2 Pemimpin Dap Pertahan Pendirian Agar Zakir Dihantar Pulang


Susan Loone  

   
Dua pemimpin DAP yang disoal siasat oleh pegawai polis dari Bukit Aman berhubung laporan polis yang difailkan Dr Zakir Naik tetap dengan pendirian mereka agar pendakwah itu dihantar pulang ke India.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy, yang disoal di pejabatnya di Komtar selama kira-kira empat jam, memberitahu polis bahawa pendakwah itu dilindungi oleh pihak berkuasa walaupun dikehendaki di India atas tuduhan pengubahan wang haram dan berkaitan keganasan.

Zakir menafikan sebarang salah laku dan enggan pulang ke negaranya berikutan kebimbangan beliau tidak akan menerima perbicaraan yang adil.

"Polis ingin tahu mengapa saya membuat kenyataan terhadap Zakir, jadi saya beritahu mereka," kata Ramasamy ketika dihubungi.

"Saya berdiri teguh dengan kenyataan saya bahawa dia harus dihantar pulang ke India untuk menghadapi tuduhan terhadapnya.

"Saya juga beritahu polis bahawa Zakir (gambar) tidak ikhlas apabila dia memohon maaf kerana mempersoalkan kesetiaan kaum India di Malaysia, dan melabelkan orang Cina sebagai 'tetamu' semasa ucapannya."

Sementara itu, Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy disoal siasat oleh pegawai polis selama tiga jam berhubung artikelnya yang diterbitkan Malaysiakini.

"Saya beritahu mereka artikel yang sama diterbitkan dalam The Malaysian Insight. Polis juga ingin tahu pandangan saya mengenai Zakir.

"Saya beritahu mereka bahawa Penduduk Tetap ini telah menimbulkan perpecahan di negara kita dengan pelbagai ucapannya mengenai isu kaum dan agama.

"Saya juga menegaskan Zakir perlu dihantar ke India jika kita mengamalkan kedaulatan undang-undang yang kita perkatakan," kata Satees, merujuk kepada perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) yang ditandatangani dengan India pada tahun 2010.

Menurut Satees, beliau juga memberitahu polis bahawa walaupun kerajaan mempunyai pertimbangan politik untuk diambil kira, Zakir masih boleh dihantar ke 13 negara yang didakwanya bersedia menawarkan kewarganegaraan.

Ramasamy dan Satees adalah antara lima individu - bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago dan bekas duta besar, Dennis J Ignatius - yang dinamakan dalam laporan polis Zakir atas dakwaan memfitnah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/2-pemimpin-dap-pertahan-pendirian-agar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Bukti Utama Pemimpin Dap Ph Rasis

10 Bukti Utama Pemimpin Dap Ph Rasis

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 356 hits
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP PH yang banyak mencetuskan api kebencian perka...
Zuraida Tegur Pemimpin Dap Seolah Pertikai Pm

Zuraida Tegur Pemimpin Dap Seolah Pertikai Pm

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 253 hits
MALAYSIAKINI Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menegur pemimpin DAP susulan dua kenyataan yang dipetik media kelihatan seperti mempersoalkan kepimpinan perdana menteri Katanya pemimpin PH perlu mengikis mentaliti pembangkang dan menyampa...
Rakyat Terancam Teresa Kok Pertahan 4 Syarikat Termasuk Suami Menteri Dap Punca Jerebu

Rakyat Terancam Teresa Kok Pertahan 4 Syarikat Termasuk Suami Menteri Dap Punca Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 355 hits
Jerebu mengundang bahaya Perang mulut Indonesia Malaysia mendedahkan 4 syarikat termasuk syarikat milik suami menteri penyebab jerebu Bagaimanapun Teresa pertahan Menteri DAP dan suaminya itu dan berkata dakwaan Indonesia tak masuk akal KUA...
Najib Hairan 2 Pemimpin Dap Belum Diambil Tindakan

Najib Hairan 2 Pemimpin Dap Belum Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 218 hits
Pihak mana sebenarnya sering main sentimen kaum soal MP Pekan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak BANGI Datuk Seri Najib Razak hairan kerana masih tiada tindakan diambil oleh polis terhadap dua pemimpin rasis DAP yang mengeluarkan ...
Cops To Quiz Two Penang Dap Reps For Allegedly Defaming Zakir

Cops To Quiz Two Penang Dap Reps For Allegedly Defaming Zakir

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 251 hits
Officers from Bukit Aman will be in Penang on Sep 11 to question two DAP lawmakers over their comments on preacher Dr Zakir Naik This was confirmed by Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy and Bagan Dalam assemblyperson Satees Muniandy...
5 Hal Yang Penting Kamu Perhatikan Agar Sesi Bercinta Jadi Bebas Masalah

5 Hal Yang Penting Kamu Perhatikan Agar Sesi Bercinta Jadi Bebas Masalah

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 212 hits
Beberapa tindakan yang kamu lakukan sebelum naik ranjang ini tanpa kamu sadari bisa saja menghilangkan kenikmatanmu saat bercinta Adanya gangguan ini bisa membuat kamu bakal mengalami kesulitan untuk mendapat kenikmatan yang sempurna
Reseller Agar Ahli Jualan

Reseller Agar Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 407 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai penghasilan tamba...
Anies Urus Aturan Pkl Agar Bisa Jualan Di Trotoar Kita Ingin Ada Kesetaraan

Anies Urus Aturan Pkl Agar Bisa Jualan Di Trotoar Kita Ingin Ada Kesetaraan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 221 hits
Di kota kota maju modern dunia lain itu tempat untuk trotoar itu dipakai untuk banyak kegiatan Ada yang kegiatan seni budaya komersial banyak sekali variasinya ujar Anies
Police Summon 5 Pakatan Indian Leaders Regarding Report Zakir Naik Made Against Them

Police Summon 5 Pakatan Indian Leaders Regarding Report Zakir Naik Made Against Them

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 362 hits
Police are expected to call five individuals including a minister to record their statements following a police report lodged against them by Indian preacher Dr Zakir Naik Bukit Aman Criminal Investigation Department chief Huzir Mohamed sai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm