200 Nelayan Pantai Teluk Bahang Diancam Pencemaran Sisa Lumpur




 Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang,Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Laut menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi  pencemaran sisa lumpur di perairan Teluk Bahang ketika ini.

Masalah yang berlarutan sejak lebih setahun yang lalu itu kini semakin kerap berlaku serta mengancam kehidupan lebih 200 nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Dalam tinjauan yang dibuat nelayan-nelayan yang terlibat memberitahu SAM bahawa ia di percayai berpunca dari tindakan kapal pengangkut sisa lumpur dari tapak projek penambakan laut di Persiaran Gurney membuang bahan itu ketika dalam perjalanan ke Pulau Kendi.




Di samping lumpur terdapat bahan buangan lain seperti sisa kayu dan besi melekat pada pukat nelayan-nelayan di sini menyebabkan pukat menjadi rosak dan mereka yang terlibat telah mengalami kerugian antara RM300 hingga RM7,000 seorang.

SAM difahamkan,Ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan di kawasan ini juga turut berkurangan menyebabkan hasil tangkapan mereka merosot melebihi 50%  setiap kali pencemaran itu berlaku.

Sehubungan itu SAM meminta Jabatan Perikanan negeri mengadakan perjumpaan dengan nelayan-nelayan pantai Teluk Bahang bagi membincangkan masalah ini dan masa depan kehidupan mereka yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Bantuan atau pampasan wajar diberikan kepada semua mangsa kejadian ini kerana kerugian akibat kerosakan pukat yang dialami adalah besar dan mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk turun semula ke laut bagi menjalankan aktiviti tangkapan.

SAM kesal walau pun masalah ini membelenggu kehidupan masyarakat nelayan di kawasan itu namun tidak ada perhatian serius yang diberikan atau tindakan berkesan oleh pihak berkenaan.

SAM percaya dan bimbang kesan yang lebih buruk akan berlaku ke atas alam sekitar dan kehidupan nelayan pantai di negeri ini jika projek penambakan laut diteruskan. Lihatlah apa yang berlaku di Tanjong Tokong, Gelugor, Batu Uban, Queensbay dan Persiaran Gurney.

Sumber



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/200-nelayan-pantai-teluk-bahang-diancam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 200 Bangsal Nelayan Di Teluk Kumbar Bakal Dirobohkan

Lebih 200 Bangsal Nelayan Di Teluk Kumbar Bakal Dirobohkan

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 628 hits
BALIK PULAU Lebih 200 bangsal milik nelayan tradisi di Pusat Nelayan Kawasan Teluk Kumbar di sini yang dijadikan stor simpanan kelengkapan menangkap ikan diarahkan dirobohkan Bangsal itu yang terletak di tepi pantai dari Kampung Nelayan hin...
Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 521 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac 8211 Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor di sini Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad ...
Pencemaran Suspek Buang Sisa Toksik Disahkan Terlibat Elemen Jenayah

Pencemaran Suspek Buang Sisa Toksik Disahkan Terlibat Elemen Jenayah

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 722 hits
EDDY HAMIDI 19 Mac 2019 2 03 PM KUALA LUMPUR Siasatan ke atas sembilan individu yang ditahan berhubung kejadian pencemaran di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor ke
Kerajaan Ph Johor Tidak Bersihkan Sisa Pencemaran Kerana Kos Yang Tinggi

Kerajaan Ph Johor Tidak Bersihkan Sisa Pencemaran Kerana Kos Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 368 hits
IPOH Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid menegur tindakan kerajaan yang membenarkan sekolah sekolah di kawasan yang dicemari gas toksik di Pasir Gudang Johor Khamis lalu dibuka semula ketika sisa...
Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 423 hits
13 Mac 2019 9 38 PM JOHOR BAHRU Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Khamis
Bee Yin Bertindak Pantas Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Hari Ini

Bee Yin Bertindak Pantas Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 418 hits
Pada 14 Mac 2019oleh PentadbirMenteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengambil tindakan pantas menangani kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Dalam sidang media...
Suspek Pencemaran Sisa Kimia Ada Rekod Jenayah Kpn

Suspek Pencemaran Sisa Kimia Ada Rekod Jenayah Kpn

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Beberapa suspek yang ditahan berhubung pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor didapati mempunyai rekod jenayah kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Beliau berkata kesemua sembilan lelaki warga ...
Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi

Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 489 hits
SEBANYAK 34 sekolah sekitar Pasir Gudang Johor diarah tutup serta merta berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim sejak Khamis lalu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membab...
Hasil Investigasi Knkt Sebab Pencemaran Minyak Tumpah Di Teluk Balikpapan

Hasil Investigasi Knkt Sebab Pencemaran Minyak Tumpah Di Teluk Balikpapan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 293 hits
Salah satu sebabnya terjadi miskomunikasi awak kapal dengan pemandu KSOP Balikpapan Ada pemahaman berbeda antara awak kapal dan pemandu perihal lokasi dan kedalaman penurunan jangkar di Teluk Balikpapan
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Lazada S Christmas Promotion

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan