20 Kanak Kanak Termasuk Bayi 15 Hari Diselamatkan Jkm


20 Kanak-Kanak Termasuk Bayi 15 Hari Diselamatkan JKM
GEORGE TOWN, 28 Julai (Bernama) — Sebanyak 20 kanak-kanak termasuk seorang bayi perempuan berusia 15 hari diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam Op Abai yang dijalankan serentak di dua premis di Bukit Mertajam pada 21 Julai lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Lim Siew Khim berkata operasi khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu telah menyelamatkan 10 kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan dari sebuah gudang di kawasan kilang dan sebuah rumah yang dijadikan pusat pembelajaran tidak berdaftar.
“Kanak-kanak diselamatkan ini berusia antara 15 hari hingga 16 tahun dan ketika operasi, bayi terbabit ditemui bersama ibu kandungnya. Hasil pemeriksaan terhadap 12 daripadanya termasuk bayi didapati tiada dokumen sijil kelahiran, enam mempunyai dokumen pengenalan sah manakala dua lagi telah diserahkan kepada penjaga terdekat.
“Berdasarkan siasatan awal, sebahagian daripada kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga sah dan dipercayai tidak menerima keperluan asas mencukupi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selamat, justeru mereka dikategorikan sebagai Kanak-kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JKM negeri Rozita Ibrahim.
Lim berkata operasi berkenaan dilakukan hasil pemantauan dan risikan oleh pihak JKM selama beberapa bulan selepas menerima aduan orang awam pada penghujung tahun lepas yang melihat kehadiran kanak-kanak keluar masuk dari premis terbabit di kawasan itu.
Beliau yang turut menyertai operasi itu berkata ketika tiba, keadaan persekitaran premis terbabit didapati amat kotor dan tidak terurus serta tidak sesuai untuk didiami oleh kanak-kanak. Katanya, dalam operasi itu, lima dewasa dipercayai penjaga kanak-kanak turut berada di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Kanak-kanak ini mempunyai pelbagai kewarganegaraan dan sebahagiannya dipercayai rakyat tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri manakala yang lain belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Mereka kini telah ditempatkan di institusi yang diwartakan sebagai ‘Tempat Selamat’ oleh kerajaan dan menerima Perintah Jagaan Sementara daripada Mahkamah Bukit Mertajam. Pegawai kebajikan turut membawa mereka ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan kesihatan dan penilaian lanjut,” katanya.
Lim berkata susulan itu, satu Pasukan Petugas Khas (Task Force) ditubuhkan JKM bagi menyelaras isu dokumentasi serta menjalankan siasatan menyeluruh terhadap latar belakang setiap kanak-kanak dan dilaksanakan secara berfasa dengan sokongan rakan strategik daripada pelbagai agensi.
Beliau menegaskan operasi itu dilaksanakan demi menjaga kepentingan kanak-kanak terbabit dan kerajaan negeri komited memastikan keselamatan serta hak semua kanak-kanak terus terpelihara dan dihormati.
“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Justeru, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan dan gangguan terhadap siasatan,” katanya.
BACA: 10,000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm – Amirudin
Sumber: BERNAMA
The post 20 Kanak-Kanak Termasuk Bayi 15 Hari Diselamatkan JKM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/28/20-kanak-kanak-termasuk-bayi-15-hari-diselamatkan-jkm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 205 hits
Bayangkan seorang bayi perempuan yang baru 15 hari dilahirkan sudah pun terpaksa melalui hidup tanpa penjagaan dan kasih sayang yang sewajarnya Menurut lebih memilukan dia bukan satu satunya Seramai 20 orang kanak kanak termasuk bayi terseb...
Doakan Helena Bayi Ain Farhana Masih Derita Jaundis Meski Sudah 13 Hari Dilahirkan

Doakan Helena Bayi Ain Farhana Masih Derita Jaundis Meski Sudah 13 Hari Dilahirkan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 214 hits
Kelahiran si kecil Helena Attiya menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia apabila ibunya Allahyarhamah Ain Farhana Mohd Fadzli pergi menghadap Ilahi selepas melahirkannya dalam keadaan syahid Kini selepas 13 hari pemergian ibu tercinta Helena...
Dakwa Anak Hilang Ketika Beli Makanan Lelaki Direman 7 Hari

Dakwa Anak Hilang Ketika Beli Makanan Lelaki Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 223 hits
Dakwa anak hilang ketika beli makanan lelaki direman 7 hari Laporan BH Online semalam ISKANDAR PUTERI Bapa yang membuat laporan anaknya hilang ketika ditinggalkan sebentar dalam kereta untuk membeli makanan minggu lalu kini direman tujuh ha...
Kerja Pemulihan Projek Residensi Hektar Gombak Bermula Hari Ini Dijangka Siap 2027 Nga

Kerja Pemulihan Projek Residensi Hektar Gombak Bermula Hari Ini Dijangka Siap 2027 Nga

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 146 hits
Kerja Pemulihan Projek Residensi Hektar Gombak Bermula Hari Ini Dijangka Siap 2027 Nga KUALA LUMPUR 30 Julai Kerja pemulihan Projek Residensi Hektar Gombak bermula hari ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027 kata Menteri Perumahan dan K...
Tengah Sarat Mengandungkan Urhan Masih Sakan Mengacara Setelah 9 Tahun Uyaina Pilih Tinggalkan Wanita Hari Ini

Tengah Sarat Mengandungkan Urhan Masih Sakan Mengacara Setelah 9 Tahun Uyaina Pilih Tinggalkan Wanita Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 242 hits
Saya yang memilih untuk pergi Tak ada sengketa tak ada salah faham Itulah antara luahan penuh makna daripada Uyaina Arshad yang akhirnya mengumumkan keputusan untuk menamatkan peranannya sebagai pengacara program Wanita Hari Ini selepas sem...
Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 516 hits
Tema Rasmi Hari Kebangsaan 2025Setiap tahun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia diraikan dengan semangat patriotik yang tinggi Untuk tahun 2025 tema rasmi yang dipilih oleh kerajaan Malaysia ialah Malaysia MADANI Rakyat Disantuni Tem...
Hari Pahlawan Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Tembakan Meriam

Hari Pahlawan Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Tembakan Meriam

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 171 hits
Hari Pahlawan Penduduk Putrajaya Diminta Tidak Panik Bunyi Tembakan Meriam PUTRAJAYA 28 Julai Orang ramai diingatkan supaya tidak bimbang dengan bunyi tembakan meriam dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan gangguan trafik semp...
Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 224 hits
BANGKOK Konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja kini memasuki hari ketiga dengan angka korban terus meningkat kepada 33 orang menjadikannya antara pertempuran paling berdarah dalam tempoh lebih 10 tahun Kementerian Pertahanan Kemboja...
Polis Nafi Budak Perempuan Diculik Di Kuala Berang

Flash Floods Devastate Bali And Flores Killing At Least 13

Mic S Awtar Singh Apologises To Mcmc Chief Over Baseless Claims

Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

Zuraida Says She Told Off Anwar For Picking Farhash As Political Aide

Finger Sandwich Egg Mayo

Kopi Atau Matcha Minuman Trend Viral Dan Simbol Personaliti Anak Muda

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Holiday Inn Resort Ao Nang Beach Destinasi Penginapan Ideal Di Krabi Update Secara Pukal

Infinix Gt 30 Dilancarkan Di Malaysia

Kawan Munafik Senyum Di Depan Tikam Di Belakang

Kamarul Lily Makhluk Hijau Yang Datang Menakluki Bumi

Resepi Lala Tumis Mudah Dan Sedap

Pembedahan Mengambil Sample Di Dinding Rahim