202 Karya Kartunis Zunar Dipamerkan Di Pulau Pinang


Bernama  
   
Sebanyak 202 karya kartunis terkenal Zunar atau nama sebenarnya Zukiflee Anwar Haque dipamerkan di Balai Seni Lukis Negeri di Georgetown, Pulau Pinang, bermula Selasa ini hingga 28 Mei depan.

Zunar, yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran pameran itu oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa gembira kerana akhirnya hasil karya beliau diketengahkan dalam satu pameran besar di Pulau Pinang.

"Akhirnya selepas insiden 2016 di Komtar (hasil lukisan Zunar dikeluarkan dari pameran ketika itu) , kini kembali membuat pameran. Ini adalah satu pameran yang sangat istimewa dengan warna istimewa dan pertama kali pameran diadakan sebesar ini dengan mempamerkan 202 karya,” katanya.

Beliau berkata kartunis sebenarnya mempunyai peranan besar dalam masyarakat dan unsur humor merupakan senjata berkesan untuk digunakan bagi memprotes sebarang isu yang tidak betul.

Terdahulu Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson dilihat sebak semasa menyampaikan ucapan ketika melihatkan hasil karya Zunar yang dipamerkan itu.

"Saya sebak dan rasa agak sentimental sedikit bila melihat karya Zunar dan bercakap kisah-kisah lalu yang kami rasai dan derita yang turut ditanggung Zunar. Saya dapat rasai derita yang beliau tanggung melalui lukisan ini, dan ini juga membuktikan peranan pelukis dan kartunis kepada negara. Zunar berhati mulia dan ikhlas," katanya.

Anwar berkata pameran karya berkenaan turut mengingatkannya kepada ‘penderitaan’ yang dilaluinya ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Anwar turut menyarankan semua balai seni lukis di setiap negeri mempamerkan karya seni kartunis Zunar.

"Zunar seorang pelukis yang mempunyai kepekaan politik mendalam terhadap isu berkaitan dengan rakyat. Pemilihan kata, pemahaman rasa dan denyut nadi rakyat digabungkan dalam satu hasil karya seni oleh Zunar. Ini sebab mengapa karya Zunar popular," katanya.--Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/202-karya-kartunis-zunar-dipamerkan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Gesa Pulau Pinang Gubal Akta Halang Sebar Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam

Pas Gesa Pulau Pinang Gubal Akta Halang Sebar Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 407 hits
Wakil tunggal PAS di Pulau Pinang semalam meminta kerajaan negeri menggubal undang undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam Mohd Yusni Mat Piah berkata cadangan enakmen itu amat diperlukan memandang beberapa in...
Syarikat Bina Lapangan Terbang Changi Akan Ketuai Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang

Syarikat Bina Lapangan Terbang Changi Akan Ketuai Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 428 hits
GEORGE TOWN Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang dinanti nantikan akan diketuai sebuah konsortium Singapura yang membina Lapangan Terbang Changi di republik itu sidang Dewan Undangan Negeri Pula...
Usm Dapat Lebih Banyak Dana Dari Putrajaya Berbanding Pulau Pinang

Usm Dapat Lebih Banyak Dana Dari Putrajaya Berbanding Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 399 hits
GEORGE TOWN Seorang Adun Pulau Pinang hari ini menggesa Putrajaya menambah peruntukan untuk negeri ini kerana sebuah universiti tempatan di negeri itu mendapat lebih banyak dana daripada kerajaan negeri secara keseluruhan Gooi Hsiao Leung b...
Madu Kelulut Pulau Pinang

Madu Kelulut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 692 hits
Madu Kelulut Pulau Pinang Penjual Madu Kelulut Asli Kawasan Pulau Pinang Pembekal Madu Kelulut Asli Di Pulau PinangKepada penduduk Pulau Pinang yang ingin mendapatkan produk madu kelulut Pulau Pinang bolehlah hubungi saya Paksu Cuckoo 012 7...
Percutian Kami Di Pulau Pinang Pulau Mutiara

Percutian Kami Di Pulau Pinang Pulau Mutiara

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 453 hits
Batu Feringghi Pulau Pinang 22 Disember 2016 24 Disember 2016 Sedikit pengalaman melawat bumi Penang Pulau Mutiara Day 1 Check in hotel lebih kurang dalam pukul 3 petang dah lewat mata mengantuk tapi incik suami nasihatkan kita ni berjalan ...
Laparpo Cafe Tempat Makan Best Di Pulau Pinang

Laparpo Cafe Tempat Makan Best Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 1675 hits
LAPARPO CAFE TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG Hi korang Sebelum masuk Ramadan Al Kareem ni biarlah El share dulu tempat makan best di Pulau Pinang Manalah tau kut korang boleh plan berbuka kat sinikan Yang bercuti ke Penang boleh singgah O...
Pulau Pinang Mahu Perkongsian Kuasa Dikaji Semula

Pulau Pinang Mahu Perkongsian Kuasa Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 348 hits
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan negeri mencadangkan perkongsian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dapat dikaji semula untuk desentralisasikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata banyak ...
Asri Anak Pulau Pinang Mustahil Beliau Tak Tahu Kecuali Fakta Diputarbelitkan

Asri Anak Pulau Pinang Mustahil Beliau Tak Tahu Kecuali Fakta Diputarbelitkan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 369 hits
Guan Eng akan bertemu Dr Asri jelaskan hakikat DAP martabat IslamPada 5 Mei 2019oleh PENTADBIRAhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menegaskan bahawa DAP menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub d...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekayaan Dan Kesenangan Itu Juga Satu Ujian

Siri 5 Throwback Mohon Sampai Di Jannahmu

Cerita Hari Bahagia Kawan

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

If You Love Two People At The Same Time Choose The Second Because

12 Biodata Finalis Dewi Remaja 2025 Menyambut 40 Tahun Legasi Gemilang