2 Teknik Utama Jaga Hubungan Dengan Allah Swt Agar Hidup Lebih Tenang Aman Tenteram
Kita jaga hubungan dengan Allah swt maka Allah swt akan memelihara kita dengan sebaiknya menjadikan hidup lebih tenang dan serba cukup.
Terlalu banyak cara menjaga hubungan dengan Allah swt iaitulah dengan beribadah. Namun sebagai manusia kita punya kudrat yang amat terbatas diselangi dengan urusan dunia yang tak pernah habis dan kemudian dengan kehendak nafsu manusia yang tak pernah putus menjadikan kita lemas dalam kehidupan sendiri.
Jadi untuk korang fokus untuk jaga hubungan dengan Allah swt itu kita narrow down kepada dua cara yang sangat asas.
Semua orang pun tahu cuma kadang tidak buat. Semua orang mahu hidup tenang doa makbul keluarga mewah tapi dua perkara ini ramai yang tak ambil kesah jadi mana mungkin nak mencapai redha Allah swt itu akhirnya jadi sangat susah.
Jangan fikir hidup senang ini kerana atas usaha kita, kelulusan kita, kerja hebat kita, kepakaran kita, semuanya itu kalau Allah swt mahu lupus satu saat juga boleh lebur.
Hidup tenang, tenteram, teratur, aman semuanya ketentuan Allah swt. Jangan sekali bandingkan orang beriman dengan orang bukan Islam. Lebih jauh diaorang dari Allah swt lebih banyak mewahnya.
Jika kita begitu maksudnya orang itu memang sudah jauh dari Allah swt. Yang macam ini kita tak mau kerana dunia nampak senang tapi akhiratnya belum tentu.
Apa yang kita mahu ialah hidup kerana Allah swt. Hubungan manusia dengan Allah swt itu perlu dititkberatkan dalam berusaha mencari hidup sempurna atas dunia. Hidup menjadi sukar apabila kita lupakan Tuhan. Musibah menimpa. Fikiran serabut. Itu baru betul. Bila kembali ingatkan Allah swt hidup kembali taratur. Itu paten hidup yang kita mahu. Dengan cara ini Allah swt sebenarnya nak ingatkan korang agar kembali pada Dia.
Hidup kerana Allah swt kita perlu buat 2 perkara asas dalam menjaga hubungan dengan Allah swt. Kita jaga Allah swt dan Allah swt akan jaga kita. Ingat tu,
Perkara pertama korang perlu istiqamah menjaganya ialah solat 5 waktu. Lebih advance ialah solat berjemaah. Mahu advance lagi tambah solat sunat. Semudah menyebut solat tapi tak semudah membuatnya. Setiap kali azan terus solat tanpa bertangguh. Sebaik sahaja azan terus tinggalkan kerja yang sedang dibuat. Itu cabaran. Azan berkumandang tinggalkan apa saje dan siapa saje dan bergegas untuk solat. Itu namanya jaga hubungan dengan Allah swt.
Perkara kedua dalam istiqamah menjaga hubungan dengan Allah swt ialah membaca kata-kata Allah swt iaitu membaca Al-Quran. Membaca Quran dirumah menjemput malaikat untuk datang ke rumah. Tidak membaca Quran malaikat tidak masuk ke rumah menjadikan syaitan bermaharajalela dirumah. Salah sikit boleh jadi perang besar.
Sebenarnya nampak simple 2 perkara ini tapi banyak lagi yang perlu di dalami sekiranya benar serius nak jaga hubungan dengan Allah swt. Walabagaimanapun untuk praktikal tak perlu tunggu sampai perfect baru nak buat. Sambil buat boleh sambil belajar perbaiki dan majukan diri.
Wallahu’alam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://affiliatesecretfornewbie.com/cara-menjaga-hubungan-dengan-allah/