20 Resipi Kukus Rebus Istimewa Sempena Ulang Tahun Rasa Ke 20
Bagi anda yang gemarkan sajian makanan yang sihat serta kurang minyak , makanan kukus dan rebus semestinya antara sajian yang menjadi pilihan. Malah, masakan yang dikukus juga mempunyai rasa serta khasiat yang tinggi. Biasanya periuk kukusan ni banyak digunakan untuk memasak ikan stim sahaja tetapi ada banyak lagi sebenarnya hidangan yang boleh disajikan. Sempena ulang tahun RASA ke 20 tahun, kami kongsikan buat anda seleksi pelbagai resipi kukus dan rebus yang boleh disajikan buat keluarga. Semuanya sedap dan mudah-mudah belaka. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1. IKAN SIAKAP REBUS ALA THAI
BAHAN-BAHAN (kuantiti boleh ubah ikut cita rasa):
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan bersama kicap cair. Masukkan juga akar ketumbar. Jika juga kukus ikan ini kerana rasanya lebih enak. (beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK disini)
2. Bila ikan sudah masak, toskan. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.
3. Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau & bawang putih yang dikisar kasar. PERINGATAN: buang biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan.
4. Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.
5. Kemudian masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ni sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.
6. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.
8. Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.
9. Kuah Thai Pedas siap disediakan.
10. Tuang kuah ke atas ikan.
11. Ikan Siakap Rebus Thai sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zat Hernani
2. ASAM REBUS IKAN BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan (gelama, pelaling, kembung , selar, ikan lidah dan kunyit)Segenggam lada kering3 biji bawang merah3 ulas bawanh putih1 inci halia 1 inci kunyit hidup1 biji nenas potong ikut sukaSedikit air asam jawaGaramGulaSerbuk perasa.CARA MEMASAK:
Kisar halus lada kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Masuk bahan kisar dalam periuk. Masukkn air asam jawa bersama air kosong untuj kuah. Biarkan sehingga mendidihNasukkn nenas dan ikan. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.Tunggu sehingga ikan masak dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.INFO:
Rasa mesti masam, manis dan pedas.Boleh gantikan cili kering dengan cili merah atau cili padi.Kredit resipi & foto: Cahaya Pesona
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300gm daging2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk2.5 sm lengkuas/ ditumbuk5 ulas bawang putih/ dihiris nipis1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus4 keping asam gelugorAir secukupnyaGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.Perasakan dengan garam dan gula.Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.4. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung – bersihkanAir secukupnyaBAHAN UNTUK AIR ASAM:
30gm cili padi10gm cili besar merah20gm perahan limau kasturi100ml air asam jawa1 biji buah tomato – potong dadu1 biji bawang besar – potong dadu5gm garam5gm serbuk perasa (pilihan)CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.5. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos2 sudu makan tempoyak2 batang serai | titik5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja1 kuntum bunga kantan | jika suka1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masamGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
15 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.6. SUP TELUR ITIK BERSAMA FUCUK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur itik1 keping fucuk | rendamSedikit suhun | rendamSedikit hirisan sawiSedikit hirisan lobak merah2-3 keping cendawan hitam3 ulas bawang putih | titik4 ulas bawang merah | titik3 hirisan halia muda4-5 biji cili padi | titik1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh perencah sup sayur1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.Setelah mendidih, kecilkkan api masukkan telur satu persatu.Setelah telur mula mengeras, masukkan lobak merah, cendawan, fucuk, suhun, cendawan dan sawi.Kemudian perasakan dengan perencah sup sayur, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.Akhir sekali tutup api, dan sup sedia dihidangkan.7. SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan4 batang jejari ketam | siat memanjang1/2 sudu makan serbuk sup sayur1 sudu teh serbuk perasa ayam1 sudu teh serbuk lada sulah3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | titik2 hirisan halia mudaGaram dan gula secukup rasa3 cawan air1 sudu makan hirisan daun bawang1 sudu makan hirisan daun ketumbarSedikit hirisan batang seleriCARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Setelah cukup rasa. Tutup api.Sementara itu isikan air dalam kuali non-stick. Renehkan.Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup. Lakukan hingga telur habis telur.Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.Sup telur sedia dihidangkan.8. KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam – bersihkan500gm isi ayam2 biji telur2 ulas bawang putih2 ulas bawang merah1 sudu sos tomato1 biji cili bengala merah1 biji cili benggala hijauDaun sup dan daun bawang secukupnyaLada sulah secukupnyaGaram dan bahan perasa secukupnyaAir secukupnyaCARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.Angkat dan sedia dihidang.9. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dipotong dua3 biji cili merah | dikisar15 biji cili padi | dikisar6 biji bawang merah | dikisar5 cm kunyit | dikisar3 helai daun kunyit | disiat4 keping asam gelugur3 batang serai | diketuk6 cawan airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.Angkat dan hidangkan.10. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi100 gm isi udang2 sudu makan tempoyak6 pucuk daun kesum1 keping asam gelugorGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaBAHAN KISAR:
10 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.11.CILANTRO LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil4 sudu makan minyak zaitun1 sudu makan empingan cili2 biji limau nipis | ambil jus sahaja1 biji tomato | hiris1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus4 ulas bawang putih | titikSedikit serbuk lada hitamSedikit garamCARA MEMASAK:
1.Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata.
2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
3. Panaskan kukusan sehingga keluar wap.
4. Ambil aluminium foil dan masukkan ayam yang diperap tadi. Bungkus dengan kemas.
5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
6. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Angkat dan hidangkan.
12. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos2 sudu makan sos cili Thai1 sudu makan sos cili1 sudu makan sos plum1/2 sudu makan minyak masak1 biji bawang besar – cincang2 ulas bawang putih – cincang2cm halia muda – hiris halus2 biji cili merah – cincang halusGaram secukup rasaBAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih – kisar kasar1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar1 biji telurSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan daun ketumbar1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.Panaskan pengukus.Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.Sementara itu sediakan sos.Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.Sotong sedia dihidangkan.13. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang1 biji air kelapa1 kiub stok ayam100gm isi kelapa | dihiris nipis2 biji cili padi merah | dihiris nipisDaun bawang untuk hiasanGaram dan serbuk lada sulah secukup rasaCARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.14. TENGGIRI KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ikan tenggiri1 1/2 inci halia | potong tipis1 biji tomato | potong baji3 ulas bawang putih | dihiris nipis1/2 batang lobak merah | dihiris nipis3 ulas bawang merah | dihiris nipis1 sudu teh serbuk lada hitam serbukGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan serbuk lada hitam dan garam. Perap seketika.
2. Letakkan ikan di dalam bekas tahan panas dan tabur halia, tomato, bawang putih, lobak merah dan bawang merah.
3. Masukkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 10-12 minit atau sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.
15. BAWAL EMAS KUKUS KURMA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal emas | dipotong dua1 cm halia | dihiris3 ulas bawang putih | dihiris2 ulas bawang merah | dihiris1 biji tomato | dipotong bajiSedikit lobak merah | dihiris3 biji buah kurma | dibuang biji dan dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
3. Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
16. SIAKAP STIM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap2.5cm halia3 ulas bawang putih | ditumbuk3 batang serai | ditumbuk5 ulas bawang merah | ditumbuk½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk5 sudu makan sos tiram2 biji limau nipis diperah air2 biji cili merah | dihiris1 biji buah tomato | dipotong dadu1 tangkai daun supGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit.
2 Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram.
3 Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.
17. SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung | dikukus dan ambil isinya400gm kelapa parut6 ulas bawang merah | dikisar2 cm halia | dikisar1/2 sudu makan ladan hitam | dikisar100ml santan pekat1 biji telur10 biji cili | dihiris tengahnya dan dibuang bijinyaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
1.Gaul isi ikan bersama dengan kelapa parut, santan, lada hitam, halia, bawang merah dan telur.
2.Kemudian perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3.Sumbatkan bahan ini ke dalam cili yang telah dihiris tengahnya dan dibuang bijinya.
4.Susun di dalam periuk dan kukus hingga masak. Hidangkan.
18. SZECHUAN MAPO TOFU POT
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu Jepun100gm isi ayam cincang10gm Hong Kong Starch10gm cili benggala hijau10gm cili benggala kuning10gm cili benggala merah50gm pes cili30gm cuka50gm gula10gm serbuk ikan20gm kanji kentang Hong Kong10gm pes cili10gm sos tiram5gm kicapCARA MEMASAK:
1.Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair.
2.Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4.Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi.
5.Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah.
7.Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan cendawan hitam dan cendawan Bai Ling.
19. HORMHOK
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ikan tenggiri1 sudu makan pes kari merah150gm santan2 sudu teh sos ikan1 sudu teh gula1 biji telur3 helai daun limau purut | dihiris nipis50gm kubis bulat | hiris halus15 helai daun selasih Thai1 biji cili merahDaun pisang untuk membuat mangkukCARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan ke dalam bekas. Kacau rata.
2. Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di dasar mangkuk daun pisang.
3. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga memnuhi 3/4 mangkuk.
4. Kukus selama 10-15 minit.
5. Sebelum dihidangkan, letak sedikit baki santan dipermukaan Hormhok dan hiaskan dengan daun limau purut dan cili merah diatasnya.
20.PAK CHOI SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
4 pokok sayur pak choi5 sudu makan sos tiram3 ulas bawang putih | dihiris1cm halia | dicincangSerbuk perasa dan gula secukupnyaSedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit airAir secukupnya | untuk mencelurMinyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan.
3. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
4. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika.
5. Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Goreng Seafood Sotong Sedap Untuk Makan Malam
Cheesy Wedges Homemade Paling Jimat. Sekali Buat Dapat Banyak
Resipi Creamy Crab Croquette Paling Sedap. Patutlah Viral
Patutlah Anak Suka. Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/06/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena.html