Asri Anak Pulau Pinang Mustahil Beliau Tak Tahu Kecuali Fakta Diputarbelitkan




Guan Eng akan bertemu Dr Asri jelaskan hakikat DAP martabat IslamPada 5 Mei 2019
oleh PENTADBIR

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menegaskan bahawa DAP menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Penegasan itu dibuat pemimpin DAP berkenaan bagi menjawab kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyentuh mengenai Islam dan DAP.  
“Saya telah menghubungi Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam.
“Dr Asri telah memberitahu saya bahawa kenyataan yang dilaporkan media adalah berlainan daripada apa yang beliau katakan sebenarnya,” kata Steven dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, DAP bersedia menerima teguran dan nasihat demi kebaikan bersama, namun menjadi tugas parti untuk menolak fitnah pembangkang selama ini kononnya ia menentang syiar dan syariat Islam.
Tambah beliau, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga telah menjemput Asri untuk bertemu serta berbincang mengenai isu tersebut dan telah disambut baik oleh mufti berkenaan.
“Saya berharap semoga silaturahim antara DAP dan Dr Asri dapat dikekalkan dengan meneruskan perbincangan, dialog dan persefahaman sesama kita,” ujar Steven.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven SimDAP martabat syiar IslamDalam pada itu, Steven turut menyorot pelbagai peruntukan yang telah disalurkan kerajaan negeri Pulau Pinang serta Putrajaya dalam memartbatkan syiar Islam di negara ini.  
Sebagai contoh, di Pulau Pinang, katanya, peruntukan untuk hal ehwal Islam telah meningkat berkali-kali ganda berbanding zaman pentadbiran Barisan Nasional.
Negeri Pulau Mutiara yang dipimpin Ketua Menteri dari DAP itu juga turut membangunkan industri hahal dengan menyediakan kawasan seluas 100 ekar sebagai Hab Halal.
“Antara kejayaan dasar-dasar ini termasuklah penambahan bilangan huffaz daripada 103 orang pada 2008 kepada 600 orang pada masa kini, iaitu sebanyak 482% dalam tempoh sepuluh tahun.
“Kita juga berbangga apabila pelajar-pelajar Islam di Pulau Pinang memperoleh pencapaian KAFA terbaik di seluruh Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018.
“Kini kerajaan negeri juga sedang membangunkan perpustakaan digital Islam pertama di rantau Asia Tenggara,” ujar Steven yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.
Di peringkat Persekutuan pula, katanya, Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi hal ehwal Islam.
Ia meningkat daripada RM1.1 bilion pada 2018 kepada RM1.2 bilion pada 2019.
“Selain itu, kerajaan persekutuan juga turut memperuntukkan RM25 juta kepada sekolah agama rakyat, dan RM25 juta lagi kepada sekolah-sekolah pondok berdaftar.
“Kedua-dua institusi ini tidak mendapat sebarang peruntukan dalam Bajet 2018 di bawah kerajaan Barisan Nasional.
“Tambahan lagi, RM50 juta juga diperuntukan untuk 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara,” katanya.
Tahun ini, katanya, Kementerian Kewangan juga menyalurkan RM5 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran untuk kerja-kerja mencetak kitab suci Al-Quran.
Malah, katanya, institusi agama Islam juga dibela apabila Tabung Haji menyuntik dana berjumlah RM17.8 bilion demi memulihkan Tabung Haji selepas penyelewengan oleh kerajaan terdahulu.
“DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara.
“Namun begitu, DAP sering difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka,” ujarnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/asri-anak-pulau-pinang-mustahil-beliau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

25 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 784 hits
Bagi yang gemar bercuti bersama keluarga dan orang yang tersayang disini kami ada beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang harus anda lawati Bahkan anda tidak perlu pening kepala untuk mencari tempat menarik di Pulau Pinang lagiJika and...
Pantai Di Pulau Pinang Dijangka Akan Diserang Obor Obor May

Pantai Di Pulau Pinang Dijangka Akan Diserang Obor Obor May

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 387 hits
Malaysia is heading for a potentially serious jellyfish bloom next month thanks to the heat and humidity of this year s inter monsoon period Centre for Marine and Coastal Studies director Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai says the bloom is...
Kadar Zakat Fitrah Di Pulau Pinang Kekal Rm7

Kadar Zakat Fitrah Di Pulau Pinang Kekal Rm7

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 498 hits
KEPALA BATAS 28 April Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7 seorang tahun ini Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata perk...
Madu Kelulut Pulau Pinang

Madu Kelulut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 637 hits
Madu Kelulut Pulau Pinang Penjual Madu Kelulut Asli Kawasan Pulau Pinang Pembekal Madu Kelulut Asli Di Pulau PinangKepada penduduk Pulau Pinang yang ingin mendapatkan produk madu kelulut Pulau Pinang bolehlah hubungi saya Paksu Cuckoo 012 7...
Usm Dapat Lebih Banyak Dana Dari Putrajaya Berbanding Pulau Pinang

Usm Dapat Lebih Banyak Dana Dari Putrajaya Berbanding Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 347 hits
GEORGE TOWN Seorang Adun Pulau Pinang hari ini menggesa Putrajaya menambah peruntukan untuk negeri ini kerana sebuah universiti tempatan di negeri itu mendapat lebih banyak dana daripada kerajaan negeri secara keseluruhan Gooi Hsiao Leung b...
Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Cadang Bangunan Dun Baru

Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Cadang Bangunan Dun Baru

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 484 hits
Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang Abdul Rahman Abbas mencadangkan bangunan pejabat pentadbiran negeri dan Dewan Undangan Negeri yang baru dibina di atas sebidang tanah tambak Pada hemat saya telah tiba masanya untuk kerajaan negeri menelit...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 Pulau Pinang

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1090 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 Pulau Pinang Bagi sambutan kali ni tiba giliran Pulau Pinang menjadi tuan rumah Bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 ini juga Festival Guru Malaysia akan diadakan pada 12 Mei hingga 16 Mei 2019 be...
Kpdnhep Pulau Pinang Sita 27 Ribu Kg Kurma Guna Logo Halal Tidak Sah

Kpdnhep Pulau Pinang Sita 27 Ribu Kg Kurma Guna Logo Halal Tidak Sah

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 1022 hits
Sebahagian kurma dipercayai menggunakan logo halal palsu yang dirampas dalam satu serbuan di Bandar Perda hari ini Foto oleh SAZALI CHE DINSEBERANG PERAI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyita kira kira 27 000 k...
Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 414 hits
Beberapa kotak dokumen dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Badan Perhubu...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh