Saya Sayang Awak Lebih Dari Saya Ada Insyaallah 100 Juta Milik Kita Tahun 2019
Setiap kejayaan seorang lelaki pasti akan ada wanita atau ” isteri ” di belakangnya. Perkongsian dari usahawan berjaya ini Muhd Hilmi Che Azman atau di kenali sbg El Azman berkongsi kejayaannya adalah datang dari isterinya sendiri, selayaknya seorang isteri menjadi tunjang kejayaan kekuatan suami. Romantik dan sama cantik sama padan min tengok pasa ngan ini. Siapa isteri kepada usahawan berjaya ini?
“Saya sayang awak lebih dari saya ada, InsyaAllah 100 Juta milik kita tahun 2019”
Memiliki paras rupa cantik, sentiasa ceria terutama dengan celoteh menggunakan dialek utara di Instagram setiap hari berjaya mencuit hati lebih 570,000 pengikutnya di laman sosial itu.
Dia bukanlah wanita biasa kerana di sebalik setiap celotehnya, terselit semangat juang yang tinggi bagi membuktikan setiap individu mampu mencapai kejayaan diimpikan asalkan mempunyai semangat dan keazaman.
Daripada seorang gadis biasa sehinggalah kini bergelar isteri dan ibu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini semakin komited dengan hala tujunya untuk bergelar usahawan muda berjaya.
Lebih membanggakan apabila baru-baru ini dia dinobatkan penerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Bawah 30-an pada Majlis Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017 anjuran Niaga Times.
Pemilik nama Nur Amirah Maulat Abdullah, 28, mengakui tidak boleh mudah berpuas hati dengan apa yang dikecapi kini kerana perjalanannya dalam dunia perniagaan masih jauh.
“Saya mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan dalam talian sejak 2013 dengan menjual produk kecantikan sebelum memberanikan diri mengeluarkan produk kecantikan saya sendiri menerusi jenama NA Beauty.
“Alhamdulillah, usaha saya membuahkan hasil dan menjadi pendorong semangat kepada saya untuk meneruskan usaha dalam bidang ini,” katanya.
Nur Amirah berkata, dengan hasil yang agak membanggakan, dia kemudian melangkah setapak ke hadapan mengembangkan sayap perniagaan ke dunia fesyen dengan mengeluarkan tudung dan jubah menerusi jenama bynuramirah.
“Segala yang saya lakukan ini atas dorongan minat, malah saya pasti kebanyakan usahawan memilih bidang ini atas faktor berkenaan.
“Saya berminat pada setiap produk yang saya keluarkan. Saya juga minat dengan perkhidmatan yang diniagakan malah suka mengepos setiap barangan ditempah pelanggan kerana segalanya memberi kepuasan,” katanya.
Nur Amirah yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dari Universiti Teknologi MARA, Arau, Perlis berkata, selain minat pada perniagaannya, dia juga sentiasa menggalakkan individu lain bersama-sama menjana pendapatan dengan menjadi ejen, stokis, pembeli peribadi atau dropship jenamanya.
“Bagi saya kepuasan sebenar itu lebih dirasai apabila dapat berkongsi kegembiraan dan menjana pendapatan bersama ramai individu lain.
“Atas sebab itu, saya sentiasa berusaha untuk dekat di hati pelanggan atau pengikut saya di laman sosial bagi menarik minat mereka menjana pendapatan sendiri,” ujarnya.
Bijak atur masa
“Untung rugi, suka duka, pahit manis segalanya asam garam perniagaan yang ditempuh setiap usahawan seperti saya.
“Namun, semua itu tidak boleh dijadikan pematah semangat untuk terus berjaya sebaliknya menjadikannya pendorong kejayaan,” katanya.
Menurut Nur Amirah, selepas mendirikan rumah tangga bersama El Azman yang juga seorang usahawan, dia bersama suami menggabungkan perniagaan dengan mengeluarkan jubah lelaki dan wanita menerusi jenama Elrah Exclusive malah kini mempunyai sebuah butik di Bandar Baru Bangi.
“Syukur, saya dan suami mempunyai minat serta keazaman yang sama iaitu ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Oleh itu, kami bersama-sama berusaha memajukan perniagaan ini.
Nur Amirah berkata, dia bersyukur dan terhutang budi kepada suami serta ibu dan ayah kerana banyak membantu terutama dalam menguruskan anak yang masih kecil.
“Soal kurang waktu tidur dan berehat itu sudah menjadi kebiasaan bagi saya dan ia tidak mematahkan semangat.
“Bagi saya, sekiranya kita dapat membahagikan masa sebaik-baiknya, pasti tidak berlaku masalah besar namun dalam apa juga keadaan saya tetap mengutamakan keluarga,” ujarnya.
Impian setanding jenama antarabangsa
Mengakui dirinya sentiasa positif dan tidak mudah berputus asa untuk mengecapi kejayaan, Nur Amirah yakin dia mampu menggapai impian hidupnya.
“Saya mengharapkan perniagaan saya semakin berkembang maju terutama jenama Elrah Exclusive supaya ia sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.
“Saya juga berharap jenama ini dapat berdiri sama tinggi dan setanding dengan jenama antarabangsa lain sekali gus menjadi antara yang disegani,” katanya.
Pemilihan nama Elrah bukan sahaja ringkas dan menarik untuk disebut, malah gabungan nama saya dan isteri, Amirah, seolah-olah memberi kekuatan untuk saya membuat yang terbaik. Saya bersyukur dikurniakan isteri yang mampu sama-sama bangkit teguh bersama mengusahakan legasi Elrah Exclusive, tuturnya tenang dalam senyuman
Alhamdulillah kami bangga dengan pencapaian mereka berdua sebagai usahawan melayu berjaya di usia muda. Semoga terus maju jaya.
Sumber : Ig elazman/ nuramirah11
The post “Saya sayang awak lebih dari saya ada, InsyaAllah 100 Juta milik kita tahun 2019” appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/02/15/saya-sayang-awak-lebih-dari-saya-ada-insyaallah-100-juta-milik-kita-tahun-2019/