Pasukan Bawah 23 Tahun Gagal Layak Ke Piala Afc B23 Apa Yang Kita Boleh Pelajari


Mungkin ramai yang dah mengetahui tentang kegagalan skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara untuk melangkah ke pusingan akhir Piala AFC pada tahun hadapan. Boleh dikatakan Malaysia hampir layak ke Bangkok namun dinafikan gol Jiang Sheng pada minit ke 83. Gol tersebut meranapkan impian untuk skuad muda negara bergelar Juara Kumpulan J untuk layak secara automatik.  Harapan untuk layak sebagai naib juara tidak menjadi kenyataan selepas hanya empat pasukan naib juara kumpulan yang diberikan tiket untuk ke pusingan akhir.
Dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang skuad China itu, pasukan negara membuktikan mereka mampu untuk memberikan tentangan pada pasukan negara tembok besar itu. Berhadapan dengan pemain yang mempunyai fizikal yang lebih besar tidak menakutkan barisan pemain negara.
Skuad negara mendahului perlawanan selepas rembatan Syahmi Safari tertampan gol sendiri oleh pemain China, Yang Liyu pada minit 11. Tersentak dengan gol itu, barisan pemain China mengandakan serangan dan satu serangan menarik menghasilkan gol melalui tandukan Zhang Yuning pada minit ke 17.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol. Skuad Malaysia berjaya memecah kebuntuan selepas penjaga gol China terlepas bola ketika sepakan sudut Nik Akif. Bola yang terlepas itu disambut mudah oleh pemain tengah, Daniel Hakim bagi memastikan skuad negara mendahului dengan satu gol. Namun kesilapan pada minit-minit terakhir membuka ruang bagi skuad China mendapat gol sekaligus menafikan peluang skuad bimbingan Ong Kim Swee itu untuk sekali lagi layak ke pusingan akhir Piala AFC 23 tahun.
[ Ong Kim Swee- Satu Keputusan Perit ]
Secara amnya, Ligakampung.com berpendapat bahawa pasukan ini mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh lagi. Perlu kita ingat, rata-rata para pemain ini juga merupakan anggota yang beraksi dalam Sukan Asia tempohari. Ingatkah bagaimana skuad negara melakar kejutan terhadap Korea Selatan di peringkat kumpulan dan kurang bernasib baik ketika menentang Jepun di pusingan kedua Sukan Asia itu.
Ada juga di antara mereka yang telah mula mengetuk pintu skuad senior. Pemain seperti Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty, Syahmi Safawi adalah pemain yang menjadi tulang belakang ketika skuad negara dalam Piala AFF 2018 tempohari. Sudah pasti akan ada beberapa pemain lain yang juga turut diintai untuk berada dalam kesebelasan skuad senior tidak lama lagi.
Dalam kejohanan ini juga mungkin ada pencari-pencari bakat yang telah melihat aksi beberapa pemain yang menunjukkan kemampuan mereka. Tidak mustahil ada antara mereka yang akan dipancing oleh kelab luar negara. Sekiranya ada yang dipancing, pergilah sertai pasukan luar negara. Ini akan membantu mengembangkan bakat anda berbanding bermain di dalam negara. Kalau kita lihat penyerang, Hadi Fayyadh juga menampakkan kemajuan permainan beliau. Walaupun tidak menghasilkan sebarang gol ataupun bantuan gol (assist) namun dari segi corak pemainan secara fizikal ada perkembangan positif. Mungkin penyertaan beliau di Liga Jepun akan memberikan kesan positif dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi.
Cuma dari segi beberapa posisi perlu diberikan perhatian.  Posisi pertahanan misalnya, walaupun dikawal baik oleh Syamer Kutty dan Dominic Tan namun sebenarnya mereka bukanlah asalnya beraksi di posisi itu.  Syamer Kutty sebenarnya lebih banyak beraksi di bahagian tengah. Memang ia bukanlah masalah besar untuknya beraksi di bahagian pertahanan tengah namun lebih sesuai jika ada pemain yang memang tetap di bahagian tersebut kerana Syamer ini pemain yang agak mobility. Corak beliau yang lebih banyak bergerak akan merugikan pasukan jika tertumpu pada barisan pertahanan.
Dari segi serangan pula, mungkin potensi Faisal Halim perlu dikembangkan. Kemungkinan beliau boleh dijadikan alternative bagi corak serangan pasukan B23 Malaysia pada Sukan SEA tahun ini. Corak permainan pantas dan dribble menarik menunjukkan beliau berpotensi untuk melancarkan serangan berbahaya. Ketenangan ketika menjaringkan gol pada aksi menentang Filipina membuktikan kita mempunyai penyerang yang berbeza skillnya dimana Hadi Fayyadh lebih kepada penyerang yang menggunakan fizikal. Perbezaan ini mungkin membantu jurulatih Ong Kim Swee untuk membuat perhitungan berdasarkan pasukan yang akan ditemui.
Mungkin barisan pemain yang sama ini akan dikumpulkan kembali untuk aksi Sukan SEA di Filipina dan tidak mustahil pingat emas mampu dikutip pada tahun ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/pasukan-bawah-23-tahun-gagal-layak-ke-piala-afc-b23-apa-yang-kita-boleh-pelajari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fifa Sokong 48 Pasukan Di Piala Dunia 2022

Fifa Sokong 48 Pasukan Di Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 252 hits
FIFA sokong 48 pasukan di Piala Dunia 2022Persekutuan Bolasepak Antarabangsa bergerak selangkah untuk mengembangkan Piala Dunia 2022 di Qatar kepada 48 pasukan dan berharap dapat mengesahkan pelan berkenaan jika penganjur bersama berjaya di...
23 Senarai Pemain Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 Tahun 2020 Galas Cabaran Negara

23 Senarai Pemain Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 Tahun 2020 Galas Cabaran Negara

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1448 hits
Pengendali skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee telah memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran negara di Kelayakan Kejuaraan B 23 Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 dari 22 hingga 26 Mac ini Senarai 23 Pemain Malays...
Bahaya Bawa Bayi Ke Panggung Wayang Panggung Wayang Bukan Tempat Untuk Anak Bawah 2 Tahun

Bahaya Bawa Bayi Ke Panggung Wayang Panggung Wayang Bukan Tempat Untuk Anak Bawah 2 Tahun

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 340 hits
Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang Membawa bayi ke tempat tersebut seolah olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka Menerusi la...
Pasukan Negara Menang Tipis 1 0 Ke Atas Laos Kelayakan Afc B 23

Pasukan Negara Menang Tipis 1 0 Ke Atas Laos Kelayakan Afc B 23

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 331 hits
Gambar Facebook Football Association of MalaysiaSaingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia B 23 Thailand 2020 terus menyaksikan pasukan negara menekan China apabila menang tipis 1 0 ke atas Laos hasil dari jaringan tunggal Safaw...
Madu Bukan Untuk Bayi Elakkan Memberi Madu Pada Bayi Kurang 1 Tahun Boleh Menyebabkan Punca Botulisme

Madu Bukan Untuk Bayi Elakkan Memberi Madu Pada Bayi Kurang 1 Tahun Boleh Menyebabkan Punca Botulisme

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 494 hits
Bermula dari pertengahan August sehingga Oktober 2018 terdapat 4 kes jangkitan Botulisme melibatkan bayi di laporkan Jangkitan yang menyerang saraf ini JARANG berlaku dan menimbulkan tanda tanya bagi anggota kesihatan ALERT MADU BUKAN UNTUK...
Bukti 9 Tahun Kenal Pun Boleh Berpisah Ramai Nak Jadi Imam Nonny Nadirah

Bukti 9 Tahun Kenal Pun Boleh Berpisah Ramai Nak Jadi Imam Nonny Nadirah

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 409 hits
Bukti 9 tahun kenal pun boleh berpisah ramai nak jadi imam Nonny Nadirah Bukan mudah untuk membawa gelaran sebagai janda ditambah pula dengan status sebagai seorang selebriti perkara itu seolah olah sudah sinonam dalam industri seni Itu ter...
Hoki Malaysia Gagal Ke Final Piala Sultan Azlan Shah

Hoki Malaysia Gagal Ke Final Piala Sultan Azlan Shah

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 285 hits
MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH 27 Mac 2019 10 26 PM KUALA LUMPUR Skuad hoki negara terus berputih mata untuk bergelar juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali p
Kelayakan Piala Afc U23 Harimau Malaya Baham Filipina

Kelayakan Piala Afc U23 Harimau Malaya Baham Filipina

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 358 hits
SHAH ALAM Skuad kendalian Ong Kim Swee yang diperkuat dengan gabungan bekas pemain daripada Piala AFF Suzuki telah berjaya mengalahkan Pasukan Filipina di tempat sendiri Harimau Malaya berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 0 dan 2 daripada go...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal