Dr Mahathir Rasmi Lima Sekali Lagi Selepas 28 Tahun
LANGKAWI: Dr Mahathir Mohamad merasmikan pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 hari ini, kira-kira 28 tahun sejak acara dwitahunan itu diperkenalkan.
Perdana menteri berkata, beliau melancarkan pelan pertama negara bagi Pembangunan Industri Aeroangkasa pada 1991.
“Ia langkah berani bagi sesetengah orang dan langkah kecil bagi orang lain, tetapi melihat apa yang kita ada dalam pembangunan industri aeroangkasa hari ini, ia adalah langkah yang perlu untuk memastikan Malaysia seiring industri berkembang pesat ini.”
Kini, katanya, industri aeroangkasa negara berkembang ke tahap ia dikenali dengan produknya yang digunakan syarikat antarabangsa, termasuk Airbus, Boeing, Rolls-Royce, Safran, Honeywell dan Thales.
Beliau berkata, jumlah eskport peralatan dan alat ganti pesawat mencecah RM8.48 bilion tahun lalu, meningkat 20.7% berbanding 2017.
“Sesetengah produk ini dipamerkan di LIMA ’19 untuk menunjukkan kemampuan Malaysia dalam mengeluarkan produk aeroangkasa bertaraf dunia.”
Katanya, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan kertas putih pertahanan untuk memaklumkan keutamaan dan rancangan kementerian itu kepada rakyat.
“Ia menetapkan jangkaan kerajaan bagi pertahanan untuk dekad akan datang dan mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kitaran tetap bagi dasar pertahanan terkini.”
Kertas putih itu yang disifatkan Mahathir sebagai “pelan jangka panjang komprehensif dan bertanggungjawab” itu menekankan keperluan untuk membangunkan pengetahuan dan penyelidikan serta industri pertahanan berasaskan teknologi bagi menyokong angkatan pertahanan.
Mahathir berkata, Malaysia akan terus menggalakkan syarikat pertahanan tempatan bekerjasama dan mengeluarkan perkakasan secara domestik.
LIMA yang merupakan gagasan Mahathir ketika pertama kali menerajui negara, menyaksikan penyertaan pegawai dan syarikat pertahanan, ketenteraan dan pengangkutan dari seluruh dunia.
Tahun ini, lebih 350 peserta tempatan dan antarabangsa dari lebih 30 negara mengambil bahagian dalam pameran itu yang berakhir Sabtu ini.
– Bernama
KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis
KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare
KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman
KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Dr Mahathir rasmi LIMA sekali lagi, selepas 28 tahun appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/191260/dr-mahathir-rasmi-lima-sekali-lagi-selepas-28-tahun/