa di bawah Fasal 20 9 bagi memecat mana mana ahli yang melakukan salah laku seperti melanggar Perlembagaan Parti dan Tataetika Ahli jelas Ketua Penerangan UMNO ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game