2024 Pembuka Agenda Pembaharuan Nasional Bagi Malaysia Anwar




KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tahun 2024 yang akan ditinggalkan bakal dikenang dalam sejarah sebagai mukadimah dan pembuka kepada agenda pembaharuan nasional di negara ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sepanjang tahun ini, kerajaan telah menggerakkan usaha menjelmakan anjakan baharu dengan tekad politik yang jelas serta niat ikhlas dan penilaian teliti untuk memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.
Beliau berkata ini termasuklah peluncuran kerangka Ekonomi Madani pada 27 Julai 2023 yang memungkinkan hala tuju jelas untuk membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia.
“Apa yang lebih mendesak dan mustahak adalah kerangka Ekonomi Madani yang memberi petunjuk kepada kepemimpinan dan generasi penerus untuk mempasak sebuah sistem ekonomi berteraskan prinsip manusiawi dengan ihsan, dengan rahmah agar keadilan dapat ditegakkan bagi setiap insan warga Malaysia.
“Sebagai contoh, penyasaran subsidi diesel, sebelumnya tentang tarif elektrik yang digerakkan Kerajaan Madani untuk menutup ketirisan sekian lama dek subsidi pukal yang telah disalurkan kepada pihak yang saya sebut sebagai maha kaya dan orang asing, tiga setengah juta orang yang tidak layak menerima subsidi,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam ucapan sempena tahun baharu 2025 yang disiarkan di saluran stesen televisyen tempatan pada Selasa.
Perdana Menteri dalam ucapannya turut memaklumkan beliau memahami bahawa tidak semua keputusan dan kebijakan yang dilakukan kerajaan adalah popular atau segera membuahkan hasil.
Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan kesyukuran terhadap peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini yang ditambah RM10 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah.
“Insya-ALLAH, pada tahun hadapan, kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya.
“Selain menambah jumlah bantuan saban tahun, kerajaan juga giat (menangani) gejala kenaikan kos melalui penganjuran Program Payung Rahmah di seluruh negara selain menggerakkan pasukan pemantau secara aktif bagi mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mencatut harga sewenang-wenangnya,” katanya.
Menyentuh mengenai keadaan ekonomi semasa negara, Anwar berkata, mengambil kira musibah banjir yang tidak diduga berlaku dengan amat teruk, maka ia perlu ditangani dengan bijak.
Beliau memberi jaminan bahawa usaha terus dijalankan di semua negeri bagi memastikan bantuan sampai dengan segera, selain kerja pemulihan dan bantuan secepat mungkin akan diselenggara oleh semua agensi kerajaan Pusat, Persekutuan dengan kerjasama jentera negeri dan kerajaan tempatan atau jajahan.
“Operasi kesiapsiagaan sejak awal telah dirangka secara mampan agar dapat mengelak daripada dampak buruk musibah tersebut. Insya-Allah, kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa daripada terkorban atau harta benda yang rosak,” kata Perdana Menteri.
Selain memberikan tumpuan kepada prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan, perbelanjaan pembangunan negara juga akan meneruskan projek tebatan banjir di kawasan-kawasan berisiko tinggi walaupun usaha itu akan memberikan kesan kewangan yang tinggi. – Bernama


Source link
The post 2024 pembuka agenda pembaharuan nasional bagi Malaysia – Anwar appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/2024-pembuka-agenda-pembaharuan-nasional-bagi-malaysia-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Huawei Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia

Pelancaran Huawei Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 430 hits
Pelancaran HUAWEI Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia Assalamualaikum semua Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei secara rasminya memperkenalkan HUAWEI Mate X6 HUAWEI nova 13 Series dan HUAWEI FreeBuds Pro 4 Produk utama ini m...
Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 155 hits
Rafizi RamliYAB Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2025 yang akan diadakan pada 9 Januari 2025 Pelbagai topik utama akan dibincangkan termasuklah inovasi dan teknologi peluang pelaburan di Malaysi...
Malaysia Turkmenistan Tubuh Suruhanjaya Bersama Perluas Kerjasama Pelbagai Sektor Pm Anwar

Malaysia Turkmenistan Tubuh Suruhanjaya Bersama Perluas Kerjasama Pelbagai Sektor Pm Anwar

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow di Perdana Putra Putrajaya pada Khamis Foto TV3PUTRAJAYA 19 Dis Malaysia dan Turkmenistan akan mewujudkan suruhanjaya bersama bag...
Pm Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

Pm Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 192 hits
Majlis peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin Foto BernamaSEPANG 6 Jan Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026...
Pm Anwar Calls For Unity And Justice In Christmas Message For A Stronger Malaysia

Pm Anwar Calls For Unity And Justice In Christmas Message For A Stronger Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 268 hits
Handwritten messages of hope peace joy and love can be seen in the background as a man decorates the Church of Our Lady of Fatima in Brickfields Kuala Lumpur on December 24 2024 Bernama picKUALA LUMPUR Dec 24 Ahead of Christmas tomorrow Pri...
8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 815 hits
Makan memang orang suka makan dan kelambakan Food Festival tahun ini menampakkan ketumbuhan ketara dengan adanya penganjuran setiap minggu di tempat berdekatan kita Jadi dalam banyak banyak makanan makanan apa agaknya yang menjadi trending ...
Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 556 hits
The Malaysia Launch of the Lancet Countdown 2024 Report and the Malaysia Policy Priorities 2024 was successfully held yesterday at the Grand Hall of the University of Cyberjaya This prestigious event brought together prominent national and ...
Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 526 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is calling on his successor current Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to push for Bahasa Melayu to be recognized as ASEAN s second language With Malaysia set to take the ASEAN chair...
Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Pv 6 000 000 Sudah Berlalu

Buffet Ramadan 2025 Citarasa Milenial Di Suasana Suites Cafe Jb

Pergi Raya Sempena Cny 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Struktur Sos Dalam Masakan Panduan Lengkap

Young Strong And Diagnosed Redefining Resilience In Pancreatic Cancer Patients

Pasangan Kahwin Di Balai Polis Kerana Bimbang Keluarga Bergaduh

Rania Healing Tepi Sawah Padi

Tarif Elektrik Naik Julai Ini Pmx Dikritik Netizen

Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar