Kolum Melayu Yang Bermaruah Merdeka


malaysiakini.com
Muhaimin Sulam
Diterbitkan: Jul 22, 2022 8:00 AM

KOLUM | Setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan, orang Melayu akan disibuk dengan laungan merdeka. Penayangan filem ‘Mat Kilau’ menjelang 'demam' hari merdeka adalah kesibukan yang terancang dan cerita yang menghiburkan.

Sama juga dengan penayangan filem lain seperti Sarjan Hasan, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan seumpamanya.

Pada detik-detik begitulah berlakunya proses dendangan wira palsu yang menenggelamkan wira sebenar dalam sejarah. Atau detik wira palsu yang tumpang semangkok pada legasi wira sebenar. Lalu naratif sejarah banyak dibaluti dogma dan sentimen emosi yang membakar api permusuhan.

Untuk lebih kelihatan beragama, laungan merdeka disertai takbir yang diselang-seli dengan laungan merdeka. Dulu pun, sebelum Tunku Abdul Rahman melaungan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957, ia terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan doa.

Mengikut sejarah, orang terawal melaungkan merdeka sebagai slogan perjuangan ialah Ahmad Boestamam yang memimpin Angkatan Pemuda Insaf (API). Dia mendapat inspirasi daripada semangat kemerdekaan di Indonesia.

Sebelum Ahmad Boestamam melaungkan slogan keramat itu ada catatan awal mengenainya dikesan namun istilah tersebut masih berada dalam ruang lingkup yang sempit.

Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdulah (yang diterbitkan pada 1848) ada menyebut istilah ‘merdeka’ dengan ejaan merdeheka.

Mahu elak Inggeris terasa

Merdeka juga disebutkan dengan beberapa cara dalam karya-karya Melayu klasik. Ada yang menyebutnya sebagai merdeheka, merdeka dan merdehika.

Dalam tulisan Ketua Wanita Umno yang pertama, Khatijah Sidek, pada peringkat awal perjuangan kemerdekaan, ramai (dia merujuk dalam Umno) takut menyebut istilah tersebut.

Maka oleh sebab itu ungkapan berkenaan dilunakkan dengan menyebut “merde - heka” supaya Inggeris tidak tersentuh rasa sensitifnya.

Ketika itu elit Melayu dalam Umno masih berada di persimpangan antara menjaga kepentingan peribadi dengan kepentingan tanah air.

Mereka hendak merdeka tetapi enggan menentang penjajah secara terang-terangan.

Seperti kebanyakan istilah bahasa Melayu yang berasal daripada penyesuaian bahasa Sanskrit, istilah ‘merdeka’ juga dikatakan datangnya dari sumber yang sama.
Gambar hiasanGuru Sastera saya pernah menyebut dulu, untuk mengenal pasti istilah yang berasal dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu, kebanyakannya berakhir dengan sebutan ‘a’ seperti pahala, dosa, neraka, syurga, beta, negara dan sebagainya.

Namun kebanyakan istilah merdeka merujuk kepada sistem sosial semasa yang mengamalkan perhambaan. Oleh itu, istilah ‘merdeka’ adalah soal status seseorang.

Dalam Sulalatus Salatin hanya mencatatkan sekali saja istilah merdeka. Ini dicatatkan tentang kisah Badang yang dibebaskan daripada status hamba kepada rang yang merdeka.

Maksud yang masih terhad

Begitu juga di dalam Hikayat Amir Hamzah, Taj us-Salatin dan Hikayat Raja-raja Pasai. Tiada sepatah kata merdeka tercatat dalam kitab Hikayat Hang Tuah. Agaknya istilah tersebut pantang kepada orang Melayu.

Tidak seperti istilah ‘derhaka’ yang disebut kerap dalam Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin, Hikayat Pahang dan sebagainya. Ada sebanyak 73 kali kata ‘derhaka’ diulang dalam Hikayat Hang Tuah.

Ia merupakan karya yang paling banyak sekali mencatatkan istilah derhaka. Tentu sekali kerana adanya Hang Jebat yang wujud dalam hikayat tersebut.

Akar kata ‘merdeka’ berasal daripada perkataan ‘derhaka’ yang dari segi bahasanya bermaksud menentang. Evolusi kata itu tidak dapat dikesan. Tetapi jika ada masa, mungkin jejaknya akan dapat dipastikan.

Entah sejak bila istilah ‘merdeka’ digunakan untuk merujuk kepada usaha membebaskan tanah air daripada sebarang cengkaman penjajah.

Seawal yang dapat dikesan adalah dari majalah Imam (1906-1908) yang menggunakan istilah tersebut.

Begitu juga dengan majalah Saudara (1928-1941) dan Majlis (1932-1941).
Bagaimanapun penggunaan istilah merdeka pada masa itu tidak ditujukan dalam aspek politik tetapi lebih merujuk kepada soal ekonomi dan pendidikan.

Umno pula hanya mula menggunakan istilah merdeka secara rasmi dalam ucapan Onn Jaafar semasa persidangan setengah tahun parti itu yang diadakan di Kuala Lumpur pada 29 Mac 1952.

Sebelum itu, Umno menggunakan slogan Hidup Melayu dalam acara-acara yang dianjurkan oleh parti itu.

Teguh berakhlak mulia

Konsep derhaka sangat bertentangan dengan nilai kesetiaan yang wujud dalam masyarakat Melayu. Bahkan orang Melayu lebih menekankan soal kesetiaan serta kestabilan berbanding nilai lain yang lebih bermakna seperti keadilan, kesaksamaan dan integriti.

Bahkan dalam soal-soal kemanusiaan yang paling dasar pun, nilai itu masih jauh untuk digapai. Apatah lagi soal alam sekitar seperti perubahan iklim.

Menuntut kemerdekaan tanah air adalah soal maruah. Juga soal sistem dan nilai diri masyarakat bernegara. Oleh kerana itu, sewaktu awal perjuangan kemerdekaan tanah air, ramai yang tidak faham keperluannya.

Hal itu kerana pada masa tersebut golongan elit Melayu terus berada di atas takhta ketika khazanah tanah air habis dijarah oleh penjajah yang menunggang kelompok berkenaan.

Kita perlu menilai kembali sosok wira Melayu merdeka yang bermaruah khususnya dalam kamus politik masa kini.

Merdeka yang dituntut pada masa ini ialah membebaskan diri daripada belenggu sisa penjajahan yang masih berbekas dalam sistem nilai hidup bernegara.

Wira Melayu yang bermaruah adalah watak yang kuat berpegang pada akhlak mulia seperti digariskan Islam, bukan menjadikan agama sebagai topengan atau tempelan.

Melayu yang merdeka adalah Melayu yang menguasai ilmu, kompeten dan berintegriti. Yang maju ekonominya dan membina jaringan untuk membangunkan anak bangsa yang tertinggal.

Bukan perasuah yang bergantung hidup kepada politik naungan, subsidi dan gelaran kenamaan.

Wira Melayu yang merdeka sentiasa mengambil berat kerukunan keluarga, masyarakat, kaum dan alam sekitar. Juga memiliki nilai rahmah, berhemah dan berhikmah.

Pada akhirnya Melayu yang merdeka memiliki kekuatan memimpin tidak sahaja melalui sistem demokrasi tetapi juga dari segi nilai budaya Islam sendiri.

Wira Melayu bermaruah perlu bangkit menyelamatkan rakyat daripada sifat kebebalan, naif, kesombongan dan rasa berpuak yang melampau.

MUHAIMIN SULAM ialah penulis dan penyelidik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/kolum-melayu-yang-bermaruah-merdeka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 437 hits
KAFE PALMIERRA 28 PORT OOTD MENARIK DENGAN SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYUENAK BERBALOI DAN WAJIB SINGGAH Kali ini AlongMurni ingin kongsikan satu lokasi tempat makan yang menarik dan menu yang wajib dicuba Kafe Palmierra 28 yang terletak di ...
100 Perkataan Bahasa Brunei Beserta Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

100 Perkataan Bahasa Brunei Beserta Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 631 hits
Bahasa Brunei ada persamaan sedikit dengan dialek Sabah dan Sarawak Perlu diingatkan juga ada perkataan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan Seperti di Malaysia Brunei juga mempunyai banyak dialek contohnya Bahasa Iban Bahasa Murut ...
Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 451 hits
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Dengan kemajuan teknologi untuk mengalih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukanlah perkara yang sukar Segalanya boleh dilakukan secara online tidak seperti dahulu di mana anda perlu menyemak kamu...
Qrtiger Penjana Kod Qr Paling Maju Dengan Logo Tersedia Dalam Bahasa Melayu

Qrtiger Penjana Kod Qr Paling Maju Dengan Logo Tersedia Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 259 hits
QRTIGER salah satu penjana kod QR terkemuka di AS yang dipercayai oleh jenama seperti TikTok Lululemon Sodexo Pepsico L occitane Samsung Disney Universal Studios Hilton Hotels dan banyak lagi mengumumkan pada bulan Mei bahawa ia kini boleh ...
Wow Ada Tarian Singa Pengantin Melayu Buat Majlis Tema Tradisional Cina Buat Netizen Tertarik

Wow Ada Tarian Singa Pengantin Melayu Buat Majlis Tema Tradisional Cina Buat Netizen Tertarik

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 508 hits
Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang amat dinantikan nantikan buat pasangan pengantin kerana di situlah mereka dapat merealisasikan majlis idaman yang sudah diidamkan buat sekian lama Seperti pasangan pengantin Melayu yang berasal ...
Kota Palembang Siap Laksanakan Kurikulum Merdeka Secara Mandiri

Kota Palembang Siap Laksanakan Kurikulum Merdeka Secara Mandiri

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 183 hits
Wali Kota Palembang yang diwakili oleh Sekretaris Daerah menyatakan dukungannya terhadap implementasi Kurikulum Merdeka
Are Malay Muslim Governments Since Merdeka Until Today Damaging Malays Malaysia By Permadu Malaysia

Are Malay Muslim Governments Since Merdeka Until Today Damaging Malays Malaysia By Permadu Malaysia

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 257 hits
RAKYAT BENGANG Why According to this gentleman an Indian Malaysia will not collapse because this country has Chinese and Indians who are very clever in developing the country He emphasizes repeatedly the importance of Malaysian Chinese busi...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti