Lebih 200 Bangsal Nelayan Di Teluk Kumbar Bakal Dirobohkan



BALIK PULAU: Lebih 200 bangsal milik nelayan tradisi di Pusat Nelayan Kawasan (PNK) Teluk Kumbar di sini, yang dijadikan stor simpanan kelengkapan menangkap ikan, diarahkan dirobohkan.


Bangsal itu yang terletak di tepi pantai dari Kampung Nelayan hingga Sungai Batu dekat sini, dibina sejak hampir 30 tahun lalu.

Deretan bangsal nelayan di Teluk Kumbar
Gambar DANIAL SAAD BHBerdasarkan notis daripada kerajaan negeri yang berkuat kuasa hari ini, nelayan perlu mengosongkan dan meroboh struktur berkenaan dalam tempoh dua minggu.


Berikutan itu, nelayan mempersoal tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan bangsal berkenaan.

Wakil nelayan, Bakri Bakar, 53, mengakui mereka membina bangsal itu secara haram bertujuan menyimpan pelbagai kelengkapan untuk ke laut.

Katanya, nelayan membina bangsal di kawasan itu kerana tiada lokasi lain yang bersesuaian untuk dijadikan stor.

“Kerajaan negeri seharusnya bertimbang rasa dan memberi penyelesaian terbaik kepada nelayan, bukan berterusan memberi tekanan kepada kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Bakri bersama hampir 30 nelayan sekitar kawasan itu berhimpun bagi membantah cadangan tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) bagi membiayai kos Pelan Induk Pengangkutan (PIP), dianggarkan bernilai RM49 bilion.

Sementara itu, nelayan, Faizal Zabri, 36, mempersoalkan data tahap penerimaan terhadap PSR yang dilampirkan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek berkenaan.

Katanya, data dihasilkan Rakan Pelaksana Projek (PDP) yang menjelaskan sebanyak 51.1 peratus orang ramai menyokong cadangan PSR itu tidak mewakili pandangan masyarakat nelayan.

“Tiada pertemuan khusus membabitkan keseluruhan nelayan yang akan terjejas dengan PSR dibuat, selain pungutan suara berhubung pelaksanaan cadangan projek ini dikatakan hanya dibuat ke atas kumpulan tertentu.

“Peratusan berkenaan sebaliknya mempamerkan pandangan pihak lain, khususnya operator perniagaan. Sebaliknya, lebih 90 peratus nelayan jelas membantah cadangan projek itu.

“Justeru, kewajaran pelaksanaan cadangan ini boleh dipersoal kerana hasil pungutan suara berhubung projek ini tidak mengetengahkan pandangan golongan yang akan terjejas teruk daripada projek ini,” katanya.

Kontroversi projek membangunkan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar yang berlarutan sejak 2015 itu, terus membelenggu nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai punca pendapatan mereka.

Sebelum ini, Ketua Perunding DEIA projek terbabit, Prof Datuk Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, mendedahkan kerja tambakan laut berkenaan bakal memusnahkan sepenuhnya lokasi pendaratan penyu dan habitat hidupan laut yang selama ini menjadi sumber rezeki nelayan tempatan.

Kredit Berita Harian








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/lebih-200-bangsal-nelayan-di-teluk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
200 Nelayan Pantai Teluk Bahang Diancam Pencemaran Sisa Lumpur

200 Nelayan Pantai Teluk Bahang Diancam Pencemaran Sisa Lumpur

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 579 hits
Sahabat Alam Malaysia menggesa kerajaan Pulau Pinang Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi pencemaran sisa lumpur di perairan Teluk Bahang ketika ini Masalah yang berlarutan ...
Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah Rm5000 Sebulan

Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah Rm5000 Sebulan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 497 hits
Kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan Kaji selidik ini dilakukan oleh Sweet Ring Memetik laporan China Press laman sesawang cari jodoh itu mengumpulkan maklumat daripada 500 re...
Luhut Sebut Pemerintah Bakal Tetapkan Hari Nelayan Nasional

Luhut Sebut Pemerintah Bakal Tetapkan Hari Nelayan Nasional

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 387 hits
Sebelumnya Ketua Himpunan Nelayan Seluruh Indonesia Yusuf Solichien mendorong pemerintah Indonesia untuk segera menetapkan tanggal 21 Mei sebagai Hari Nelayan Nasional
Asia Bakal Punya 1 000 Miliuner Dalam 5 Tahun Mendatang

Asia Bakal Punya 1 000 Miliuner Dalam 5 Tahun Mendatang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 318 hits
Berdasarkan Wealth Report 2019 yang dikeluarkan oleh konsultan properti Knight Frank yang berbasis di London mengatakan bahwa Asia memiliki 787 miliuner Angka ini tentunya melebihi jumlah miliuner Eropa yang hanya mencapai 452 miliuner seme...
12 Panduan Untuk Cikgu Dan Bakal Cikgu

12 Panduan Untuk Cikgu Dan Bakal Cikgu

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 395 hits
Menjadi guru bukanlah tugas mudah Memang nampak macam senang je keje ni masuk kelas mengajar kemudian tengah hari dah balik Tapi hakikatnya hanya cikgu yang faham tugas sebenar seorang cikgu Hakikatnya tiada pekerjaan yang mudah sebenarnya ...
Umno Bakal Ditutup

Umno Bakal Ditutup

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 593 hits
Umno Bakal Ditutup Kemasukan wakil rakyat Sabah beramai ramai menganggotai Bersatu jelas dapat mengukuhkan parti serpihan Umno itu sekaligus dapat mencapat matlamat Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan ingin melihat Umno ditutup ...
Robot Letak Kenderaan Bakal Digunakan Di Lapangan Terbang Lyon Saint

Robot Letak Kenderaan Bakal Digunakan Di Lapangan Terbang Lyon Saint

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 308 hits
Stanley Robotics akhirnya telah berjaya menghasilkan robot letak kenderaan setelah beberapa tahun diuji dan ia secara rasmi akan mula digunakan untuk memudahkan pengunjung meletak kereta mereka di sekitar Lapangan Terbang Lyon Saint Exupery...
Beli Rumah Di Manchester Bale Bakal Sertai United

Beli Rumah Di Manchester Bale Bakal Sertai United

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 425 hits
Beli rumah di Manchester Bale bakal sertai United Foto ReutersGARETH BALE dilaporkan telah membeli sebuah rumah di Manchester United Kingdom dan bersetuju dengan terma peribadi yang ditetapkan oleh Manchester United menjelang potensi perpin...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia

Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra