20 Petua Melayu Untuk Kesihatan Yang Terbukti Berkesan


1. MENURUNKAN BERAT BADANJika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. 
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 20 petua Melayu lama yang kian hilang ditelan zaman


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECILPerahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAMCara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.
4. UBATI SAKIT DADAAmbil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.
5. HILANGKAN URAT DI KAKIBagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
6. RASA GARAM DALAM MASAKANUntuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.
7. SIMPAN KELAPA PARUTMasukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
8. MENGHILANGKAN KEDUTWanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
9. PENYERI MUKA Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
10. GARAM UBATI SAKIT GIGISakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
11. MULUT BERBAUMulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi. 
12. IKAN KERING TIDAK BERULATBenda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.
13. TUMIT KAKI TIDAK PECAHBagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUKJika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.
15. HILANGKAN DARAH TINGGIJika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
16. KHASIAT DAUN JAMBU BATUKalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.
17. CARA CUCI BARANGAN PERAKCampurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.
18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIANBiasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.
19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.Sumber : Koleksi Petua Melayu

Via : Kiambang Merah /TERBAKOR

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://tipsremaja1.blogspot.com/2015/12/20-petua-melayu-lama-yang-kian-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Petua Dan Pantang Melayu Sarawak

Kenali Petua Dan Pantang Melayu Sarawak

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 323 hits
Komuniti Melayu Sarawak merupakan antara komuniti etnik di Sarawak Bumi Kenyalang dan seperti masyarakat etnik yang lain masyarakat Melayu Sarawak juga mempunyai beberapa kepercayaan serta amalan yang diperwariskan dari satu generasi ke gen...
Kolum Melayu Yang Bermaruah Merdeka

Kolum Melayu Yang Bermaruah Merdeka

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comKOLUM Setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan orang Melayu akan disibuk dengan laungan merdeka Penayangan filem Mat Kilau menjelang demam hari merdeka adalah kesibukan yang terancang dan cerita yang menghiburkan Sama...
Menulis Bahasa Melayu Menggunakan Tatabahasa Dan Ejaan Yang Betul Dengan Dewaneja11

Menulis Bahasa Melayu Menggunakan Tatabahasa Dan Ejaan Yang Betul Dengan Dewaneja11

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 273 hits
Assalamualaikum wbtBahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di negara kita Namun begitu penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tepat berdasarkan tatabahasa ejaan yang betul amat kurang digunakan oleh rakyat negara ini Walaupun majoriti pen...
Ini Rupanya Punca Tanah Rizab Melayu Berkurangan

Ini Rupanya Punca Tanah Rizab Melayu Berkurangan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 304 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad senaraikan kira kira 5 sebab mengapa tanah rizab Melayu semakin menyusut Anda setuju dengan pandangan Tun Dengarkan jawapan beliau dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY dengan tajuk Mengapa Melayu jual tanah anjura...
Hari Peradaban Melayu Bukan Mahu Lawan Bon Odori Penganjur

Hari Peradaban Melayu Bukan Mahu Lawan Bon Odori Penganjur

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 230 hits
malaysiakini comPenganjuran Hari Peradaban Melayu pada 30 Julai bukanlah dibuat kerana sambutan luar biasa yang diberi terhadap festival Bon Odori baru baru ini Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya menegaskan acara itu telah ...
Melayu Palsu

Melayu Palsu

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 147 hits
Saya didatangi seorang siswa yang bertanya apakah benar Sultan Mansur Syah dari Kesultanan Melayu Melaka pernah mengahwini seorang puteri milik Sultan Muhammad al Fatih dari kerajaan Uthmaniyyah di Konstantinopel Pertanyaan itu membuatkan s...
Ekonomi Melayu Makin Kiamat Hasil Cukai Kerajaan Akan Berterbangan Macam Buih Buih Teh Tarik

Ekonomi Melayu Makin Kiamat Hasil Cukai Kerajaan Akan Berterbangan Macam Buih Buih Teh Tarik

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 369 hits
Kerajaan tangguh atau tidak teruskan projek belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam Menteri Tokpa kata arahan dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam Saya sudah m...
Melayu Hamba Di Negara Sendiri

Melayu Hamba Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 272 hits
Perangai orang Melayu sendiri lah yang menyebabkan mereka menjadi hamba di negara sendiri semenjak dari 1 000 tahun dulu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities