2 Juta Dos Vaksin Diperlukan Untuk Sektor Pembinaan Fadillah Yusof




Industri pembinaan dianggarkan memerlukan dua juta dos vaksin bagi memastikan semua pekerja dalam sektor itu mendapat imunisasi terhadap Covid-19, sekali gus dapat kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof(gambar) berkata berdasarkan rekod terkini terdapat hampir satu juta personel binaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dengan 70 peratus daripadanya adalah warga tempatan manakala 30 peratus warga asing.


Fadillah berkata pihaknya giat melaksanakan proses imunisasi pekerja sektor itu menerusi Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) di bawah CIDB, satu program kerjasama kerajaan dan swasta untuk mempercepat pengambilan vaksinasi golongan itu.


“Buat permulaan program CIVac ini telah diperuntukkan 80,000 vaksin untuk 40,000 personel binaan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk personel binaan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) CIVac di Pusat Konvensyen CIDB bermula hari ini yang turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.


Fadillah berkata CIDB telah membuka pendaftaran vaksin untuk semua personel binaan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 21 Jun lalu dan semua slot telah habis ditempah dalam tempoh kurang 24 jam, sekali gus menunjukkan penggiat industri amat prihatin dan bersedia memastikan pekerja mereka divaksin.


Berikutan sambutan baik terhadap CIVac itu, Fadillah berkata pihaknya akan memohon tambahan 200,000 dos vaksin lagi untuk 100,000 personel binaan daripada JKJAV untuk fasa kedua program di Pulau Pinang, Johor dan Pahang.


Jelasnya PPV untuk CIVac di Selangor pula akan dibuka di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam pada 14 Julai ini, manakala bagi Sabah dan Sarawak, pihaknya sedang membuat kajian dan melihat kesiapsiagaan kedua-dua negeri itu sebelum program itu diperluaskan ke sana.


Bagi memudahkan pemain industri, Fadillah berkata pihaknya bersama CIDB juga akan membentangkan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berhubung cadangan mengadakan pusat vaksinasi di tapak projek binaan atau tempat tinggal pekerja.


Menerusi CIVac, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta PPV, manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/07/2-juta-dos-vaksin-diperlukan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 8 Juta Dos Vaksin Covid 19 Diberikan Setakat Semalam

8 8 Juta Dos Vaksin Covid 19 Diberikan Setakat Semalam

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 274 hits
Sebanyak 2 539 686 individu menerima dos kedua sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka Orang kelainan upaya cacat penglihatan berjalan keluar dari stesen vaksinasi selepas menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta M...
Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 381 hits
Sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang sedang berlangsung Vaksin mRNA Pfizer BionTech merupakan vaksin yang dipilih untuk vaksinasi remaja di beberapa buah negar...
Hampir 7 6 Juta Dos Vaksin Sudah Diberi

Hampir 7 6 Juta Dos Vaksin Sudah Diberi

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 291 hits
AGENDA DAILY Sebanyak 7 593 179 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini melalui Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan sehingga malam tadi kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Melalui ciapan di Twitter beliau berkata da...
Suntikan Vaksin Harian Rekod 6 8 Juta Dos Setakat Semalam

Suntikan Vaksin Harian Rekod 6 8 Juta Dos Setakat Semalam

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 192 hits
268 604 dos suntikan diberikan semalam berbanding 252 773 dos pada hari sebelumnya Petugas kesihatan mengharungi ladang getah menuju ke kawasan pedalaman di Pahang untuk memberikan vaksin kepada penduduk Gambar Bernama Sebanyak 6 823 104 do...
Simpan 2 Juta Dos Vaksin Buat Apa

Simpan 2 Juta Dos Vaksin Buat Apa

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 216 hits
Peningkatan kadar kematian akibat Covid 19 mutakhir ini sangat mengesankan Ia tidak seharusnya dilihat sebagai suratan takdir semata mata Pasti diperingkat pengawalan dan pengurusan ada tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan jangkita...
Hishammuddin Berjaya Dapatkan Lagi 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Dari As Percuma

Hishammuddin Berjaya Dapatkan Lagi 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Dari As Percuma

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 292 hits
tuncarlos comCYBERJAYA Menteri Luar Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata kerajaan Amerika Syarikat telah menyumbang 1 juta dos vaksin Pzifer kepada Malaysia Kata Hishammuddin menerusi catatan Facebooknya sumbangan vaksin Pzifer yang d...
Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 330 hits
195 Pusat Pemberian Vaksin telah diwujudkan RANAU 8 Julai Sabah dijangka menerima 2 2 juta lagi dos vaksin daripada kerajaan Persekutuan pada bulan ini dan awal Ogos depan dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat menerusi Program ...
Pemberian Vaksin Sudah Melebihi 10 Juta Dos

Pemberian Vaksin Sudah Melebihi 10 Juta Dos

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh NUR HUDA MUSA Gambar hiasan PETALING JAYA Jumlah pemberian vaksin Covid 19 bagi dos pertama dan kedua melalui Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan melebihi 10 juta dos setakat semalam Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksi...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


On Dennis Ignatius Podcast

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Benefits Of Eating Papaya And When Should It Be Eaten

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat