2 Bulan Tiada Kerja Pekerja Migran Buntu Teruskan Kehidupan


 Ahmad Mustakim Zulkifli
Sekumpulan pekerja migran yang tidak mendapat apa-apa bantuan terpaksa catu makanan demi meneruskan kehidupan.

Mamun Miah, 35 berbual dengan anaknya yang berada di Bangladesh, mereka menghabiskan waktu di rumah bertemankan telefon bimbit masing-masing bagi menghilangkan kebosanan tidak bekerja sepanjang PKP 3.0. Sejak tujuh tahun lalu, Mamun Miah akan bangun pukul 8.00 pagi setiap hari dan bersiap untuk berjalan kaki ke Kuchai Avenue, Kuala Lumpur.
Dia bekerja di sebuah premis cuci kereta selama 10 jam setiap hari kecuali hari cutinya pada Rabu sebelum pulang ke rumah sewanya.
Namun rutin harian warga Bangladesh itu terganggu sejak dua bulan lalu apabila premis cuci keretanya terpaksa menutup operasi akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
Dengan penutupan operasi, Mamun dan tiga lagi rakan sekerjanya tidak mempunyai sebarang pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Sejak itu, kehidupan mereka dari hari ke hari semakin sukar.
“Kami sudah dua bulan tidak membayar sewa rumah, bil elektrik dan bil air kerana tiada gaji,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
Lawatan MalaysiaNow ke unit rumah mereka di sebuah kawasan rumah kedai mendapati keadaan rumah yang agak daif dengan hanya dilengkapi kelengkapan asas.
Lelaki berusia 35 tahun itu berkata, mereka hanya banyak menghabiskan masa duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.
Selain itu, terdapat juga kerisauan akan ditahan polis sekiranya berada di luar rumah.
Pekerja asing dari Bangladesh menghabiskan waktu di rumah dengan berbual bagi menghilangkan kebosanan. Sepanjang perintah kawalan pergerakan 3.0, pusat cucian kenderaan tidak dibenarkan beroperasi menyebabkan mereka hilang pekerjaan dan tiada pendapatan. Mereka antara ribuan pekerja migran yang gusar akan ditahan meskipun mempunyai dokumen, selepas kementerian dalam negeri bulan lepas menekankan pendekatan menahan pendatang asing tanpa izin.
Mamun sudah 13 tahun bekerja di Malaysia.
Sebelum ini, dia bekerja di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.
Dia dan rakannya memaklumkan mereka tidak tahu-menahu mengenai bantuan daripada pihak-pihak yang bermurah hati terhadap sesiapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Bos ada bertanya mengenai keadaan kami dan pernah memberi sedikit wang kepada kami. Namun, kami faham keadaannya yang tidak mampu membayar gaji kami kerana penutupan kedai cuci kereta,” katanya.
Mereka tinggal dengan dua lagi rakan yang bekerja di sebuah syarikat tempatan, menjadikan jumlah penghuni seramai enam orang.
Sewa rumah sebanyak RM900 sebulan itu dikongsi antara mereka.
Rakan mereka itu juga antara yang diminta bercuti tanpa gaji.
Dengan kesemua enam orang tidak mempunyai sebarang pendapatan, tiada aktiviti lain yang mampu dibuat mereka sebagai ganti kehilangan sumber pendapatan.
Seorang lagi penghuni rumah yang juga rakan sekerja Mamun, Mohamad Gahid Islam, 26 berkata, dia juga menghadapi situasi sama.
Liton Fakir (kiri) bersama rakan serumahnya bersiap sedia untuk makan tengah hari dengan menu telur dadar dan nasi sepanjang tempoh PKP 3.0.Menurut Gahid, mereka mencatu makanan untuk mengelakkan kelaparan di kemudian hari.
“Kalau dulu, kami makan macam biasa tapi sekarang kami makan sehari sekali. Lebih kurang pukul 3.00 petang baru kami makan untuk mengelakkan rasa lapar di malam hari jika kami makan pada waktu makan tengah hari.
“Menu harian kami nasi, sayur dan kadang-kadang ada telur,” katanya kepada MalaysiaNow.
Setelah empat tahun bekerja dan menghantar wang ke kampung dia mungkin terpaksa meminta bantuan dari kampungnya.
“Saya akan tunggu pada hujung bulan ini untuk lihat sekiranya PKP masih diteruskan. Sekiranya masih tiada perubahan, saya terpaksa minta bantuan daripada ibu bapa saya di kampung,” katanya.
Mereka berharap agar kerajaan membuka semula sektor ekonomi bagi mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ditanya mengenai kesungguhan mereka untuk kembali bekerja, Mamun berharap agar dapat menerima dos vaksin segera.
“Sudah tentu kami juga mahu vaksin Cocid-19. Kami mempunyai dokumen dan sudah memohon dan berharap agar giliran kami tiba untuk kembali bekerja,” katanya.
Dia memberitahu, ada juga rakannya yang tidak mempunyai dokumentasi namun berharap untuk menerima vaksin.
Katanya, rakan-rakannya yang tidak berdokumentasi itu mempunyai kegusaran sekiranya akan ditangkap dan dihantar pulang ketika keluar mengambil vaksin.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan membenarkan suntikan vaksin secara “walk-in” mulai 1 Ogos di mana-mana pusat pemberian vaksin bagi mereka yang tidak mempunyai tarikh janji temu atau mereka yang tiada dokumentasi.
Ketika hari silih berganti, Mamun dan rakan-rakannya masih berharap agar keadaan bertambah lebih baik untuk mereka meneruskan kehidupan.
Notis yang diterima untuk membayar sewa pada bulan depan atau berdepan risiko diusir keluar hanya akan menambah beban mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/2-bulan-tiada-kerja-pekerja-migran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Konsep Game Dalam Urusan Kerja Dan Kehidupan Untuk Sukses Dan Bahagia

Guna Konsep Game Dalam Urusan Kerja Dan Kehidupan Untuk Sukses Dan Bahagia

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 321 hits
Konsep game jadikan kerja dan kehidupan macam main Game Tentu ada yang tak setuju Kerja gila Tak serius Main main dengan kehidupan Tak pernah dibuat orang Kalau anda rasa begitu The post appeared first on
Bantuan Rm600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan 2021

Bantuan Rm600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan 2021

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 373 hits
Berita baik untuk para majikan dan para pekerja Tahukah anda permohonan Program Subsidi Upah 4 0 yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021 Setiap majikan yang mengemukakan permohonan lengkap deng...
Penganggur Tikam Bapa Saudara Sampai Mati Sebab Bengang Disuruh Cari Kerja

Penganggur Tikam Bapa Saudara Sampai Mati Sebab Bengang Disuruh Cari Kerja

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 421 hits
Penganggur tikam bapa saudara sampai mati sebab bengang disuruh cari kerjaSeorang warga emas berusia 72 tahun maut selepas ditikam oleh anak saudaranya sendiri menggunakan pisau sepanjang 27 sentimeter Ketua Polis Daerah Tangkak Superintend...
Siapa Punya Kerja Ni

Siapa Punya Kerja Ni

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 242 hits
Patung kerajaan pembunuh muncul atas jejambat di MelakaMalaysiakini Patung manusia bertulis kerajaan pembunuh ditemui di sebuah jejambat di Melaka pagi ini Patung itu ditemui orang awam di jejambat Jalan Tun Abdul Razak Ayer Keroh tidak jau...
Menteri Agama Lena Kah Ini Lah Kerja Kamu Mgnews Zakat Hina Saya Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun

Menteri Agama Lena Kah Ini Lah Kerja Kamu Mgnews Zakat Hina Saya Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 235 hits
Tiga ibu tunggal yang mendakwa diri mereka tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib dalam sidang media yang dianjurkan oleh aktivis Kramat di Ukay Perdana Ampang
Hiburan Harap Dapatlah Suami Buat Begini Noorkhiriah Terharu Suami Turut Sama Aktif Buat Kerja Amal

Hiburan Harap Dapatlah Suami Buat Begini Noorkhiriah Terharu Suami Turut Sama Aktif Buat Kerja Amal

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 261 hits
Pelakon Noorkhiriah yag kini aktif membuat kerja amal menguruskan jenazah secara percuma meluahkan rasa terharu apabila suami tersayanga Azfaizul Ahtan turut sama aktif melakukan perkara yang sama Pelakon drama Nur ini turut bersyukur keran...
Balik Kerja Harini

Balik Kerja Harini

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 271 hits
Balik Kerja Harini Ya harini kerja tapi bukan full time Pukul 9 masuk kejap then tengahari rest lepastu sambung sikit kerja dan balik Tak sampai pukul 5 pun Buat kerja kerja urgent je Namun begitu mencabar kerja sebab tengah tengah kerja te...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco