2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang


Assalamualaikum & Hye!
Nampaknya minggu ni dah hampir 7 bulan lebih usia putera sulungku yang bijak soleh dengan panggilan Uwais. Syukur alhamdulillah. Semoga yang masih menanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 
Sebelum aku teruskan detik2 cemas aku bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, korang boleh terjah Checklist Lengkap Persediaan Bersalin... Klik sahaja link tu okayh.. 
Ok jom kita sambung cerita pengalaman detik cemas aku bersalin ye. Huhu macam seram je kan.. Jangan risau sebab ada 2 part je. Hehe


Tanda nak bersalin 6 Jan 2020

Jam menunjukkan pukul 3 pagi time tengah tidur tiba-tiba aku rasa macam ada air mengalir. Mula2 aku ingat air discharge biasa tapi ni macam banyak sikit dari biasa. 
Sebenarnya 6 jan tu aku ada checkup jugak dekat KK (klinik kesihatan) so aku fikir biar jela, nanti checkup baru bagitau nurse or doctor.

Tapi, lepas 10 minit macam tu aku rasa tak sedap hati sebab rata2 yang aku baca and based on story kawan2, kalau dah rasa air keluar tu cepat2 pergi hospital sebab tu mungkin tanda air ketuban dah pecah dan kalau lambat boleh buat baby lemas dalam perut.

Aku pon tanpa berlengah bangun balik kejut suami aku. Dia pon kelam kabut bangun bila aku cakap air ketuban dah pecah dia suruh aku siap cepat2 haha.. Aku buat rilek je cakap "takpela siap2 bersihkan diri semua baru gerak sebab takde sakit apa-apa lagi".

Daftar di HTAR, Klang

Dah siap2 semua dengan tenang kitorang pon gerak pergi ke HTAR sebab aku tak nak nanti kelam kabut sangat since aku pon takda rasa sakit apa2 lagi. 
Jam 3 lebih pagi macam tu kitorang sampai. Jalan clear sangat sebab pukul 3 pagi kan. Kalau jem time peak hour mahu sejam lebih baru sampai HTAR. huhu

Aku tak pernah ada rekod or buat checkup kat HTAR sebab aku pernah call dia kata datang je kalau rasa dah nak bersalin. Yang penting bawaklah buku pink and lain2 dokumen yang berkaitan. 

Sampai je kat HTAR bahagian klinik bersalin, suami aku tolong daftarkan semua, aku plak nurse suruh masuk dalam bilik PAC untuk buat assessment yela nak cek dulu betul ke aku ni nak bersalin ke kan? 
Masa buat assessment ni kena tahan fizikal dan mental sikit sebab nak cek tu sakit sikit. Macam aku dah biasa so relax jela sebab masa pregnant 5 bulan macam tu aku dah pernah rasa sebab ada bleeding. So doktor cek ada bukaan ke apa ke takut keguguran kan.
Time ni sebab semua benda buat sendiri angkat barang naik turun tangga sebab pjj dengan suami. Segan nak minta tolong housemate or opismate sebab banyak kali jugak minta tolong ='). Banyak sangat bleeding nasib baik time ni suami ada tenangkan aku. huhu..

Ok sambung balik time kat bilik PAC, time ni aku tengok tak ramai orang so aku pon dapatla baring kat katil sementara menunggu Doktor datang cek. Nasib baik Doktor ada sebabnya situasi aku ni macam dah emergency sebenarnya. 
Sebab masa aku dah nak masuk labour room (LR) ada patient sorang ni takde sorang pon Doktor yang attend sampai terbersalin kat bilik PAC tu. Ni pon suami aku yang bagitau lepas sembang2 dengan suami patient tu.

Confirm Emergency

Dari pukul 4 pagi sampailah 6 pagi lebih macam tu ada dua tiga orang Doktor datang nak sahkan kes aku. Bukaan aku baru 1 cm je. Aku pon redha jelah kena cek bawah tu. Serius sakit haha pakai mulut itik.. 
Ni paling orang tak suka. Tapi sebab dah banyak kali so aku dah immune, lolz. Tips dia rileks je jangan stres2... Nanti kurang la sakit dia. 
Memandangkan bukaan aku baru 1 cm, aku pon doa tak henti-henti harap2 takdela Doktor suruh aku balik. Serius mood malas tahap apa je time tu. Rasa nak bersalin terus lepas tu setel dah.

Last2 Doktor cakap ade cecair hijau dah keluar and tu maksudnya baby dah berak dalam perut. So confirm emergency. Diorang semua macam kelam kabut bila dapat tahu ada cecair hijau keluar. 
Aku muka blur duduk baring atas katil. Aku nak tanya pon macam takut menggangu. So aku pon search kat google. Kalau kes macam aku ni kena induce means kena paksa beranak tak kisahla normal or Czer.

Tapi aku just double cek dengan staff nurse yang lalu kat situ. Dengan sopan santun nya aku tanya aku ni kena induce ke? Pastu dengan pantas dia jawab haah awak kena induce. 
Aku nak sambung tanya lagi yang aku boleh normal ke? Tapi dah tengok semua macam kelam kabut tak berani nak tanya. Aku just doa jela harap2 semua dipermudahkan tak kisahla normal or Czer.

Then mesin ECG pon dipasang kat perut aku untuk cek jantung baby. Jantung baby semua normal tapi mesin tu dipasang sampai lah aku kena transfer masuk labour room jam 7.30 pagi.

Terus Masuk Labour Room (LR)

Bila dah masuk LR ni macam2 ada dalam fikiran aku. Yela sebab aku macam tak percaya and tiba2 rasa macam tak ready lagi. Asyik2 tertanya2 betul ke diorang ni? 
Masuk LR ni selalunya kalau betul2 sakit nak meneran tapi aku sakit macam senggugut yang under control. Aku dengar2 kalau betul nak bersalin dia sakit lama paling kejap pon dalam 3 ke 4 jam rasa contraction atau semalaman sebelum betul-betul nak bersalin.
Makin kerap 10 minit then 5 minit sakit contraction tu datang. Tapi aku takde sakit tu. Time tu memang aku lapar sangat walaupun dah makan kurma 3 biji and roti coklat 2 ketul. 
Bila masuk labour room memang tak boleh makan dan baring jela kat situ. Kadang2 je nurse2 kat situ suapkan aku minum air pakai straw. Kat LR tu nak duduk pon dia tak kasi cuma golek2 ke kiri ke kanan. Aku dengan suami asyik bangun tidur balik sementara tunggu bukaan lepas kena induce.
Melalui info yang aku dapat, baru tahu aku kena kurangkan pergerakan sebab takut baby kurang oxygen nanti. Nak pergi toilet pon tak boleh. Nurse akan masukkan catheter untuk keluarkan air kencing. Kalau kena cara memang tak sakit pon, tapi ada nurse tu buat sakit skit entah macam mana dia masukkan.

And baru aku tahu kenapa baby berak dalam perut sebab dia stress dalam tu since oxygen kurang atau faktor2 lain. Puncanya ibu dia ni terlebih aktif. 
Penat2 pon duk panjat sana sini badan letih pon tak kisah dah yela gigih nak tolong abah dia hias rumah baru pindah. Ibu memang larat lagi tapi sebenarnya effect kat baby... Huuu nasib baik baby takde pape =`).

Aku memang dari first trimester aktif terlebih angkat berat naik tangga 3 tingkat sampai minor bleeding. Yela suami jauh sampailah aku dah 7 bulan lebih baru suami dapat transfer sini. Aku ni jenis nak minta tolong orang segan sangat. 
Kadang2 tu xpela kan. Huhu.. Tanpa fikir dalam badan aku ni ada lagi satu bayi kecil yang sedang membesar.

Bagi aku, takpelah bila aku redah macam tu nanti baby yang keluar pon jadi kuat. Tapi sebenarnya aku macam selfish and sebab tu la walaupun ibu kuat buat itu ini, dia kena fikirkan effect yang jadi kat baby tu nanti. 
Termasuklah puasa... Walaupun ibu masih larat tapi jangan push sangat, kena memikirkan keadaan baby juga.. Kalau baby tak gerak selalunya aku buka je puasa. huhu...
Ok, sambung balik dalam LR, tunggu punya tunggu akhirnya ada seorang Doktor datang cek lagi dan inform keadaan aku. Nak tahu apa doktor cakap? sambung part 2 okayh.. =)

Aku FAIL Meneran dalam LR (bersambung Part 2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cinqleafclover.com/2020/02/detik-cemas-ketika-bersalin-di-htar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pengalaman sampai masuk ke LR Dari mula mula tanda nak bersalin sampailah masuk LR Korang boleh refer kat Kali ni aku nak cerita pengalaman sepanjang dalam LR termasuklah detik detik cem...
2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum 2022 SOP Baru Bersalin di HTAR Klang dan Tips Mudah Bersalin Tengok tajuk ada tips mudah bersalin ye Kemain ye ibu nak share tips mudah bersalin huhu Apa apa pon yang ni based on pengalaman dan pembacaan sis amalkan dan alha...
Tahun Lepas Bersalin Cz3r Ayda Jebat Kini Hamil Anak Kedua

Tahun Lepas Bersalin Cz3r Ayda Jebat Kini Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 204 hits
Lama tak dengar cerita tentang Ayda Jebat baru baru ini penyanyi itu hadir ke stesen radio Era FM bagi mempromosikan single terbarunya berjudul Tak Bisa Lepas Apa yang menjadi perhatian ramai adalah kenyataan Ayda yang mengatakan know know ...
Air Selusuh Boleh Memudahkan Wanita Hamil Bersalin Ikuti Penjelasan Pakar Sakit Puan

Air Selusuh Boleh Memudahkan Wanita Hamil Bersalin Ikuti Penjelasan Pakar Sakit Puan

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 199 hits
TIDAK semua wanita hamil akan melalui proses bersalin dengan mudah Mungkin ada di antara mereka yang terpaksa menunggu berjam jam untuk melahirkan bayi
Boleh Cuti Lama Gaji Penuh 5 Bulan Dr Amalina Jawab Soal Maternity Leave Lepas Bersalin

Boleh Cuti Lama Gaji Penuh 5 Bulan Dr Amalina Jawab Soal Maternity Leave Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 207 hits
Dr Amalina Bakri yang merupakan pakar bedah dan pernah mencipta fenomena di negara kita kerana kecemerlangannya di dalam Sijil Pelajaran Malaysia dahulu kini sudahpun berada di trimester ketiga kehamilannya Sejak disahkan mengandung Amalina...
Lahir Pada Sayyidul Ayyam Penghulu Segala Hari Aisyah Hijanah Bersalin Tepat Due Date

Lahir Pada Sayyidul Ayyam Penghulu Segala Hari Aisyah Hijanah Bersalin Tepat Due Date

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 162 hits
Usahawan dan pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah berkongsi berita gembira kelahiran cahaya mata kedua dan berita tersebut dikongsi menerusi laman instagram rasminya Sebelum ini Aisyah sempat berkongsi bahawa dia sudah dimasukkan ke wad ...
Boleh Ke Share Video Isteri Bersalin Di Media Sosial Mufti Jelaskan Hukumnya

Boleh Ke Share Video Isteri Bersalin Di Media Sosial Mufti Jelaskan Hukumnya

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 349 hits
Memuat naik video isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak di media sosial seolah menjadi trend masa kini Namun adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam Ikuti perkongsian berkenaan isu ini daripada laman rasmi AL KAFI 788...
Tips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu Bersalin

Tips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 174 hits
Tips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu BersalinTips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu Bersalin Saya nak share pengalaman qadha puasa 30 hari Pada tahun 2014 Saya bersalin beberapa hari sebelum Ramadhan tahun tu Mak...
Mommy Looking Good Baru Bersalin Penampilan Tasha Shilla Maintain Cantik

Mommy Looking Good Baru Bersalin Penampilan Tasha Shilla Maintain Cantik

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 159 hits
Baru sahaja melahirkan anak kedua 5 September lalu penampilan Tasha Shilla yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata ini nampak seperti bukan orang dalam pantang Penampilan yang berseri dengan solekan nipis menambahkan kecantikannya Isteri ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik