Hari Peradaban Melayu Bukan Mahu Lawan Bon Odori Penganjur


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Jul 22, 2022 
Penganjuran Hari Peradaban Melayu pada 30 Julai bukanlah dibuat kerana sambutan luar biasa yang diberi terhadap festival Bon Odori baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya menegaskan acara itu telah lama dirancang bagi mengingati dan menaikkan semula budaya orang Melayu yang kian dilupakan.

“Cuma, kebetulan penganjuran Bon Odori lebih awal daripada kita. Itu saja.

"Hari Peradaban Melayu ini juga sebenarnya bukanlah perhimpunan tetapi lebih kepada festival dan kita boleh katakan macam festival Jom Heboh lebih kurang.

"Macam Bon Odori juga dan dia bukan himpunan, bukan nak tunjuk perasaan. Tetapi ini untuk kita kata mengingati dan menaikkan semula budaya-budaya orang Melayu, seperti seni silat, budaya main gasing, budaya puisi, sajak.

"Itu saja dan dalam masa yang sama kita membantu juga ekonomi mereka yang jual busana, tanjak dan keris," katanya kepada Malaysiakini.

Pembela kelmarin mengumumkan acara itu dan Aminuddin sendiri mengaku terkedu dengan sambutan puluhan ribu orang terhadap Bon Odori, walaupun terdapat bantahan golongan agama.

PAS, mufti Perlis Asri Zainul Abidin dan menteri undang-undang Idris Ahmad antara pihak yang tidak senang dengan acara itu.

Bagaimanapun Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah bersikap positif dan melibatnaya sebagai program sosial saja.

Sementara itu, Aminuddin berkata Hari Perabadan Melayu itu adalah gabungan antara program budaya daan agama.

Tarikan utamanya, kata Aminuddin adalah pameran sejarah Islam yang akan mengetengahkan artifak yang tidak pernah dilihat, gambar-gambar istana dahulu dan tinggalan sejarah lama.

"Sebagai contoh, kita orang Melayu adalah pelayar yang hebat dan kapal layar orang Melayu lebih besar dan lebih canggih daripada kapal layar Barat.

“Itu orang tak tahu, bagaimana pelombong-pelombong bijih Melayu yang merupakan pelombong terkemuka sebelum datangnya pelombong dari China," katanya.

Bawa pelakon Mat Kilau

Aminuddin berkata persembahan seni persilatan juga akan menjadi tarikan pada festival berkenaan dan turut akan melibatkan penerbit serta barisan pelakon filem Mat Kilau.

"Kita juga ada persembahan tarian tetapi bukanlah persembahan tarian tak tentu pasal ini, tetapi tarian Melayu,” katanya.

Menurut Aminuddin lagi, penganjur juga akan menjemput barisan ulama pada hari tersebut.

"Mungkin ada alunan zikir dan sebagainya, sebagai kombinasi kepada pertunjukkan silat, acara sajak dan rerurai jualan," katanya.

Aminuddin berpandangan festival tersebut akan dapat menarik pelancong.

Aminuddin tidak mahu meletakkan anggaran kehadiran tepat tetapi menjemput seramai mungkin dan sesiapa sahaja untuk turut serta.

Setakat ini, katanya, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur secara umumnya bersetuju, cuma beberapa masalah teknikal saja yang sedang dibincangkan.

Bukan rasis

Bagaimanapun, Aminuddin menegaskan apa pun masalah yang dihadapi penganjur, festival terbabit tetap akan dijayakan.

"Sekarang ini, untuk makluman kita dapat pelbagai panggilan yang mahu bersama kita daripada seluruh negara, baik persatuan silat, NGO.

“Dan kami mendapat sokongan banyak pihak, nak pula masing-masing dah tengok filem Mat Kilau, jadi semangat dia berkobar-kobar.

"Tapi kita bukan rasis cumanya sekarang ini mana ada satu perayaan orang Melayu untuk mengangkat orang Melayu, kalau ada pun berpecah-pecah.

“Jadi, janganlah nampak ia satu yang negatif,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/hari-peradaban-melayu-bukan-mahu-lawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shocked By Bon Odori Group Calls For Malay Civilisation Day

Shocked By Bon Odori Group Calls For Malay Civilisation Day

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 379 hits
The Islam Defenders Associations has announced plans to commemorate July 30 as Malay Civilisation Day This comes after the NGO expressed its disappointment in seeing Muslims celebrating the Bon Odori Festival an annual cultural festival ori...
A Month After Controversy Bon Odori Shines Without A Hitch

A Month After Controversy Bon Odori Shines Without A Hitch

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 207 hits
Estimates suggest up to 35 000 visitors attended the Bon Odori Festival in Shah Alam today SHAH ALAM Some 35 000 visitors thronged the Japanese Bon Odori festival here this evening a month after it came under scrutiny following a minister s...
Malay Civilisation Day Not Meant To Rival Bon Odori

Malay Civilisation Day Not Meant To Rival Bon Odori

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 240 hits
The Malay Civilisation Day planned for July 30 was not a response to the Bon Odori events held recently Islam Defenders Associations chairperson Aminuddin Yahaya said the Malay Civilisation Day was planned long before and its goal was to re...
Mat Kilau Catat Rekod Pecah Panggung Rm53 Juta Dalam 13 Hari

Mat Kilau Catat Rekod Pecah Panggung Rm53 Juta Dalam 13 Hari

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 307 hits
Hai pembaca kesayangan Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof meletop meletop sehingga mencatat rekod pecah panggung Filem berdurasi 117 minit ini mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 dengan kos pembikinan sebanyak RM8 juta dan mencapai kutipan ...
Laaaa Awat Tak Mau Guna Logo Parti Sendiri 5 Hari Saja Pas Perintah Semua Selesai Keh Keh Kencin

Laaaa Awat Tak Mau Guna Logo Parti Sendiri 5 Hari Saja Pas Perintah Semua Selesai Keh Keh Kencin

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 189 hits
Pas pertimbang guna logo baharu untuk berdepan PRU15Astro AwaniJulai 8 2022 Abdul Hadi menjelaskan isu pengunaan logo dalam pilihan raya umum akan datang masih lagi dalam perbincangan Gambar failKUALA LUMPUR Pas sedang mempertimbangkan untu...
Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah

Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 319 hits
1 Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2 Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami 3 Ya Allah Kurniakanlah p...
Waktu Wukuf 2022 Doa Hari Arafah

Waktu Wukuf 2022 Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 668 hits
DOA AFDHAL WAKTU WUKUF DI ARAFAH 2022 Nabi bersabda Maksud Sebaik baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah Doa waktu wukuf di Arafah adalah waktu berdoa yang paling mustajab da...
Memahami Lebih Dalam Takbir Mutlak Dan Muqayyad Pada Hari Raya

Memahami Lebih Dalam Takbir Mutlak Dan Muqayyad Pada Hari Raya

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 411 hits
Bagaimana cara takbir mutlak dan muqayyad pada hari raya Tulisan ini mudah mudahan bisa menjawabnya
Culture Of Entrepreneurial Mindset

The Art Of Baking Unleashing Your Creativity And Mastering The Science Of Perfectly Baked Treats

Kembalikan Pelangiku

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi

Antara Dua Alam Yang Berbeza Permandangan Unik Di Brazil

Malaysian Bar Cautions Against Oversight Body For Judiciary

Fitnah Di Bulan Ramadan Serendah Rendah Akhlak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reel Legends Become A Slot Champion At 389sports

Sambal Ikan Bilis Dengan Terung Pipit Dan Petai

Berbuka Puasa Di Halal Academy 2025

Doa Bila Hujan Tak Kunjung Berhenti

Mudah Dan Sedap Bila Guna Produk Cap Bunga Rose

Memperkukuh Kesejahteraan Komuniti Inisiatif Ramadan Lifebuoy Tahun Ke 3 Berturut Turut Untuk Keluarga B40