Siasatan Bank Pusat S Pura Terhadap 1mdb Masih Berjalan


Bernama 
   
Singapura masih meneruskan siasatan terhadap institusi kewangan dan individu lain yang disyaki terbabit dalam kesalahan berkaitan 1MDB, demikian menurut Pihak Berkuasa Kewangan (MAS) republik itu hari ini.

Dalam Laporan Penguatkuasaan pertamanya yang dikeluarkan hari ini, MAS turut menyifatkan tumpuan terhadap 1MDB itu sebagai tindakan pengubahan wang haram dan menangani pembiayaan keganasan yang paling komprehensif dilakukan pihaknya, setakat ini.

Malah, laporan sama turut menyenaraikan 1MDB sebagai antara Kes Tumpuan membabitkan usaha kawalan pengubahan wang haram oleh entiti dan individu.

Bank pusat Singapura itu juga bekerjasama erat dengan Pejabat Peguam Negara, Jabatan Hal Ehwal Komersial serta pihak pengawal selia asing dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi membongkar jaringan transaksi kompleks membabitkan sejumlah syarikat tidak aktif luar pesisir yang ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi serta penyelewengan dan pihak yang melakukan komplot meliputi pelbagai bidang kuasa.

MAS telah mengambil pelbagai tindakan pengawalseliaan yang tegas seperti mengarahkan penutupan bank-bank tersebut, mengenakan penalti kewangan terhadap institusi kewangan yang gagal menepati standard antipengubahan wang haram serta melarang pembabitan individu tertentu dalam industri kewangan republik itu.

Ini termasuk mengarahkan penutupan cawangan Singapura BSI Bank Ltd dan Falcon Private Bank Ltd.

Selain itu, lapan institusi kewangan turut didenda masing-masing sebanyak S$30 juta (S$1 = RM3) iaitu BSI Bank Ltd, Falcon Private Bank Ltd Cawangan Singapura, Standard Chartered Bank Cawangan Singapura, Coutts & Co Ltd Cawangan Singapura, UBS AG Cawangan Singapura, DBS Bank Ltd, United Overseas Bank dan Credit Suisse.
Pada masa sama, MAS mengeluarkan arahan pengurusan bank menyiasat masalah atau kes luput, menangani kekurangan kawalan serta mengenakan tindakan disiplin terhadap kakitangan bank yang terbabit.

Seramai lapan individu dikenakan Perintah Larangan (PO) yang membabitkan tempoh antara tiga tahun sehingga seumur hidup.

PO seumur hidup dikenakan terhadap empat individu iaitu bekas ahli perbankan BSI Singapore Yeo Jiawei; bekas Pengarah Urusan Swiss Bank BSI Yak Yew Chee; bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank Ltd Cawangan Singapura Jens Fred Sturzenegger dan Tim Leissner yang juga bekas Pengarah Goldman Sachs.

Laporan Penguatkuasaan MAS yang diterbitkan setiap 18 bulan itu, menggariskan keutamaan tindakan berkaitan serta memaparkan kebertanggungjawaban dan ketelusan terhadap tindakan membabitkan kesalahan melanggar peraturan dan ketetapan.

“Perkembangan saiz dan kesukaran membabitkan industri kewangan Singapura akan turut membabitkan peningkatan risiko salah laku berkaitan," kata Pengarah Eksekutif (Penguatkuasaan) MAS, Gillian Tan dalam kenyataan bersempena terbitan laporan itu.

Beliau menyifatkan aspek penguatkuasaan itu memainkan peranan penting dalam pengawasan kewangan menerusi usaha pengesanan, siasatan dan hukuman terhadap kesalahan atau salah laku serius.

"Ini bertujuan mengekang salah laku dan yang tidak beretika serta melindungi pengguna," tegasnya.

Menurut Tan, Laporan Penguatkuasaan itu turut memperincikan kerja-kerja dan keutamaan penguatkuasaan MAS selain membolehkan sektor awam dan kewangan mendapat gambaran menyeluruh mengenai usaha berterusan bagi memelihara integriti pasaran kewangan Singapura.
-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/siasatan-bank-pusat-spura-terhadap-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Singapura Masih Teruskan Siasatan

1mdb Singapura Masih Teruskan Siasatan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 269 hits
SINGAPURA Singapura masih meneruskan siasatan terhadap institusi kewangan dan individu lain yang disyaki terbabit dalam kesalahan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd demikian menurut Pihak Berkuasa Kewangan republik itu hari ini Da...
Pihak Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kenyataan Menteri Kewangan

Pihak Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kenyataan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 312 hits
Berhubung dengan kenyataan dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang sebelum ini telah menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai satu pengisytiharan perang terhadap masyarakat bukan Melayu dan diubah pula frasa pengisytiharan perang k...
Bank Indonesia Pertumbuhan Global Maret Masih Melambat Tapi Ketidakpastian Berkurang

Bank Indonesia Pertumbuhan Global Maret Masih Melambat Tapi Ketidakpastian Berkurang

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 267 hits
Bank Indonesia melihat pertumbuhan ekonomi global di Maret 2019 masih melambat Namun ketidakpastian pasar keuangan berkurang Sejalan dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang melambat harga komoditas global termasuk harga minyak dunia juga menu...
Allah Masih Tidak Menemukan Kita Sebab Itu Membuatkan Kita Lebih Menghargai Jangan Risau Jodoh Itu Rahsia Allah

Allah Masih Tidak Menemukan Kita Sebab Itu Membuatkan Kita Lebih Menghargai Jangan Risau Jodoh Itu Rahsia Allah

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 649 hits
Allah Masih Tidak Menemukan Kita Sebab Itu Membuatkan Kita Lebih Menghargai Jangan Risau Jodoh Itu Rahsia Allah Jodoh adalah rahsia Allah yang tersimpan kemas dan tidak diketahui makhlukNya Jodoh adalah seorang yang memahami mencintai dan m...
Tarif Belum Diketok Warga Masih Bisa Nikmati Mrt Cuma Cuma Sampai Akhir Maret

Tarif Belum Diketok Warga Masih Bisa Nikmati Mrt Cuma Cuma Sampai Akhir Maret

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 250 hits
Anies menegaskan penentuan tarif yang baru diketok palu dewan DPRD DKI pada Senin 25 Maret 2019 tidak akan mengganggu jadwal peresmian dilakukan oleh Presiden Joko WIdodo pada Minggu 24 Maret 2019
Hidung Bibir Merah Seperti Masih Hidup Ibu Saudara Dedah Sesuatu Yang Ganjil Kelihatan Pada Wajah Haziq

Hidung Bibir Merah Seperti Masih Hidup Ibu Saudara Dedah Sesuatu Yang Ganjil Kelihatan Pada Wajah Haziq

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 592 hits
Jena zah Mohd Haziq Mohd Tarmizi 17 yang disahkan terk0rban akibat s3rangan pengg4nas di dua Masj1d di Chr1stchvrch New Zealand dalam keadaan tersenyum dan umpama tidur Ibu saudaranya Zarina Shuib 53 berkata dia dimaklumkan wajah anak sauda...
Tragedi Masjid Christchurch Hidung Dan Bibir Merah Seperti Masih Hidup Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq

Tragedi Masjid Christchurch Hidung Dan Bibir Merah Seperti Masih Hidup Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 429 hits
Tragedi Masjig Christchurch Hidung dan bibir merah seperti masih hidup Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq
Pernah Kepala Daerah Jokowi Bilang Jangan Diberikan Yang Masih Coba Coba

Pernah Kepala Daerah Jokowi Bilang Jangan Diberikan Yang Masih Coba Coba

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 204 hits
Jokowi mengingatkan pendukungnya agar tak takut menentukan pilihan Mantan Wali Kota Solo ini memastikan keamanan seluruh warga Indonesia dijamin oleh TNI dan Polri
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization