2019 Akif Join Akademi Tunas Semula
2019 Akif Join Akademi Tunas Semula ! | Dua minggu lepas , masa kat sekolah Cikgu ada hebahkan pada anak anak yang berminat untuk join Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) aka Akademi Tunas Bola Sepak boleh datang ke sekolah SKBBBM untuk proses pemilihan pada tarikh yang telah ditetapkan . Masa Akif balik sekolah dia ada cakap la kat Umi , nanti nak pergi jugak untuk sesi pemilihan Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) sebab rindu dah dengan gang bola Akademi Tunas . Dah lama tak main bola ngan gang Akademi Tunas .
Bila dia cakap camtu , terbukak la jugak bijik mata Umi dia ni sebab dah setahun dia tak main AT tetiba nak main balik . Bila tanya boleh ke bahagi masa ngan sekolah , mengaji dan jugak kelas tuisyen . Nanti tak penat ke . Dia cakap Ok boleh takde masalah . Jadi bila tuan punya badan sendiri yang cakap camtu , Umi abah ikutkan jer la asalkan dia happy . Sebenarnya tahun 2018 dia tak join AT sebab banyak sangat aktiviti yang dah sedia ada dan masa yang ada semput semput sangat . Jadi tahun lepas terpaksa la korbankan AT . Tahun ni dia dah masuk darjah 4 jadi dia dah boleh bahagikan masa dengan baik . InsyaAllah .
Makanya hari yang ditetapkan minggu lepas Umi pergi dengan Akif jer kat SKBBBM Kemaman , untuk sesi pemilihan . Abang Iman ada tuisyen kat sekolah jadi tak dapat nak ikut sekali . Lagipon tahun ni abang Iman tak join AT sebab nak fokus pada UPSR 2019 .
Umi pon nak posing jugak . Meh sini kita posing dulu untuk kenang kenangan
Masa mula mula tiba kat SKBBBM tu dapatla Akif jumpa gang gang lama AT dan memang nampak seronok la dia . Ya la dah setahun tak jumpa gang kecuali sorang dua yang memang kawan kat sekolah yang sama . Lain lain dari sekolah berlainan . Alhamdulillah masih ada keserasian bersama kawan kawan . Masa sesi pemilihan tu kan , KakYa mulanya bimbang jugak takut dia tak terpilih untuk sesi pemilihan 2019 . Mana la tau sebab lama tak main kot kot ke laut dah skill nya . Kalau kat rumah hari hari dia main kat padang taman perumahan ni . Cumanya untuk pemilihan jurulatih nak jugak tengok skill masing masing .
Umi bukan apa takut nanti kalau tak terpilih dia terasa pulak . Abah dah siap pesan awal awal . Akif buat elok elok hingga terpilih okey . Dia pulak confiden level tinggi jawap , Akif pasti boleh . Fuhh mengharap sangat anak yang satu ni nak join Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) semula . Harap harap ada rezeki dia
Yeay jumpa gang lama . Setahun tinggalkan Akademi Tunas , bila jumpa balik kemesraan tu masih ada . Alhamdulillah .
Masing masing tak nak kalah dengan gaya , mutu , keunggulan tersendiri
Ni antara sebahagian gang Akademi Tunas 10 tahun yang terpilih untuk sesi 2019
Semoga anak Umi dan gang Akademi Tunas Kemaman terus maju dan berjaya dalam sukan bola sepak
Syukur alhamdulillah sesi pemilihan tamat jam 6.30 petang dan Akif salah seorang pelatih yang terpilih . Tahniah Akif , Umi dan abah doakan agar Akif dapat buat yang terbaik untuk Akademi Tunas Kemaman . Anak Umi pasti boleh . Yessss !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2019/02/2019-akif-join-akademi-tunas-semula.html