2 Lagi Pingat Emas Dari Kontinjen Malaysia
2 lagi pingat emas dari kontinjen Malaysia
HANOI: Acara olahraga yang membuka tirai semalam menjadi ‘penyelamat’ kepada pemburuan pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA ke-31 yang memasuki hari ketujuh, semalam.
Atlet baling tukul besi lelaki dan wanita negara Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei masing-masing menampilkan aksi cemerlang untuk menyumbangkan pingat emas ke-12 dan 13 Malaysia.
Beberapa acara yang sebelum ini diletakkan harapan dapat menuai atau mencipta kejutan meraih kilauan emas bagaimanapun gagal meneruskan momentum kemenangan mereka sekali gus menyaksikan kontinjen negara turun dua anak tangga dalam carta kedudukan keseluruhan.
Dalam pada itu, pencapaian Iskandar Alwi memenangi pingat gangsa acara lompat galah buat kali keempat pada temasya Sukan SEA melegakan kem olahraga pada hari pertama selepas beberapa atlet yang diletakkan harapan meraih pingat gagal menepati sasaran.
Di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi, skuad bina badan negara terus menampilkan aksi terpuji apabila menyumbang dua pingat perak dan dua gangsa.
Buda Anchah dan Zmarul Adam Pulutan Abdullah masing-masing meraih perak manakala dua gangsa menerusi Zainal Arif Zainal Ariffin dan Muhammad Uzair Mat Noor.
Atlet lawan pedang negara Joshua Koh I-Jie turut tersenarai sebagai penyumbang pingat untuk kontinjen negara apabila memenangi gangsa dalam acara epee individu lelaki semalam.
Acara wushu yang membuat kejutan meraih dua pingat emas kelmarin, gagal menghadirkan kilauan emas semalam apabila sekadar meraih satu gangsa menerusi Sydney Chin Sy Xuan dalam acara Taijiquan Wanita.
Sementara itu, Muhammad Khairi Adib Azhar memastikan sekurang-kurangnya pingat perak buat kem silat tanding negara apabila mara ke pentas akhir kelas B Lelaki (50-55 kg).
Skuad silat negara juga berpeluang menambah sekurang-kurangnya koleksi pingat perak selepas tujuh pesilat negara bakal bertarung di peringkat separuh akhir semalam.
Saingan final akan berlangsung pada Isnin. Peserta yang tewas di peringkat separuh akhir secara automatik memperoleh pingat gangsa.
Pencapaian Malaysia memenangi dua pingat emas, dua perak dan lima gangsa semalam menyaksikan kontinjen negara turun daripada tempat kedua kepada kedudukan keempat dengan pungutan keseluruhan 13 emas, tujuh perak dan 21 gangsa.
Tuan rumah, yang memintas Malaysia di kedudukan teratas pada Rabu lepas, kekal mendahului carta dengan 36 pingat emas, 28 perak dan 27 gangsa meninggalkan Thailand di tempat kedua hasil kejayaan memenangi 14-13-30.
Indonesia pula di tempat ketiga selepas mengutip 13 emas, 14 perak dan enam gangsa.
Hari ini, tumpuan kontinjen negara adalah dalam acara bina badan apabila juara dunia empat kali Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mike,’ dijadual beraksi dalam acara Athletics Physique dan berpeluang menyumbangkan pingat emas buat Malaysia.
Kem negara juga berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila skuad pingpong lelaki dijadual membuat perhitungan berdepan Thailand pada perlawanan akhir acara berpasukan.
Aksi jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli turut menjadi perhatian dan sudah tentu peluang beraksi di Hanoi enggan disia-siakan oleh atlet paralimpik negara itu yang akan bersaing dalam kategori normal.
Dua atlet yang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh, pula akan mengetuai cabaran Malaysia dalam acara memanah yang membuka tirai hari ini. FMT
2 lagi pingat emas dari kontinjen Malaysia
Baca Artikel Menarik:
Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
Nelayan tangkap ikan pari gergasi
Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/15/2-lagi-pingat-emas-dari-kontinjen-malaysia/