Dakwa Anak Hilang Ketika Beli Makanan Lelaki Direman 7 Hari


Dakwa anak hilang ketika beli makanan, lelaki direman 7 hari Laporan BH Online semalam. ISKANDAR PUTERI: Bapa yang membuat laporan anaknya hilang ketika ditinggalkan sebentar dalam kereta untuk membeli makanan minggu lalu, kini direman tujuh hari selepas polis menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuatkan laporan mengenai kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira jam 2.15 pagi, Khamis lalu.
“Dalam laporan dibuat bapa terbabit, dia mendakwa anaknya yang juga anak tunggal itu hilang sekitar jam 6 petang, Rabu lalu.
“Dia mendakwa mangsa hilang ketika ditinggalkan seorang diri di dalam kereta yang diparkir di kawasan berkenaan untuk membeli makanan.
“Lelaki terbabit kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tempoh tujuh hari sejak Jumaat lalu sehingga 31 Julai atau lusa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

Malam tadi, Polis Negeri Sembilan dilaporkan menemui mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, di sini pada 24 Julai lalu, ditanam di kawasan Rompin, Jempol, petang semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui susulan penahanan suspek lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa kanak-kanak malang itu oleh Polis Johor.
“Polis Jempol menerima maklumat penemuan mayat di kawasan Rompin kira-kira 4.30 petang semalam,” katanya.
Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Tishant Munisammy, warga tempatan dan berusia enam tahun, dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 110 sentimeter dan berat 19 kilogram, berkulit hitam manis serta berhidung mancung dengan lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada ialah di Kopitiam Tiong Nam, Bukit Indah.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Game Over Kepada Ahmad Terrirudin Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR Ayuh Malaysia, Kita Merajuk Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Mengulas lanjut, Kumarasan berkata siasatan lanjut terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Rompin, Negeri Sembilan pada Isnin.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing ke atasnya juga negatif dadah.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, Polis Daerah Iskandar Puteri akan meneruskan siasatan dari aspek laporan palsu oleh suspek berhubung kehilangan anaknya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Dakwa anak hilang ketika beli makanan, lelaki direman 7 hari  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien? LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

The post Dakwa anak hilang ketika beli makanan, lelaki direman 7 hari appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/07/29/dakwa-anak-hilang-ketika-beli-makanan-lelaki-direman-7-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 238 hits
SHAH ALAM Pengasas program motivasi eHATI bersama suami dan anak perempuannya direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi yang disyaki bersifat songsang dan menyimpang Turut direman dalam tempoh sa...
Mua Bellaz Raikan Hari Lahir Anak Anak Secara Sederhana Curi Perhatian Warganet

Mua Bellaz Raikan Hari Lahir Anak Anak Secara Sederhana Curi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 237 hits
Jurusolek terkenal MUA Bellaz baru baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat dua anaknya Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa Majlis itu diadakan secara sederhana dan mendapat perhatian ramai apabila perkongsian mengenainya tular ...
Suspek Tikam Polis Di Jalan Yew Disyaki Bawah Pengaruh Dadah Direman 7 Hari

Suspek Tikam Polis Di Jalan Yew Disyaki Bawah Pengaruh Dadah Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 248 hits
Suspek tikam polis di Jalan Yew disyaki bawah pengaruh dadah direman 7 hari Berita disiarkan BH Online semalam KUALA LUMPUR Lelaki yang menikam seorang anggota polis dalam kejadian di Pasar Pudu Jalan Yew di sini semalam dipercayai bertinda...
Ibu Pelajar Unipsas Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana

Ibu Pelajar Unipsas Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 266 hits
KUANTAN Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap Sebagai ibu saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin kata Norizan Mat 48 ibu kepada Muhammad Firdaus Mohammad Zamri 22 yang maut kemalangan di persimpangan lampu isyarat di J...
The Sky Race Merdeka 118 Peluang Eksklusif Daki 2 845 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan

The Sky Race Merdeka 118 Peluang Eksklusif Daki 2 845 Anak Tangga Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 252 hits
Acara mendaki menara paling berprestij di Malaysia kini menjadi kenyataan Fresh Events Asia dengan kerjasama Persatuan Larian Tangga Malaysia secara rasmi mengumumkan penganjuran The Sky Race yang pertama seumpamanya di Merdeka 118 yang bak...
Pesara Kakitangan Pbt Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Terima Rasuah Rm70 000

Pesara Kakitangan Pbt Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kes Terima Rasuah Rm70 000

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 274 hits
Pesara kakitangan PBT direman 7 hari bantu siasatan kes terima rasuah RM70 000 Seorang pesara antara dua yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah RM70 000 sejak tiga tahun lalu NSTP A...
Kesan Lebam Belakang Badan Zara Ketika Jenazah Dimandikan Ibu Buat Laporan Polis Baharu Hari Ini

Kesan Lebam Belakang Badan Zara Ketika Jenazah Dimandikan Ibu Buat Laporan Polis Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 257 hits
Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan ibu buat laporan polis baharu hari ini Laporan polis dibuat Noraidah selepas teringat semula kesan lebam pada belakang badan Zara yang dilihatnya ketika memandikan jenazah di Hospita...
Anak Keluar Rumah Ketika Ayah Tidur Duduk Tepi Jalan Bersama Adik

Anak Keluar Rumah Ketika Ayah Tidur Duduk Tepi Jalan Bersama Adik

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 334 hits
Video tular seorang kanak kanak perempuan duduk di tepi jalan bersama adiknya sambil memegang botol susu mengundang pelbagai reaksi netizen Tapi siapa sangka rupanya mereka keluar rumah sendiri ketika si ayah sedang tidur Menurut kenyataan ...
Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 311 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya Qadejah El Zahra berjaya memujuk untuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan ...
Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says

Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kampung Sungai Baru Committee Chairman Claims Umbilical Cord Was Buried There Netizens Demand Prove Among Other Things

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Mana Sebutan Adidas Terhasil

Kisah Cinta Indah Antara Zulaikha Dan Nabi Yusuf As

Ayam Goreng Abah

Beli Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe By Grab Food Delivery

Soul Monologue Silent Time

11 Rekomendasi Tempat Wisata Di Taipei Yang Wajib Dikunjungi Turis