Zuraida Tegur Pemimpin Dap Seolah Pertikai Pm


MALAYSIAKINI

   
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menegur pemimpin DAP susulan dua kenyataan yang dipetik media kelihatan seperti mempersoalkan kepimpinan perdana menteri

Katanya, pemimpin PH perlu mengikis mentaliti pembangkang dan menyampaikan idea serta cadangan melalui medium dalam gabungan itu.

"Saya merujuk dua kenyataan yang dikeluarkan pemimpin DAP yang dipetik media seolah-olah mempertikai kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Segala buah fikiran, idea dan cadangan yang difikirkan dapat mencapai hasrat Malaysia baru boleh disalurkan melalui koalisi Pakatan Harapan yang merupakan medium paling tepat.

"Saya sarankan kepada pemimpin dalam Pakatan Harapan khususnya supaya mentaliti sebagai pembangkang yang telah bersarang lama perlu dikikis," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Walaupun tidak menamakan pemimpin DAP yang mengeluarkan dua kenyataan berkenaan, Zuraida dipercayai merujuk kepada MP Klang Charles Santiago dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang P Ramasamy.

Kedua pemimpin DAP ini memberi maklum balas mereka terhadap kenyataan perdana menteri pada 29 Ogos lalu yang membayangkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan kabinetnya apabila beliau membuat perubahan kecil dalam portfolio jemaah menteri tidak lama lagi.

"Oleh kerana tiada siapa yang mengatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan (untuk menampung Anwar)," kata Dr Mahathir menjawab soalan pemberita mengapa tidak mengundang presiden PKR menyertai kabinet ketika beliau mempertimbangkan untuk menukar portfolio kabinet dan dalam keadaan terdapat tekanan untuk peralihan kuasa

Charles pada 30 Ogos lalu menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai mengarut, berkata rakyat kini sanggup memberi peluang kepada Anwar kerana bimbang Mahathir kembali kepada cara lamanya.

Sementara itu, Ramasamy pula menggesa perdana menteri menghormati pelan peralihan kuasa PH yang meletakkan Anwar sebagai pengganti Mahathir.

Bagaimanapun, Zuraida yang juga menteri kabinet menjelaskan Mahathir akan mengotakan janji meletak jawatan perdana menteri apabila sesuai pada waktunya.

"Dalam semangat merdeka, saya berharap agar kita hentikan polemik ini segera memandangkan perdana menteri sendiri berulang kali menyatakan bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk meletak jawatan apabila sesuai waktunya kelak.

"Sebagai anggota kerajaan, biarlah perdana menteri menyelesaikan misi kita bersama.

"Sebagai anggota kabinet, saya juga bertanggungjawab di atas semua keputusan kabinet yang diambil selama ini," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/zuraida-tegur-pemimpin-dap-seolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perincikan 5 Kes Kritikal Pemimpin Dap Ini Tuan Ibrahim

Perincikan 5 Kes Kritikal Pemimpin Dap Ini Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 362 hits
Apa perkembangan lima kes pemimpin DAP PARTI Islam Se Malaysia menuntut pihak kerajaan dan pihak polis memperincikan perkembangan siasatan kes yang melibatkan lima orang pemimpin DAP Banyak pihak telah membuat laporan polis namun sehingga k...
10 Bukti Utama Pemimpin Dap Ph Rasis

10 Bukti Utama Pemimpin Dap Ph Rasis

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 367 hits
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP PH yang banyak mencetuskan api kebencian perka...
Pas Apa Perkembangan 5 Kes Pemimpin Dap

Pas Apa Perkembangan 5 Kes Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 266 hits
PAS hari ini mempersoalkan perkembangan lima kes pemimpin DAP yang sehingga kini belum diputuskan oleh pihak polis Kata timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man kerajaan dan polis perlu memperincikan perkembangan siasatan memandangkan banyak pihak...
Pemimpin Dap Terlibat Kumpulan Pengganas Kdn Bertindak Segera Pas

Pemimpin Dap Terlibat Kumpulan Pengganas Kdn Bertindak Segera Pas

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 353 hits
Ramasamy dalang kuasa asing KDN sila bertindak KEMENTERIAN Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan dituntut memberi perhatian serius terhadap tindakan pemimpin politik yang dilihat cenderung terlibat dengan kumpulan yang dilabel pengganas T...
Pemimpin Dap Mahu Komunis Diiktiraf

Pemimpin Dap Mahu Komunis Diiktiraf

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 556 hits
Pas Perak hari ini melahirkan kekhuatiran dengan isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan komunis susulan ciapan seorang pemimpin DAP di Twitter apabila mendakwa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Per...
Sultan Nazrin Tegur Pemimpin Sanggup Rendahkan Nilai Diri Demi Pengaruh Dan Sokongan

Sultan Nazrin Tegur Pemimpin Sanggup Rendahkan Nilai Diri Demi Pengaruh Dan Sokongan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 384 hits
BERNAMA Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak termasuk pemimpin yang bersaing mempamerkan ego masing masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik ...
Pemimpin Melayu Ph Ikut Telunjuk Dap

Pemimpin Melayu Ph Ikut Telunjuk Dap

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 382 hits
AKIF DANISYA 20 AUGUST 2019IPOH Isu pengusiran Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik yang didakwa kehadirannya telah merosakkan keharmonian kaum di Malaysia lantang di mainkan oleh pemimpin DAP hari ini Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Ne...
Kalau Zuraida Mahu Pemimpin Ph Jadi Pengampu Cakap Saja

Kalau Zuraida Mahu Pemimpin Ph Jadi Pengampu Cakap Saja

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 198 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang P Ramasamy mempersoal Zuraida Kamaruddin sama ada naib presiden PKR itu mahukan pengampu berada dalam Pakatan Harapan Ini selepas Zuraida menegur pemimpin DAP susulan dua kenyataan yang dip...
Nrd Denies Dap Registering Ics For Chinese Nationals Claim

Nrd Denies Dap Registering Ics For Chinese Nationals Claim

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 245 hits
The National Registration Department today denied a claim made in a viral video that Kepong DAP is planning to register MyKad for undocumented Chinese nationals In a statement today the NRD urged the public to stop sharing the video clip wh...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn