1mdb Hadapi Kesukaran Proses Audit Kerana Beberapa Dokumen Dirampas Polis


azrulhakimie

PDRM serbu pejabat, rampas beberapa dokumen sehari sebelum laporan interim KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhadapan dengan beberapa kesukaran semasa proses audit pada tahun 2015 selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu pejabatnya dan merampas beberapa dokumen sehari sebelum laporan interim penemuan awal syarikat dana kekayaan berdaulat milik negara itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Perkara itu dicadangkan oleh peguam Datuk N. Sivananthan kepada bekas pengarah audit Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 66, semasa pemeriksaan balas dalam perbicaraan berhubung kes meminda laporan akhir audit 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Saksi ketujuh pendakwaan itu bersetuju dengan Sivananthan yang mewakili Arul Kanda bahawa polis turut merampas beberapa dokumen semasa serbuan pada 8 Julai 2015 itu.
PAC telah menerima laporan interim 1MDB daripada Ketua Audit Negara ketika itu Tan Sri Ambrin Buang pada 9 Julai 2015.
Sivananthan: Adakah anda sedar bahawa PDRM telah merampas beberapa dokumen daripada 1MDB pada 8 Julai 2015?
Saadatul Nafisah: Saya ada dengar berita, tapi saya tidak ingat tarikh sebenar dan dokumen apa yang dirampas.
Sivananthan: Adakah anda sedar bahawa laporan interim kepada PAC telah dibentangkan pada 9 Julai 2015?
Saadatul Nafisah: Ya, kami bentangkan. Saya tidak ingat tarikh sebenar, tapi tiga atau empat bulan selepas audit kami.
Sivananthan: Dalam keadaan itu, anda bersetuju dengan saya sekiranya saya katakan bahawa (serbuan dan rampasan) meletakkan 1MDB dalam kedudukan yang agak sukar, barang diingat PDRM telah merampas dokumen, dan oleh yang demikian mereka perlu meminta dokumen-dokumen itu balik dari pihak berkuasa bagi proses audit?
Saadatul Nafisah: Ya.
Selain itu, Sivananthan juga mencadangkan kepada saksi bahawa 57 bidang laporan audit 1MDB telah dipinda setelah Arul Kanda memberikan maklumat tambahan kepada Jabatan Audit Negara, dan Saadatul Nafisah menjawab: “Saya tidak pasti, tetapi ada perkataan-perkataan telah dipinda”.
Sivananthan kemudian meminta saksi untuk merujuk ke eksibit dokumen intensif untuk mengesahkan bahagian yang dipinda dalam laporan audit.
Pad ketika itu hakim Mohamed Zaini Mazlan mengarahkan Sivananthan untuk memberikan lebih banyak masa kepada saksi bagi menjawab soalan kerana dia perlu membaca eksibit dokument intensif berkenaan sebelum dapat memberikan jawapan yang tepat.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda, 46, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi mengelak Ahli Parlimen Pekan itu dikenakan tindakan jenayah berhubung skandal 1MDB.
Mereka didakwa di bawah Sekayen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung pada 27 September. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/1mdb-hadapi-kesukaran-proses-audit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Buru Tiga Tahanan Positif Covid 19 Lari Dari Pkrc Di Tawau

Polis Buru Tiga Tahanan Positif Covid 19 Lari Dari Pkrc Di Tawau

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 293 hits
TAWAU Polis sedang giat memburu tiga tahanan lelaki positif Covid 19 yang meloloskan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Dewan Arena di sini pada 12 30 tengah malam tadi Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata dua tahan...
Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus Ada Video

Polis Buru Pemandu Myvi Yang Memandu Lawan Arus Ada Video

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 434 hits
Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara lawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam oleh slaah seorang kru Astro Awani pada Sabtu lalu
3 Banduan Lolos Dari Pkrc Tawau Diburu Polis

3 Banduan Lolos Dari Pkrc Tawau Diburu Polis

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 265 hits
PETER menunjukkan gambar tiga banduan yang melarikan diri FOTO Abdul Rahemang Taiming Polis buru 3 banduan Warga Asing bolos dari PKRC Polis melancarkan Op Tutup dan Kesan di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi...
13 Polis 2 Anggota Bomba Komando Tentera Antara 62 Ditahan Kerana Melanggar Sop Untuk Berpesta Di Disko

13 Polis 2 Anggota Bomba Komando Tentera Antara 62 Ditahan Kerana Melanggar Sop Untuk Berpesta Di Disko

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 788 hits
Pada 4 September seramai 18 penjawat awam termasuk 16 anggota berpakaian seragam dari polis bomba dan penyelamat dan tentera ditahan setelah serbuan di sebuah pusat hiburan di Puchong 18 penjawat awam antara 62 individu ditahan ketika berpe...
Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Polis Akan Mohon Sambung Tempoh Reman Sittah Annur

Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Polis Akan Mohon Sambung Tempoh Reman Sittah Annur

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 326 hits
Polis Diraja Malaysia akan melakukan permohonan reman tambahan terhadap ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir yang menggunakan gelaran Sittah Annur berusia 39 tahun Reman terhadap suspek dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksy...
Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan

Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 236 hits
TUMPAT Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis kerana dituduh melakukan penyelewengan dalam pentadbiran sebelum ini Laporan polis itu bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat ...
Dakwa Difitnah Rasuah Bekas Timbalan Menteri Lapor Polis

Dakwa Difitnah Rasuah Bekas Timbalan Menteri Lapor Polis

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 198 hits
Amir TalmiziBekas timbalan menteri pertanian dan industri makanan Che Abdullah Mat Nawi bertindak membuat laporan polis hari ini berkata dirinya difitnah melakukan rasuah dan salah guna kuasa oleh satu akaun media sosial Laporan polis berke...
Kes Pengawal Keselamatan Diserang Polis Tak Pernah Guna Perkataan Double Jeopardy

Kes Pengawal Keselamatan Diserang Polis Tak Pernah Guna Perkataan Double Jeopardy

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 257 hits
Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan mengenai kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara PETALING JAYA Polis Perak menegaskan pihaknya tidak pernah menggunakan perkataan double jeopardy atau penda...
Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Sue Tuya Seafood And Shell Laut

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Car Solid Perfume Fragrance

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

17 Cedera Diamuk Gajah