1mdb Singapura Masih Teruskan Siasatan



SINGAPURA - Singapura masih meneruskan siasatan terhadap institusi kewangan dan individu lain yang disyaki terbabit dalam kesalahan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), demikian menurut Pihak Berkuasa Kewangan (MAS) republik itu, hari ini.

Dalam laporan penguatkuasaan pertamanya yang dikeluarkan hari ini, MAS turut menyifatkan tumpuan terhadap 1MDB itu sebagai tindakan pengubahan wang haram dan menangani pembiayaan keganasan yang paling komprehensif dilakukan pihaknya, setakat ini.

Loading...
Malah, laporan sama turut menyenaraikan 1MDB sebagai antara kes tumpuan membabitkan usaha kawalan pengubahan wang haram oleh entiti dan individu.

Bank pusat Singapura itu juga bekerjasama erat dengan Pejabat Peguam Negara, Jabatan Hal Ehwal Komersial serta pihak pengawalselia asing dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi membongkar jaringan transaksi kompleks membabitkan sejumlah syarikat tidak aktif luar pesisir yang ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi serta penyelewengan dan pihak yang melakukan komplot meliputi pelbagai bidang kuasa.

MAS telah mengambil pelbagai tindakan pengawalseliaan yang tegas seperti mengarahkan penutupan bank-bank tersebut, mengenakan penalti kewangan terhadap institusi kewangan yang gagal menepati standard antipengubahan wang haram serta melarang pembabitan individu tertentu dalam industri kewangan republik itu.


Ini termasuk mengarahkan penutupan cawangan Singapura BSI Bank Ltd dan Falcon Private Bank Ltd.

Selain itu, lapan institusi kewangan turut didenda masing-masing sebanyak S$30 juta (S$1 = RM3) iaitu BSI Bank Ltd, Falcon Private Bank Ltd Cawangan Singapura, Standard Chartered Bank Cawangan Singapura, Coutts & Co Ltd Cawangan Singapura, UBS AG Cawangan Singapura, DBS Bank Ltd, United Overseas Bank dan Credit Suisse.

Pada masa sama, MAS mengeluarkan arahan pengurusan bank menyiasat masalah atau kes luput, menangani kekurangan kawalan serta mengenakan tindakan disiplin terhadap kakitangan bank yang terbabit.

Seramai lapan individu dikenakan Perintah Larangan (PO) yang membabitkan tempoh antara tiga tahun sehingga seumur hidup.

PO seumur hidup dikenakan terhadap empat individu iaitu bekas ahli perbankan BSI Singapore Yeo Jiawei; bekas Pengarah Urusan Swiss Bank BSI Yak Yew Chee; bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank Ltd Cawangan Singapura Jens Fred Sturzenegger dan Tim Leissner yang juga bekas Pengarah Goldman Sachs.

Laporan Penguatkuasaan MAS yang diterbitkan setiap 18 bulan itu, menggariskan keutamaan tindakan berkaitan serta memaparkan kebertanggungjawaban dan ketelusan terhadap tindakan membabitkan kesalahan melanggar peraturan dan ketetapan.

“Perkembangan saiz dan kesukaran membabitkan industri kewangan Singapura akan turut membabitkan peningkatan risiko salah laku berkaitan," kata Pengarah Eksekutif (Penguatkuasaan) MAS, Gillian Tan dalam kenyataan bersempena terbitan laporan itu.

Beliau menyifatkan aspek penguatkuasaan itu memainkan peranan penting dalam pengawasan kewangan menerusi usaha pengesanan, siasatan dan hukuman terhadap kesalahan atau salah laku serius.

"Ini bertujuan mengekang salah laku dan yang tidak beretika serta melindungi pengguna," tegasnya.

Menurut Tan, Laporan Penguatkuasaan itu turut memperincikan kerja-kerja dan keutamaan penguatkuasaan MAS selain membolehkan sektor awam dan kewangan mendapat gambaran menyeluruh mengenai usaha berterusan bagi memelihara integriti pasaran kewangan Singapura. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/1mdb-singapura-masih-teruskan-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Bank Pusat S Pura Terhadap 1mdb Masih Berjalan

Siasatan Bank Pusat S Pura Terhadap 1mdb Masih Berjalan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 301 hits
Singapura masih meneruskan siasatan terhadap institusi kewangan dan individu lain yang disyaki terbabit dalam kesalahan berkaitan 1MDB demikian menurut Pihak Berkuasa Kewangan republik itu hari ini Dalam Laporan Penguatkuasaan pertamanya ya...
Pergi Keluar Budak2 Ni Kotor Ibu Dan Anak Dihalau Dari Masjid Tapi Masih Teruskan Solat

Pergi Keluar Budak2 Ni Kotor Ibu Dan Anak Dihalau Dari Masjid Tapi Masih Teruskan Solat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 519 hits
Pergi keluar Budak2 ni kotor Ibu dan anak dihalau dari masjid tapi masih teruskan solat Connect with us Oh My Media Pergi keluar Budak2 ni kotor Ibu dan anak dihalau dari masjid tapi masih teruskan solat
Kertas Siasatan 1mdb Siap Hujung Mac

Kertas Siasatan 1mdb Siap Hujung Mac

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 227 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2018 di Bukit Aman Kuala LumpurKUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia masih mempunyai tempoh sehingga pen...
Jokowi Masih Dipercaya Slank Untuk Memajukan Indonesia Di Periode Kedua

Jokowi Masih Dipercaya Slank Untuk Memajukan Indonesia Di Periode Kedua

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 257 hits
Vokalis Slank ini menyatakan bahwa di matanya Jokowi itu seperti menghidupkan api semangat untuk memajukan Indonesia
Titiek Soeharto Soal Kpk Tangkap Ketum Ppp Detik Detik Pemilu Masih Ada Hal Ini

Titiek Soeharto Soal Kpk Tangkap Ketum Ppp Detik Detik Pemilu Masih Ada Hal Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 269 hits
Atas kejadian itu Titiek bersyukur bahwa pihaknya tak melakukan hal tercela Politisi Partai Berkarya itu berharap pihaknya tetap waspada dan berpolitik dengan baik
Ini Identitas 1 Wni Masih Dicari Usai Penembakan Teroris Di Masjid Selandia Baru

Ini Identitas 1 Wni Masih Dicari Usai Penembakan Teroris Di Masjid Selandia Baru

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 339 hits
Kedutaan Besar Republik Indonesia di Wellington Selandia Baru terus melakukan monitoring dan menyiapkan bantuan kekonsuleran terhadap peristiwa penembakan yang terjadi di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood Christchurh Selandia Baru Jumat
Mb Tidak Patut Ke Batam Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Masih Belum Selesai Najib

Mb Tidak Patut Ke Batam Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Masih Belum Selesai Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 376 hits
Menteri Besar Datuk Osman Sapian sewajarnya menangguhkan lawatan kerja ke Batam Indonesia dalam situasi penduduk negeri ini khususnya di Pasir Gudang sedang berhadapan dengan bencana pencemaran toksik Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib ...
Kami Masih Sayangkan Negara Ini

Kami Masih Sayangkan Negara Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 299 hits
foto AFPCHRISTCHURCH NEW ZEALAND Insiden serangan keganasan di dua masjid di sini tidak menjejaskan rasa sayang komuniti Islam terhadap New Zealand Imam Masjid Linwood Ibrahim Abdul Halim yang ketika kejadian sedang mengimamkan solat berkat...
Jadi Korban Pembantaian Di Masjid Christchurch Bersama Putranya Yang Masih Balita Zulfirmansyah Dalam Kondisi Koma

Jadi Korban Pembantaian Di Masjid Christchurch Bersama Putranya Yang Masih Balita Zulfirmansyah Dalam Kondisi Koma

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 289 hits
Selandia Baru berduka atas teror penembakan yang menyerang Masjid Al Noor di pusat kota Christchurch Sebuah video tragis menunjukkan aksi gila ini dilakukan seorang teroristerhadap jemaah dua masjid di kota Christchruch Selandia Baru pada J...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation